Thursday, December 23, 2010

Komen kepada: Untuk suamiku sayang yang baik hati..

Entry asal:

...Esoknya aku tanya pada en.asben, kenapa dia biarkan aku on aircond sedangkan dia tak tahan sejuk malam tu. Jawapan en.asben ialah:

Dah orang yang I sayang tu kata dia panas and nak on aircond, takkanlah I nak kata jangan.


baca lagi entry-entry lain...



Salam Cik Hanis,

Perghhh...Entry Cik Hanis memang best-best. Ayatnya lembut dan jujur. Perspektifnya yang baik. Dan penceritaan yang bersahaja dan kelakar membuatkan saya tak puas membaca sekadar 7 entry yang dipaparkan.

Dan entry yang ni memang menyentuh perasaan saya yang juga seorang suami yang baik. Jarang saya jumpa cerita pasal suami yang baik cam suami Cik Hanis ni. Dan kisah pengorbanan bangang seorang lelaki kepada seorang perempuan yang macamni memang inspirational. Sebab lelaki ni biasanya selfish dan tak sensitif. Saya tertanya-tanya apakah zodiak suami Cik Hanis. Adakah dia Leo, cancer atau Pisces (hehehe). Apapun, tahniah kepada Cik kerana punyai anak yang sihat (dah berkahtan dah), suami yang baik, serta jiwa yang murni (boleh rasa kemurnian tu dari entry dan gaya bahasa Cik). Semoga semua orang bertuah juga seperti Cik ni.

11 comments:

eszol said...

apakebengong ko ni boleh ckp pengorbanan bangang?

knp?

~* chirpy_chummy *~ said...

eszol, chummy rasa 'pengorbanan bangang' yg d maksudkan tu ialah pengorbanan yg x kan dia nk bt kalu x sbb bini dia. kalu sbb diri dia snirik je pn myb dia x buat. tp utk bini tersayang, bnd bangang pn dia bt. mcm cth kisah mrs hanis tu la. incik asben dia sanggup bersejuk semata2 utk bini dia selesa sedangkan dia yg merana. owhooo..sooo swueett..smoga mereka berbahagia dunia akhirat.amin.

eszol said...

owh

Al said...

haha
hny perempuan yg memahami prasaan perempuan lain
tp adekah ini bermakna scuba pon seorg suami yg bangang?hakhak

apsal tittle dia still cik lg tu scuba?

~* chirpy_chummy *~ said...

scuba nantok la AI.. tu pasal x pasan 'cik' tu. bebola salji menutupi mata scuba kot. haha

Irwan said...

pengorbanan bangang tu ialah pengobanan yang boleh dilakukan dengan cara yang lebih baik. Betul seperti yang dikatakan oleh cik chirpy.

title Cik tu sebab aku hormat dia sebagai manusia. Kalau kau biasa ke perlawanan pantun, duludulu orang bahasakan lawannya tuan, puan, maam dll dan kengkawannya 'Cik'. Sekarang jer perlawanan pantun tu tahapahapa. Rosak dah bahasa ni, dan akulah pemulanya...hehehe..

korang baca tak entry cik Hanis yang lain...boleh dapat banyakidea woooo....gila inspirational...

aku ingat orang cam Cik Haniz dan suaminya dah takde...Ader lagi laa...

Cik chirpy, bebola salji dah takde. Dah sampai malaysia dah. Ni tengah layan bebola ikan dan fillet ketam ni haaa...

Dark Half said...

lepas aku baca entry tu,aku paham dgn apa yg dikatakan pengorbanan bangang si suami oleh scuba. ini komen aku:

maaf kalau komen saya tak menyenangkan...kalau puan sorang yg prihatin dgn kasih syg suami pada puan, on the first place lg puan takkan on A/C tu. korbankan keselesaan sendiri utk org tercinta yg sdg sakit.tidakkah itu lebih manis?

cambagus jer aku kan? all apologies.

Ka-Ching said...

sesekali tu layan gak pe suami aku buat pengorbanan yg macam bangang itu...hahaha bg la baju sejuk kat dia xde la kesejukan.

aku nak tau plak ttg pengorbanan bangang seorang bini utk suaminye.

cth: si suami seorang penagih tapi si isteri sanggup pertahankan suami xbgtau sape2 pun termasukla mak mertuanye kui kui kui..banyak gak aku dgr cerite camni skrg.

Irwan said...

kengkadang, pengorbanan bangang inilah yang menyentuh perasaan...

memang sedia maklum kaum perempuan lagi banyak pengorbanan jenis ni daripada lelaki...

aku cakap pengorbanan itu bangang in the first place sebab si suami tu kalau lagi sakit kang, kan dah takleh kerja...tambah lagi kerja Cik Hanis nak jaga dia..nak jaga si hero yang baru berkhatan lagi..

Tapi kalau takde pengorbanan tadi tu, takde la pulak entry ni, ye tak?

Ka-Ching said...

hehehe manyak butui la incik scuba.. xde pengorbanan tadi tu xde la entri ni.

Hanis Azla said...

Thanks Irwan untuk entry ni.. Alhamdulillah, pujian awak buat saya malu tapi saya ambilnya sebagai semangat untuk terus bercerita lagi. Thanks juga pada yg memberi komen tentang cerita luahan rasa saya untuk suami tersayang.. Terharu sebenarnya..

Yup, entry itu memang membuka pekung di dada tentang betapa tak perihatinnya saya dengan keadaan suami pada ketika itu..memang, sebagai isteri, saya amat terkilan dengan apa yang terjadi. Malu dengan diri sendiri memang sudah tentu. Tapi saya teruskan juga dengan entry itu kerana mahu orang lain tahu betapa perihatinnya suami saya pada ketika itu dengan 'pengorbanan yg tak menguntungkan dirinya sendiri'.. (sebenarnya pengorbanannya sekadar membalas pengorbanan saya yang menjaga anak kami sendirian beberapa malam sebelumnya kerana dia sendiri tidak sihat.. sikap give and take berlaku di situ.) Sebab itulah saya mahu luahkan perasaan sayang dan terima kasih saya pada suami secara terbuka sebagai penghargaan untuknya. Pada saya ia bukan cerita biasa.. ada nilai di dalamnya, baik, buruk dan rencah yang perlu ada dalam sesebuah rumahtangga.. bukan menuding jari siapa betul, siapa salah, patutnya begitu bukan begini.. yang baik bukankah elok untuk dikongsi dan dijadikan tauladan.. sikap saya yg anda rasa tak elok itu pula janganlah ditiru.. saya ceritakan juga kerana mahu ianya di jadikan sempadan..

Untuk Irwan, thanks again. Salam kenal dari saya. Sudi-sudikanlah berkunjung lagi ke blog saya. Salam kenal juga untuk yang sudi berkongsi komen2 yang baik untuk saya perbaiki diri yang serba kekurangan ini.

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...