Thursday, December 23, 2010

Komen kepada: Kuliah Subuh Di masjid Shah Alam

Entry asal:

...Sekejap tadi saya, Azrai, Amirul dan Anaz solat subuh di Masjid Negeri. Kelihatan jemaah lebih daripada biasa. Ketika hendak memulakan solat tahiyatul-masjid, saya terpandang seorang jemaah yang sangat kemas berpakaian. Alahai… saya bandingkan dengan saya yang berkain pelikat dan berbaju kemeja...

...Jemaah di sisi kiri menghulurkan tangan untuk bersalam. Matanya langsung tidak ke mata saya. Saya cuba memberi senyuman yang paling manis tetapi pastinya ia tidak sampai ke mata dan turun ke hati. Barangkali saya tidak penting kerana ekor matanya melewati jasad saya yang berada di sebelahnya....

read more...


Salam Tuan,

Dah lama saya mengikuti blog tuan yang saya temui linknya dalam blog sahabat saya. Asalnya saya nak mengomen entry yang 'Mengajak' tu sebab ia sungguh inspirational. Tapi entry yang ini lebih hampir dengan jiwa saya...

Persoalan tuan berkenaan kesempurnaan pakaian jemaah lain ketika mengadap Allah berbanding pakaian tuan sendiri, memang sering saya jadikan point utama ketika menghentam diri saya sendiri satu masa dulu. Tapi sejak saya terlibat dalam dunia welding dan kontraktor-lisasi ni, apperance saya dihadapan Nya semakin sekadar cukup syarak ajer. Selepas membaca entry ini, saya berazam untuk lebih kemas ketika mengadap Nya.

Isu pasal bersalam dan memandang mata juga sangat klasik kepada mereka yang sering bersolat jemaah. Dewasa ini, saya dapati semakin ramai yang tidak bersalaman ketika di masjid (lantas mendedahkan saya kepada bisikan syaitan agar berburuk sangka). Malah ada pula yang mempersoalkan perlakuan itu sebagai bidaah pula. Sedih saya mendengarnya. Yang bersalam pula, tidak melakukannya dengan kemesraan. Pada saya, persalaman itu dimulakan dengan menghulurkan tangan dalam keadaan yang paling hormat (hulur dua-dua tangan dan merendahkan kepala sedikit) serta dapatkan eye-contact. Dan dalam pengalaman saya mengamalkan cara ini, lagilah sedih hati ini kerana mendapati, acap kali yang tua tak berapa nak layan sangat salaman dari orang muda. Salam pun main sep-sep macam high five pula. Tapi sejak H1N1 dan selsema burung, bisikan setan dalaman ini telah berjaya dihujah kembali dan saya semakin tak kisah dengan perangai otai yang macam ni.

Ringkas. Tetapi memang signifikan. Entry-entry tuan amatlah santai berbanding entry prof-prof lain yang saya ikuti. Barulah saya mengerti kenapa sahabat saya meletakkan link blog tuan di blognya.

4 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

waaahhh!!! abg irwan komen blog prof!!! :D :D :D XD ^___^

sukeee sgt... beliau adalah chummy pny idol. hari2 wajib bukak blog beliau. tulisan beliau ringkas, tp sgt signifikan utk chummy digest dan turun ke dlm hati :) buku2 beliau pn sgt mudah d fahami dan sgt santai olahannya. sape nk pinjam buku2 tulisan beliau, bley la ctc chummy..hehe Travelog Dakwah dan Travelog Haji. mmg superb!

p/s: wife beliau pn sgt best. buku2 beliau di tulis secara terus dr dlm hati - Travelog Cinta Abadi.

ooppsss...terlebey sudah. tersangat eksaited! haha ya ampuuunn tuan runah :P

Ka-Ching said...

wah chirpy kemain lg eksited yer...hehe

huh tersentuh gak aku bace entri ni. nsib la pompuan cuma pakai telekung.hehe

± said...

aku pun dapat tau blog Prof Kamil dari cik chummy.aku sebenarnya sangat kagum dgn beliau setelah membaca buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah...dan entry2 dalam blog beliau sememangnya sgt penuh dgn inspirasi,cuma segan nak komen

Ka-Ching said...

baru lepas terjah blog beliau.. huuu betul ape korang ckp.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...