Friday, January 21, 2011

Komen kepada: Revolusi Penjual Sayur dan Buah Tunisia - Apa Yang Anda Harus Tahu



Baca kat entry asal di sini. Nah kredit:



Salam Obie,

Aku nak komen entry 'How to be a famous blogger' sebab nak pinjam keyword dan campak entry aku ni kat Innit, tapi disebabkan oleh timing dan mood pembaca Malaysia yang di akhir-akhir bulan, aku komen yang ini. Sebagai mood, anggaplah aku ni sekepala dengan kau.

Aku tak ikut sangat dengan apa masalah kat Tunisia tu. Kalau betul la apa yang kau tulis ni, maka, gila cool dunia akhir zaman, ni. Aku ingat apa yang aku nampak kat Malaysia ni hanyalah isu setempat. Rupa-rupanya satu dunia tengah huru-hara atas sebab yang sama.

Masalah pengangguran. Takde keja. Harga barang keperluan semakin naik tapi duit takde. Inflasi. Sebabnya bukan sebab takde sumber. Atau permintaan melebihi pengeluaran. Bumi harihari diratah dan temperature harihari naik. Tapi terjadi jugak jurang kemiskinan. Yang kaya, kaya gila. Yang miskin, gila dalam gila.

Golongan muda yang menyampah dengan dunia yang bakal diwarisinya pula memberontak dengan menuding jari dan menuntut pembaikpulihan dilakukan sebelum otai-otai yang dah kencing manis tu membuang sepahnya kepada mereka. Akibatnya, ramailah yang lebih suka lepak kat kedai kopi membincangkan teori konspirasi dan rasa tak puas hati daripada memikirkan camana nak berubah dari status pencari kerja kepada pembuat kerja yang berfaedah.

Dan masalah dengan orang Islam tu memang biasa,lah. Macam Melayu KL yang takleh nak berapa nak kamcing dengan orang asli dari Pahang walaupun duadua ni Islam misalnya, inikan pula seorang Raja Arab dengan Raja Arab yang lain. Hei, jika masalah kabilah dalam suku Arab itu bukan masalah, takkanlah Baginda SAW diutuskan kepada mereka, ye tak? Lagipun, Arab ni jer bangsa selain yahudi yang dapat warning direct dari Allah. Melayu takder. Perasan wali ramai ler.

Allah bagi bala kat manusia yang percaya kat Dia saja. Supaya manusia boleh marahkan tuhan sebab yang menimpa ialah banjir, tanah runtuh atau accident. Bagi yang kurang mempercayai Allah, mereka diuji dengan ujian kesenangan, bayaran hospital atau masalah tekanan perasaan sebab semua benda yang macam ni kena salahkan diri sendiri.

Dan atas sebab itu, aku jugak bersetuju kita kena syukur negara kita masih sekular. Personally, aku tak sanggup menerima ujian berupa tanah runtuh atau banjir yang tak cover insurans. In fact, aku tak suka dengan semua jenis ujian pun sebab aku malas nak berpikir atau mandi wajib.

Anyway, great info and sarcasm shown.

6 comments:

Ouh said...

ko tau ke niat mandi wajib?

Irwan said...

saja aku mandi wajib kerana Allah Taala.

eszol raar said...

nawaitu rafaal hadasi akbari lillahitaala

± said...

entry sarcasm yg dijawap dgn penuh sarcasm jugak. bergaya siot

aku lebih tertarik dgn entry DYMM obi. isu yg cukup sensitif but it does make sense.takot nak ckp lebih2 kang kena isa...harharhar

Azri the Accelerator said...

gua tak caya tuhan bagi bala,
bagi aku ia lebih kepada ujian dan peringatan.

kalo kata tuhan bagi bala,nampak sangat tuhan ni kejam...

don't WE think so....

bala bala ni kat akhirat je

juz my opinion...

peace can only be achived by understanding,not by force

Irwan said...

aku setuju 'bala' tu lebih kepada peringatan dan ujian.


BALA yang sebenar ialah kita mati dalam keadaan mungkar dan tak sempat taubat atau mengucap

and yes..aku juga setruju peace can be achieved by understanding.

But then, why r u a soldier spetsnaz? Do you believe in something else?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...