Friday, December 24, 2010

Mengarut 101

Sebagai seorang tukang komen, kita mesti mempersiapkan diri kita dengan segala ilmu yang berkaitan. Ini bermakna yang paling basic ialah kita kena ambik kursus ketukangkomenan berpandukan buku Teks Entry-Entry Agong Malaysia sepanjang zaman, melalui silibes: Mengarut 101.

Ia adalah 4jam kredit sehari, dan kelas ada setiap hari, tujuh hari seminggu.

Sebagai prebiu, aku akan mengongsikan dan membuka gelanggang untuk salah satu tajuk dalam silibes ini. Ia dipanggil: Kenali Audience Anda.


----

Untuk itu, sesapa yang bawak buku teks, sila bukak ke muka surat 1. Sesapa yang tak beli buku cikgu hari tu, cikgu ada bawak buku lebih untuk di sewa. Sila taruk duit korang kat tabung kat tempat biasa. Ketua kelas sila ambik nama orang yang nak beli buku cikgu.

"Harga, cikgu?"

Kan cikgu dah bagi tau semalam. RM20 satu. Pakai untuk setahun.

Baiklah, KAMU yang bertanya tadi, sapa nama kamu?

"Mehmet Kamarul, cikgu"

 Sila baca perenggan pertama!


"Assalamualaikum..."

Wa'alaikumussalam. Baca laju sikit


"...Pertama sekali aku bersyukur kerana dengan limpah kurnia Nya..."

Laa..Itu Sekapur Sireh! Baca muka surat satu.


"Mana ada yang lain, cikgu"

Laa. Selak la pages buku teks, tu..Muka surat satu mula kat helaian kedua...

"Cikgu tak suruh selak pun? Tadi cikgu tak cakap 'buka halaman pertama'. Cikgu cakap 'MUKER SURAT SATU'. Bila 'surat' maka itu ialah kertas. Maka saya assume cikgu maksudkan buka kitab ni ke muka kertas yang pertama. Dan baca perenggan pertama yang terdapat di dalamnya. Mungkin cikgu nak mulakan dari Sekapur Sireh..."




...

(murid-murid lain menggaru kepala. Ada juga yang buat muka puas hati, ada yang ketawa macam nak mati)


Bagus...Dah, selak MUKER SURAT SETERUSNYER.
Dan baca atas kerusi.

(semua diam. Dua minit kemudian, dari atas kerusi)



"Bab satu. Titik bertindih;  Kenali, Audience, Anda"





...bersambung

11 comments:

Ka-Ching said...

wahahaha ni mukadimah tatatertib nk jadi tukang komen???

Best ni...x sabau nk tau wat hepen next

lurus bendul sungguh mahmed tu ye? Sgt inesen hehe

± said...

tukangkomen dah bocor rahsia.pasni takde yang BURUK SANGKA lagi kot kat tukangkomen

Irwan said...

dark: hihihi

kak ching: aku tak nak jawab dulu komen kak ching...Aku nak tunggu response orang lain dulu...

~* chirpy_chummy *~ said...

ya rabbi...apekah ini? hahahaha... bila nk abes cani? dok bc smpai titik2 pn nk kena sebut sebutir2? mak aiihh.. jenuh laaaa...

rasa2 cam da tau ape yg tersirat je ni... huhuhu

Irwan said...

kan kat sekolah baca camni. Kalau tidak, sampai bilalah tak tau nak sebut appostrophe atau perentisis atau breket...

kikiki

belum citer pasal KHTI atau KMT atau cerita pasal belajar solat lagi tu, lagi reminisce kang...

Siti Noor Aminah said...

ending cite ni memang macam ni je ek?

± said...

ending? i tot it's just the beginning
p marah kat tukangkomen..haha

Al said...

apo-apo je lah jang oi..

Irwan said...

GC: Gadis Comel. Selamat mengomen.
Anda betul!
Entry ini setakat ini saja.

Dark: Mulamula kau salah sebab kau ingat aku bukak rahsia. Tu silap.

Tapi kemudian kau juga betul. Entry ini ialah Permulaan kepada SIRI MENGARUT 101

± said...

mekasih cikgu tolong betolkan
murid2 pun dah ramai tunggu next class.bila nak mula?ketua darjah Mehmet Al ke?

Ka-Ching said...

penolong ketua darjah: Dark Half

setiausaha: Cik Chirpy

scuba?????

cikgu tu la hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...