Dari satu sudut, Interlok mengingatkan kepada golongan pengkarya agar lebih bijak dalam menghasilkan karya mereka. Lawak yang kelakar pada hari ini, mungkin akan menjadi bahan bukti ke atas kita pada suatu hari nanti. Nama timangan yang manja dalam kelambu, kelakar bunyinya jika diguna luar dari kawasannya. Dan sepatutnya ini mengajar kita dalam mengawal diri kita semasa berkarya. Dalam isu tersebut kita lihat, seorang yang profesional dalam penulisan juga kengkadang boleh tersilap, maka apatah lagi blogger yang menulis (tentang topik yang pelbagai), hampir setiap hari. Memang dijangkakan yang blogger bukan saja lupa malah akan ada juga yang mempersoal kedudukan garisan pemisah antara yang boleh dan tidak boleh.
Kita kena sedar kat mana kita berada. Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan pelbagai lapisan tahap pemikiran. Dan setiap kaum ada benda yang dianggap sensitif. Benda2 yang tak boleh diperkatakan secara terbuka. Sebab semua orang ada bahagian yang off-limit. Peringatan kepada pengkarya (lebihlebih lagi blogger) ialah untuk lebih sensitif dengan isu atau ayat-ayat yang digunakan dalam penulisannya agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Jikalau pun nak membincangkan sesuatu topik yang sensitif, kita kena buka minda kita terlebih dahulu untuk bersedia menerima kritikan atau bantahan akibat pilihan bentuk penyampaian hasil karya kita tadi. Tapi memang diakui ada sesetengah orang yang perlu dicarutkan demi mendapatkan perhatiannya. Tapi kita harus ingat agar tidak terus mencarut dan mengembalikan fokus ke perkara pokok setelah mendapatkan perhatian tersebut.
Bila menulis juga, kita kena target siapa audience kita. Jika kita menulis secara umum, maka kita kena neutralizekan karya kita tu. Kita kena kreatif. Kita takleh nak anggap setiap pembaca mempunyai pemahaman seperti kita. Atau menganggap mereka telah mengikuti perkembangan portfolio kita ni dari mula. Atau mereka dah sedia dengan segala buku rujukan dan kamus disebelah mereka agar mudah mereka nak refer masa baca artikel kita yang sarat dengan info dan data ni. Kebanyakannya, orang tak baca pun sampai habis, walhal perenggan sebelumnya pun. Dia perasan yang kita carutkan dia pun, masa dia scroll down nak cari shoutbox tadi. Jadi, semasa berkarya kita kena awasi semua benda ni. Dapatlak para politikus dan opportunist di Malaysia memang sentiasa cari point baru yang nak disensasikan.
Isu ini juga membawa persoalan adakah Malaysia sudah bersedia untuk konsep kebebasan bersuara. Adakah setiap lapisan masyarakat sudah punyai kefahaman yang sama berkenaan dengan falsafah dalam kebebasan yang sibuk diperjuangkan ini.
Kita menyimpang sekejap; bayangkan kat Malaysia kita dah boleh sound raja atau mereka yang ada authority macam polis, askar, PM atau kroni-kroni mereka sesuka hati kita. Kita juga dah boleh nak mempersoal isu sensitif macam apa KPI sultan, kenapa ada manusia yang masih sembah patung, atau kenapa bagi offering kat latok pakai buah-buahan plastik. Kita juga dah boleh melawak dengan mengatakan melayu yang suka main beg plastik setiap ramadhan, india yang bakar mayat dan melepaskan abunya ke dalam sungai/laut atau cina yang membakar mainan kertas untuk mendiang mereka sebagai mencemar alam sekitar. Kita takyah jaga hati sesapa selagi kita di pihak yang benar dan ada bukti (walaupun bukti itu sekadar hearsay). Aku rasa dunia blogging Malaysia akan jadi seboring blog di luar sana.
Di dalam isu pengurusan pengetahuan (knowledge management), setiap titik data adalah penting walaupun ia adalah outlier. Dari sini, kita dapati setiap komen dan suara itu mestilah didengari dan difahami. Begitu juga dengan hal kebebasan bersuara. Bila ada suara sumbang yang menyalak, kita kena dengar dan cuba faham kenapa suara itu wujud dan apa yang dimahukan dengan kebersuaraaan tersebut. Jika ini tidak dilakukan, maka manusia itu akan buat sesuatu agar suara mereka didengari. Tu sebab agaknya kat Malaysia semakin banyak demo atau blog yang bertemakan hatred. Sebab mereka tahu, apa mencarut pun yang mereka kata, kerajaan bukan boleh buat apa-apa pun sebab kerajaan sibuk pikir pasal survival kekera-ja'anan mereka. Tambahan pula, Julian Assange pun masih bebas.
Berbalik kepada isu Interlok, padaku ia hanyalah sebuah teguran dari seorang penulis kepada bangsanya sendiri.
Tapi menyuruh orang bersabar tu senang bila ia tak kena kat batang hidung kita. Bayangkan satu hari nantik Karpal Singah jadi PM dan dia decide nak jadikan novel bertajuk "Melayu Tak Guna" sebagai rujukan kepada budak-budak SPM.
Apa agaknya yang akan kita lakukan?
9 comments:
licienta poetica itu diberikan utk berkarya
bg aku
kbenaran itu perlu di utarakan mahupun diselatankan
sampai bila nak paternalistic nak jge hati semua org
tkde sapa yg boleh hidop dgn jge hati sume org
truth shld be told even how hard it is need to be told
OK, fine. Tapi jika kita diserang directly lepas kita menulis, takper jugakler..
Ni Bung Dollah dah tua bangka pun kena jugak. Dan orang yang memprotes pulak cam nak attack personal.
Anyway, entry ni berkenaan dengan taboo dalam penulisan yang boleh dijadikan inspirasi kepada blogger sempena mencari idea dan keyword gempak untuk hari Isnin...kikiki
ceyt!
the best thing is...golongan penulis yang shithole nila yang bagus...sebab dia akan point out kan kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki...kan??
as for gov, take their advice and ISA them for govsake...hahaha...
Gorengbaek - Tips nak nampak lebih muda...psichologically...
Hangit Habis dah - Ko ingat aku kisah kalo ko pandang slack??!
bagi aku karya yg jujur selalunya akan tetap jadi mangsa dalam apa jua keadaan sekalipun..terpulang pada khlayak yg menafsir sesebuah penulisan dan karya itu dari sudut mana..
teringat buku SHIT karya shahnon ahmad yg penah mengkontroversikan sluruh malaya tak lama dulu. ada sape penah baca? kat mana bleh dapat?
@dark
SHIT ada di SHITHOLE..haha...
Gorengbaek - Along nak pecah rekod...buat entri bunga-bunga
Hangit Habis dah - What kind of person are you actually?
that's funny, along tapa
karya tak jujur atau karya apapun akan jadi mangsa kepada agenda kapitalisme.
lawaklah...
Post a Comment