Tuesday, October 26, 2010

Komen kepada: NGO Sarankan Pengharaman Iklan Pampers dan Tongkat Ali






Entry asal:

Kuala Lumpur -24 Oktober 2010. Sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka Belia Elak Rogol dan Zina Malaysia (BERZINA Malaysia) hari ini mensarankan agar kerajaan segera mengharamkan Iklan Pampers dan Tongkat Ali dari ditayangkan di kaca TV negara. Mereka mengeluarkan kenytaan ini sebagai tanda sokongan kepada Azura Mohd Afandi, Ketua Puteri Johor Baharu yang mengkaitkan iklan tuala wanita kepada peningkatan masalah sosial di Malaysiabaru-baru ini.


read more...

Salam Obefiend,

Aku mula paham kenapa kau disukai. Dah lama aku tak baca artikel pedas dan penuh dengan mesej subliminal macam artikel ni. Kali terakhir ialah dalam GiliGila tahun 1990. Aku bagi dua ibu jari untuk ditambah ke dalam koleksi ibuibu jari dalam lemari kau.

Tajuk artikel menyedarkan puak bloggers kepada persidangan UMNO barubaru ni. Ia juga menempelak puak bangang dalam UMNO yang suka buat kongklusi pra matang dari satu atau dua pemerhatian yang jumud.

Isu iklan pampers, tongkat Ali dan tuala wanita adalah satu fresh-air kepada isu media di negara kita. Kenaifan dan ketidak perihatinan pihak yang membuat iklan terhadap sosio-budaya Malaysia amatlah membimbangkan dewasa ini. Kalau warna kulit ketiak pun nak dijadikan competitive advantage oleh pembuat deodoran, aku tak terbayang apa yang Fair and Lovely akan iklankan untuk memastikan warna kulit sekata di kawasan sulit pula.


Isu Facebook dan tandatangan petition ialah satu lagi isu menarik. Aku tertarik sebab ia mengingatkan aku kepada golongan blogger pengomen tegar yang hanya berani komen (tinggalkan jejak) dalam entry yang generic dan tak penting, tapi tak berani dikaitkan daripada menunjukkan pandangan/bangkangan mereka terhadap isu politik, kebudayaan atau agama. Mungkin itu sebab blog macam MalaysiaKini atau Kickdefella ada trafik yang tinggi, tapi yang mengomen hanyalah tunggul atau orang yang nak tinggalkan link. Dah takde dah orang yang ada bebola dalam skrotum mereka. Begitu juga dalam underground Malaysia. Semuanya ikut-ikutan.

Aku sarankan agar kau sentuh isu RTM3 yang beria-ia melaporkan UMNOSTOCK mengalahkan RTM sendiri barubaru ini. Lepas tu kita sama-sama ke Putrajaya pulak. Hahaha.

7 comments:

Irwan said...

entry ni baru jer post. Tapi dengan cepat ia menjadi popular post. Tapi komen takde. Jadi aku taulah something dari semua ini...

± said...

isu nak haramkan iklan Pampers tu memang agak buduss di situ..haha..yg lain2 tu aku malas nak komen.dorang xde idea kot?

cuba kau terjah topik baru obe,Euthanasia & Pemandulan. memang menarik, aku siap explore lg link yg dia letak.adakah kau rasa euthanasia tu dibolehkan dlm islam? mati secara perlahan nampak cam suatu penyiksaan tapi tidak ke ia suatu proses pembersihan dosa?dari segi logik, aku setuju dgn pendapat obe, tapi dr pandangan islam, aku aku agar kabur di situ

Irwan said...

dah baca. orang akan mati bila sampai masanya. cuma camana kita mati tu, adakalanya disebabkan oleh pilihan kita. Dalam Islam ada do's and don'ts dan aku tak tau pasal ni pulak.

Aku taknak tau. Aku taknak ambik tau. Aku minta perlindungan dengan Allah dari benda-benda camtu.

TheBentPencil said...

bebola dalam skrotum.

gua gelak.

so maknanya kalau awek yang komen, komen mereka komen orang penakutkah? hahahaa

Irwan said...

metafora 'bebola dalam skrotum' tak refer pada lelaki saja. Ia refer kepada SESIAP saja yang mementingkan atau terpengaruh oleh bebola-bebola dalam skrotum mereka semasa bercakap..

± said...

uishhhh...adakah bermakna awek juga punya bola2 dalam skrotum incik irwan?konpius aku..haha...tapi awek tetap ada bola-bola :P

Irwan said...

boleh tahan jugak ko ni, ye dark...ni mesti air dah naik kepala ni, ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...