Friday, January 21, 2011

Mengarut 101 (Troll)




"Cikgu Bard paham kenapa kita mengadakan pertemuan ini sekarang?" mula Tuan Haji Marhaen, Pengetua MRSM Terendak, Melaka. Keadaan kelihatan tegang dan kering. Tuan Haji merenung tepat ke mata Cikgu Badrul. Cikgu Badrul terpaksa bersembunyi dibalik bayang bingkai speknya agar tidak bertentang mata.


"Kerana muridmurid saya mencarut dengan kuatnya?" cubaan lawak yang merbahaya dari Cikgu Badrul.


"Bukan itu saja, tapi juga ini" jawab Tuan Haji sambil menghempaskan helaian laporan kajian, memorandum dan surat layang yang semuanya berkaitan dengan Cikgu Badrul dan Kelas Satu Mawar. Cikgu Badrul buatbuat muka hairan sedangkan baru tiga minit tadi dia membelek semua kertas itu di depan kelas tadi. Cikgu Badrul membetulkan speknya. Dia kelihatan series.


"Baiklah. Sekarang saya sudah dapat perhatian dari Tuan Haji. Barulah boleh saya bentangkan proposal saya ni" kata Cikgu Badrul sambil memusingkan laptop yang dibawanya ke hulu ke hilir sejak mengajar di sekolah tersebut.

Tuan Haji yang sedang berkerut mengalihkan perhatiannya kepada skrin laptop yang baru dipusingkan. Misai Tuan Haji nampak bercahaya dek karen dari imej dalam laptop tu. Cikgu Badrul berdoa dalam hatinya agar Tuan Haji termakan umpan. Tapi kat luar Cikgu nampak rilek. Cool. Kita dapat detect sebab tengok paha Cikgu Badrul yang menggeletar macam ekor anjing yang excited. Hehehe.


Tibatiba Tuan Haji buat tanda dengan jari dia macam tanda satu malaysia. Ingatkan Tuan Haji sedang tuding ke arah sesuatu di siling, hinggakan Cikgu Badrul memandang ke atas.

Rupanya Tuan Haji nak tekan enter untuk ke slide seterusnya. Tuan Haji membaca slide-slide proposal dari Cikgu Badrul. Cikgu Badrul dah tak cover lagi dah. Tangan dia buat macam gaya orang kristian tengah berdoa dalam cej.

Sebentar kemudian muka Tuan Haji rilek. Dia memandang kepada Cikgu Badrul. Kemudian Tuan Haji bangun. Dia menghulurkan sebuah salam dengan tangan kanannya kepada Cikgu Badrul.


"Bagus jugak tu. Maktab kita pun takde lagi cikgu untuk kelab komputer" kata Tuan Haji Marhaen sambil memutarkan misainya. Dari lirik matanya, dia sedang mengkonspirasikan sesuatu...


"Komputer nya pun takder...?" kata Cikgu Badrul. Tuan Haji dan Cikgu Badrul kedengaran ketawa berdekah-dekah dalam bilik Pengetua.

Dah lama akak kerani depan bilik pengetua tak dengar pengetua gelak kuat-kuat camtu.

"Kali terakhir masa maktab kita johan pertandingan catur antara MRSM 3 tahun lalu. Lepas tu senyum pun takde. Asyik terkenang janderrrr jer"

7 comments:

Ka-Ching said...

MRSM Trendak Melaka?

± said...

kan aku dah ckp, cikgu bard ngan pengetua leh ngam nyer...

~* chirpy_chummy *~ said...

huh.. kt maktab x de comp? biar betik.. sainss la sangaaat...

Along Tapa said...

terkenang janda??macam pernah aku dengor jek ayat tu..haha

ini sudah bagus cadangannya ni...apa kata pengetua nanti ek...

Gorengbaek - Tips nak nampak lebih muda...psichologically...

Hangit Habis dah - Ko ingat aku kisah kalo ko pandang slack??!

Anonymous said...

Lovely sharp post. Never thought that it was this easy. Extolment to you!.

Marhaenonymous said...

alamak!!abis laa rahsia skandal aku dah terbongkar..satu sekolah dah tau ni..

Irwan said...

untuk pengetahuan semua, entry ni ada kena mengena dengan entry pasal interlok tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...