Monday, December 27, 2010

Komen kepada: bomoh





Entry asal:

"kalaulah saya ni kejam (not to say that i am good either), saya bomohkan je si Johnny Depp tu or si Zac Efron tu ke supaya jatuh cinta dengan saya. senang cerita. high taste sikitkan. dah alang-alang nak bomoh kan, baik aim for the stars. cewah. ni nak bomohkan orang kampung yang dah kahwin 10 tahun dan anak 4 dah. bullshit betul"

Read more...

Salam Cik Ezzan,


saya setuju dengan cadangan Cik Ezzan untuk membomohkan Johnny Depp sebab saya pun rasa dia cool. Walaupun saya malas nak gugel sapa Zac Efron, tapi saya get the point yang buat apa tempat kedua kalau tempat pertama itu dah boleh main bomoh-bomoh jer? soalnya, apakah kebomohan itu?

Kebomohan ialah melakukan sesuatu melalui perantaraan majikal. Aktiviti menyantau atau gunaguna memang common dalam masyarakat Malaysia. Melayu terutamanya. Di negara ini digalakkan perkembangan spiritualiti. Dan bangsa Melayu yang terkenal dengan kepamalasan akan kaum lelaki jantannya dalam melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan fizikal dan peluh, mahu hidup dalam kemajikan.

Kaum wanitanya pula, memajoritikan diri sebagai jumlah pelanggan ilmu majik hitam, menurut statistik yang dijalankan barubaru ini. Bila kita kata hitam, kita merujuk kepada perlakuan menggunakan ilmu itu untuk menyakiti orang lain. Tak kira apa jualah niat atau sebabnya.

Kerana apapun yang telah berlaku, hanya bebudak kecik atau remaja saja yang akan bergaduh-gaduh sampai nak mencederakan menusia lain. Lebih baik perselisihan faham itu dilempiaskan melalui persemukaan atau dialog, walaupun ia hanya sekadar sesi meluahkan dan bukan sesi perbincangan atau bertumbuk. Orang dewasa, pada mata saya yang sedang membesar ini, sepatutnya berupaya menyalurkan ketidakpuashatian mereka macam orang yang beradab dan bertamadun, berupaya mengawal emosi dari mempengaruhi pendengaran, dan mementingkan keharmonian sesi komunikasi tersebut agar ia dapat diakhiri secara produktif.
Dan orang yang pakai majik adalah bacul.


Walhal Islam itu sendiri adalah kemajikan. Sesiapa yang buat kerja serta taat pada Nya akan berada dalam keadaan yanglebih tinggi dari majikal. Aku belum sampai tahap nak explain bab ni,dan kalau nak baca contoh cerita majik dalam  Islam, kau bacalah kat sini atau sini.


Apepun, topik yang Cik Ezzan kemukan agak relevan sebab malam semalam hampir separuh stadium Bukit Jalil dipenuhi dengan para bomoh demi mempertahankan maruah negara kita dari dirobek-robek lagi oleh Pasukan Indonesia.

7 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

hehe...tis is d link..

http://shezzanyusop.blogspot.com/2010/12/tak-faham-dengan-orang-yang-guna-bomoh.html

smlm bomoh pkai laser je..kkakakaa

± said...

huhu...kawan cik chummy
byk pulak cter ilmu hitam majik2 kat tv n panggung wyg skrg kan?tapi kalau dah terer ilmu2 camtu, baik santaukan je geng zionis.nak santaukan sesama sendiri apa dpt?

Irwan said...

thanks, my loyal secretary...

Irwan said...

gggg, dark...zionis punya hantu lagi terrer, tak terlawan dek hantu picisan kita ni...

Ka-Ching said...

huh johnny dep (>_<)

aku nk tgk gak lepas ni pemain malaysia ade yg balik kena berubat ke sbb indon kan hebat2 bomoh santetnye hahahahahahaha....

± said...

seb baik kita kalah di sana.kalau menang gak,x tau laa..ntah2 takbley kuar stadium tros...haha..anugerah pemain terbaik tu pun sbb nak jaga ati rasanya.susah btol manusia mentaliti rebellious ni

Ezzan Yusop said...

boleh tak baru skrg nak komen? hehe. time kaseh sbb rasa johnny depp itu cool. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...