Wednesday, December 8, 2010

Komen kepada: Dah orang tak suka, nak buat macamana

Entry asal:

Beberapa hari ni aku rasa macam kecik ati jer ngan beberapa orang blogger....aku taulah diorang semua pemes2 dan bagus2....sapalah aku nak dipandangnya.....aku cuma nak tumpang seronok tumpang gembira dengan kejayaan diorang2 itu....jadi aku sukalahkan nak bagi komen2 kat blog2 diorang......tapi yang tak bestnya.....dah berderet-deret komen diorang publishkan.....satu komen aku langsung takder.....kenapa yer....??? menyampah sangat ker diorang ngan aku.....?? padahal aku komen semua yang baik2 jer.....sama macam komen org2 lain....tak mengutuk mahupun menyumpah....tetap juga komen aku di tong sampahkan.....aku rasalah....sebab kalu tak kenapa tak nak publish aku punya komen.....kenapa dan kenapa.....???

read more...

Salam Cik Dila,

Pertama sekali, saya minta maaf sesangat sebab lambat menerjah blog Cik. Saya bersalah dan saya mohon maaf sekali lagi.


Entry Cik yang ni memang dahsyat. Baru baca perenggan pertama jer, dada saya sebak dan terus terasa nak pergi menenangkan diri dengan mengambil dos nikotin untuk malam ini. Kumpul semangat nak tulis komen.

Rilek la Cik Dila. Setiap orang ada cerita semasing kenapa mereka berbuat sesuatu. Mungkin sebab diorang ter delete komen Cik Dila sebab diorang 'on' kan komen moderesyen dan dah hilang stamina sebab sibuk layan pengomen yang hot-hot. Mungkin sebab diorang berburuk sangka dengan komen jujur Cik Dila (ingat Cik Dila ni nak tumpang semangkuk dengan diorang). Ataupun, mereka memang seperti yang Cik Dila sangkakan; memilih bulu dan cam cibai.

Sapalah nak layan kita, si ikan bilis di lautan dalam dan tak bertepi ini. Dapat lak kita ni baru nak membesar. Memang kebiasaanlah sesuatu yang kecil mengagumi sesuatu yang lebih besar atau lebih berpengalaman darinya. Ada yang sedar diri, akan membantu kita membesar dan mengharungi hidup di lautan gelora ini bersama-sama. Ada yang sekadar senyum dan berlalu. Dan memang kebiasaanlah sesuatu yang otai dan glemer itu tak perasan komen dari yang kecik. Tapi ini sepatutnya tak menghalang kita dari terus mengagumi seandainya si otai tadi benar-benar berisi. Sebab kita ni baru nak belajar. Dan banyak sebenarnya yang dapat kita pelajari dari musuh, jika berbanding dari kengkawan...


Jadi, semoga Cik Dila jangan berhenti merayau-rayau dan memberi komen, di mana saja Cik suka. Tak kisahlah blog tu femes ke, baru ke, blog bebudak ke, atau blog tahapahapa cam blog ni. Kerana dah banyak sangat pengomen senyap kat luar sana. Dan amat rugilah, pada pandangan saya, jika orang yang berkeupayaan menulis entry sebegini gempak merajuk dari alam mengomen.

Bagi menguruskan emosi Cik, saya sarankan Cik Dila rekod setiap komen bernas yang Cik dah buat,  kat dalam blog Cik. Contohnya seperti apa yang saya lakukan dalam blog ini. Cara ini, jika komen Cik tak dipublishkan pun, ia masih tercatat dalam e-diari Cik.

Maaf. Sekali lagi. Nak cukupkan 3 kali.

13 comments:

blogger berkarat said...

hohohohoh....aku pun ada citer cmni...tp tak heranlah biasanya blog yg aku komen2 tu mmg beribu komennya setiap entri...maybe admin dah malas nak publish komen2 yg terbelakang atau sama je ngan komen2 yg terdahulu...so dia tup mata jer delete sumaaaaa....yg aku mls btl ni, takder plak nak komen entri2 aku tu hehehee...dah entri tak syok mana la org nak komen kan...adapun cuma geng2 blogger je..kdg2 tu org just baca, dpt info, tutorial then out cmtu jer...tips sket amacam nak buat setiap entri kita tu org kata 'sticky' hehehehhe..plg tak best ni kalo anonymous bg komen pastu sepeaking ntah apa2 la aku pun tak faham apakah erti tulisan....

Al said...

huuuu..sedih gler kalo org x hargai kita
so penyelesaiannya xyah la kita duk trus mengharap
cri je blog lain
byk lg blog best nk dikomen

VanillaKrimSoda said...

sebab tu la aku tak komen kt entry yg dah byk komen.. ngahaha~
kat sini x byk komen lg, so aku komen la...

podeh3 said...

salam..
ala ciannya ble baca en3 Cik Dila (sop2.. dgn perasaan sedih). sabar bebanyak ea Cik Dila. pada pandangan saya en3 Cik Dila ni antara yg terbaik pernah saya baca. (seronok dan terhibur ble membacanya sambil mengesat hingus di hidung menggunakan tisu yg mak aku beli kat Gaint).

teruskan usaha Cik Dila dan nasihat saya jgn sesekali berputus asa tuk menerbitkan en3 yg berunsur info @ sebaliknya. pasal lau komen Cik Dila tu x di layan di blog yg lain xpe, komen je kat cini. satu g, Cik Dila x cukup glamour di mata blogger yg lain tapi di sini Cik Dila antara yg supep. die org x kenal Cik Dila lagi. hidup Cik Dila. horey..

atan said...
kepada en.Irwan. ni antara yg best ko dapat selitkan sebagai tukang komen. horey3 ^-^

saidila said...

saya pulak yang jadi tak berapa reti nak komen....hehehehe

pertama tamanya.....saya ucapkan terima kasih kepada situkang komen yang sudi komen kat blog saya....walaupun terlewat....tapi saya halalkan....biar lambat dari takder langsung....thats another my prinsip...semoga blog si tukang komen dan tuannya akan kekal meneruskan niat dan komen yang murni untuk kebaikkan blogger2 sejagat...saya juga rasa komen si tukang komen amat bersahaja tapi penuh bermakna....saya faham apa yang cuba situkang komen sampaikan.....

waktu entry tu digarap....tuannya tengah penuh dengan ke'emosian yang ketara sangat...jadi maafkanlah aku juga jika entry ku itu ada yang membuat org lain terambik nikotin atau ter'berabihkan tisu maknya yang dibeli kat giant....mesti nanti maknya marah.....

kepada aoi@riena - saya pun selalu menggunakan kaedah yang sama iaitu mencari entry atau blog yang tak banyak komen...tetapi tetap juga saya direject....kalau nak sangka baik....biasanya lambatlah....sangka buruk mesti yang kedepan dulu....saya tak mahu memaki ataupun mencarut....biarlah si tukang komen menjalankan tugas2nya...

Al - memang itu jer kaedah yang paling selamat....banyak lagi blog lain...kan kan...

blogger berkarat - lebih kuranglah ni sama cam saya....saya sedar memang takder orang nak komen blog saya dan entry2 saya....tetapi saya kalo ke blog orang biasanya saya akan komen kat entry2 yang bersifat peribadi....kalau setakat info2 saya memang tak reti nak komen sebab saya pun baru tahu info tu dari blog dia.....hahahahaha...pastu kan....kalo kat entry tu banyak sangat komen saya memang dah takkan komen....publish yer.....baca takkan kot....jadi serupa macam tak yah komen.....

podeh3 - takkan pudar...malah lebih bersemangat....lagi2 lepas baca entry kat sini dan komen2 kat sini....makin semangat....semakin membara bara....

terima kasih diatas sokongan kawan2 semua....

Ka-Ching said...

olololo.....xpe dila kite mengomen je kat sini.. tukang komen ni peramah orangnye gayahgayahgayah!

± said...

aku dah komen kat blog tuan tanah.meh aku paste:

Dark Half said...

salam dila,

first time lepak sini pas baca entry kat tukangkomen.jgn kecik ati sgt la komen kau kena ignore dgn blogger pemes ni,at least dia x up satu entry kutuk2 kau.aku penah kena kutuk kaw2 dgn sorang blogger otai yg agak pemess dgn 'rage'nya.sebabnya?dia x puas hati bila aku tegur attitudenya yg ntahapahapa.org lain maybe takut or segan nak tegur,so dia makin lemakk la jadinya

jgn biarkan blogger pemes camni cantas self esteem kau.ini baru pengaruh kat blog dah mula riak dan pilih bulu, kalau jadi jutawan tau ahli politik x tau la pulak cemana...

saidila said...

dark half - cekit oredi....nak speaking tak pandai sekolah tak habis....

ka-ching - yelah...tak kenal maka tak cinta....

podeh3 said...

salam.
saya kenalkan diri saya dulu. saya ketua kepada robot2. tugas saya senang. agihkan tugas2 am dan keselamatan dunia kepada robot2 yg lain. ble ade ancaman saya jdi robot besar. ble dunia aman saya jdi treller je. jalan2 cari makan..

Ka-Ching said...

podeh3 = robot??

robot apekah? robot doremon kah?

podeh3 said...

robot Optimus Prime. haha..
akak Ka-Ching lau nak tau, susah nak jge bumi ni tau. pas tu grease yg ade kat kedai pun da mahal tau. wat susah je. skang harga minyak da naik lak tu. tu yg skang da kurang g jalan2. hehe..

± said...

podeh3, ko optimus prime version katik ke?
alaa...pakai minyak kelapa dah la.support barangan tempatan tu.btw,nak tanye gak,kau nak jaga bumi dari serangan sape?V?UFO?

ade gak yg nak kena action beam ngan scuba.back to topic! pehhhh! gler cambagus aku

Irwan said...

aku suka dengan komen kak dila (walhal dia lahir tahun 79)...dia jawab komen setiap orang...(ni ada terinspirasai buat entry lagi ni kang)...


dan aku suka dengan dark yang kongi info dari sudut yang lain pulak, tapi hope it stops there.

Kak Ching: don't rty to understand. Just type whatever on your mind at the point of typing.

Al: jom kita tak layan Al...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...