Tuesday, October 12, 2010
Hipnotisma ala payobosa (Si buta IT)
Scuba: Salam. Checkout my other blog s well
Apa yang aku tau pasal blog walking ni ialah ia adalah aktiviti wajib seorang blogger. Camana power pun idea atau prodak kita, kita kena marketkannya ke seantero dunia. Dan sebab kpi blogging dikira setiap hari, maka nak tak nak mau ke idak, kita kena blog walk SETIAP HARI demi memastikan jumlah trafik kita sentiasa lancar. Bagi blog yang baru nak mula cam blog aku ni, blogwalking itu WAJIB.
Aku malas nak menerangkan apa itu BW, camana nak buat atau apa strategi nya, tapi aku nak cerita pasal software blogwalk dan isu trafik satu hala.
Salah sorang budak yang suka lepak kat blog payabesarpedas ialah blur dari jiwakacau. Aku tak kenal dia. Dia pun tak kenal aku. Tapi dalam dunia blog ni, warna kulit atau fahaman politik itu tak sepenting frekuensi kita mem visit blog kenalan kita. Dia ada buat blog walking software agaknya dan aku yang masih baru dalam dunia korang ni agak tertarik jugak. Tapi sebab aku ni takwa, dan aku lebih pentingkan kualiti dari kuantiti (buat masa ni ;p), aku hold dulu niat aku nak menggunakan software tu dan lebih kepada mendalami ilmu blogwalking yang tak berkitab ni.
Aku tak pernah guna software tu, tapi sedikit sebanyak aku paham, kita boleh taip kat satu tempat aje dan mesej itu disampaikan ke dalam chatbox blog yang tersenarai dalam list. Takyah nak susah-susah nak bukak satu-satu dan taip setiap kali.
Tuan tanah blog pulak, adabnya ialah bila ada orang datang blog kita, kita kena balas balik kunjungan orang itu. Sebab, disamping kita ni tolong menolong, kita juga berpeluang meluaskan pandangan kita dengan blog baru atau entry baru yang tersaji di blog pengunjung blog kita tadi. Mungkin akan tercetus idea baru atau terjumpa kawan baru. Dari sudut falsafah bloggernya, software ni tak berapa bagus sebab ia menghapuskan semua ini. Tapi aku tau programmer dan scripter di luar sana dah jumpa penyelesaian untuk masalah ini. Aku yang mangkuk dalam programming pun boleh terpikir, takkan diorang yang bergelumang dengan bracket dan goto if else, takleh? Eh, lupa lak. Aku ada laduni. Memang ar tak aci. Jadi aku takkan dedahkan. Hehehe.
Tapi dunia blogging ni ada macam-macam orang. Orang yang hanya fokus pada duit, dia tak pedulik semua bullshit pasal integriti, setiakawan atau falsafah. Mereka hanya akan berdiam diri sambil menghayun-hayun cek dari nuffnang yang bernilai ribuan ringgit di depan kita. Atau yang tersenyum kerana berjaya menjual ribuan shawl atau kerongsang dalam masa sejam. Masa tu, aku sendiri pun akan mempersoalkan kewujudan perkataan 'integriti' dalam berblogging sambil log in ke akaun nuffnang ku nak check berapa dah setakat ni.
Aku salut blog yang takde iklan. Tapi aku cukup menyampah blog yang takde chatbox. Mungkin ada pengalaman pahit yang telah dilalui. Mungkin ada riak di sebalik mee. Pada aku; kita mungkin tak memerlukannya. Tapi mungkin ada abang yang sedang tertekan dengan hidupnya memerlukan sedikit ruang di blog kita ini untuk berkomunikasi dengan pantas dan mudah.
Apa yang aku tau? Aku cumalah budak kampung yang buta IT. Main blog pun kat CC...
Labels:
Series
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
header kat ats tuh
ak rase smacam...haha
rasa camner? katner?
tapi bro, ade blog letak iklan, tapi earning tu disalurkan utk charity.kita je x tau
dark half: salur pada charity? macam kau ke? hehehe
aku taruk iklan supaya aku dapat duit. NUff said. takde selok belok
Post a Comment