Friday, January 21, 2011

komen kepada: Perkara Rawak #025 – Janggal


Entry asal:

Jadi kalau dipersoalkan bab Hijab, memang aku tak ada idea. Alasan-alasan koman dan tipikal kebanyakan orang tak bertudung seperti;

baca kat sini hehe...


Salam Cik Jomblo,

Tahniah atas hari ulangtahun Sabrina. Saya juga pernah merayakan hari setahun yang pertama anak saya. Tapi saya tak buat apa-apa dengan alasan saya kerja. Semuanya umminya yang buatkan dan gambargambar ini adalah testimoni kerespekan saya terhadap golongan ibu. Oh ibu dan isteri; I love you's.

Dan saya nak ucapkan tahniah juga kepada mereka yang ada rasa segan bila tak bertudung. Ni maknanya masih ada sinar harapan lagi. Hehehe.

Masalah tudung tak bertudung atau aurat-conscious tak aurat-conscious memang biaser dalam masyarakat Islam. Apatah lagi dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu dari kecik lagi dah diterapkan dengan adab tatasusila yang diceduk terus dari keislaman dan kearaban. Kita takde kreativiti atau kalendar kita sendiri macam orang Cina atau India atau Yahudi. Sebab soal tak pakai tudung dikaitkan dengan simbolik malu dan kemaluan ialah simbolik kepada soal maruah dalam budaya Melayu. Jadi, memang dah preprogrammed dalam kepala seorang Melayu untuk rasa slack bila berada dalam keadaan seperti yang cik cakapkan tadi.


Tak pakai tudung di kalangan pompuan ni dah biasa kalau akak lepak felda atau mana-mana kawasan kampung. Tapi ia amatlah terasa bila kita menyertai reunion atau musabaqah Al-Quran. Ni menunjukkan bahawa keseganan yang cik rasa itu boleh juga berpunca dari 'suasana' dan 'tempat'. Serupalah kalau cik bertudung dalam disko atau kalau lelaki: pakai seluar pendek dan berdiri tepi keta masa ambik anak dari kelas KAFA.

Kengkawan kita yang cambagus pula akan cuba mencari hujah nak menjustifikasikan perbuatan mereka. Masing-masing dengan kreativiti dan pengalaman pahit masingmasing.

Serupa macam kaum lelaki yang menghisap rokok walau kita dah puas buat tanda dua jari cam dalam TV tu. Atau makcik perasan MILF yang tayang cleavage depan anak lelaki kita. Di sini kita tunjukkan bahawa perbuatan yang pada hari ini nampak OK pada kita, kengkadang nampak tak OK pada kita sendiri pada suatu hari nantik. Ni dipengaruhi oleh faktor peralihan dari seorang teman kepada sahabat, boyfriend kepada suami, atau mangkuk kepada seorang bapa.

Masa saya menggatal dulu, saya pernah temuramah student pompuan kenapa tak bertudung dan trend dari pemerhatian yang saya dapat kumpulkan adalah yang berikut:

1) Tak rasa bertudung itu perlu.
2) Panas. Leher naik ruam kalau pakai tudung.
3) Tak lawa.
4) Ada pengalaman pahit dengan orang bertudung.
5) Tau tapi sedang rebel.


Saya nak kongsikan di sini bahawa antara banyak-banyak point di atas, point nombor 4 dan 5 itu janganlah diikut.

Point #4 kerana kita tuding kemungkaran kita disebabkan oleh orang lain. Ini menunjukkan kenaifan serta kebodohan kita. Takkanlah kita nak langgar perintah Allah semata-mata dek salah cakap orang yang menegur kita? Macam Iblis yang dengki dengan manusia. Manusia itu memang penuh dengan kelemahannya. Biarkan ajer dia.

Point #5 sebab anda sedang rebel. Masalahnya ialah anda sedang rebel pada siapa? Mak? Bapak? Abang adik? Kawan? Tuhan? Jangan buang masa dengan rebel rebel ni sumer.

Sebab pepehal pun, kita ni orang Melayu dan secara umumnya Islam dan orang Islam kalau taknak ikut hukum, ngaku jer awak tu berdosa dan berazam nak berubah. Jangan nak ngengada buat cerita belok sini sana.

Itu lebih bahaya dari tak pakai tudung.



P/S: Bini PM selamber jer baca AL-Quran nampak jambul. Amoi pun rilek jer masuk surau tak pakai tudung? Tarapapa, pun? Siap orang PAS backing lagi. Sheeshhh...

8 comments:

± said...

dulu aku rajin baca blog lady noe tiap kali dia update wpun cuma sekadar silent reader

aku suka gaya bahasa dia yg lepak, cool dan tak rebel tahap gaban cam sesetengah blog awek

pendapat dia ttg bertudung jugak aku suka. man-man maa..all the best to you

Amak said...

ala, dulu je suka baca?
sekarang tak lagi?
tehe~

Amak said...

Masalah tudung tak bertudung atau aurat-conscious tak aurat-conscious memang biaser dalam masyarakat Islam. Apatah lagi dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu dari kecik lagi dah diterapkan dengan adab tatasusila yang diceduk terus dari keislaman dan kearaban. Kita takde kreativiti atau kalendar kita sendiri macam orang Cina atau India atau Yahudi. Sebab soal tak pakai tudung dikaitkan dengan simbolik malu dan kemaluan ialah simbolik kepada soal maruah dalam budaya Melayu. Jadi, memang dah preprogrammed dalam kepala seorang Melayu untuk rasa slack bila berada dalam keadaan seperti yang cik cakapkan tadi.

brilliant.

± said...

Ladynoe,

skrg bukan x baca lagi, baca tapi kadang2. mungkin aku akan cuba mengomen entry kau

Irwan said...

Ladynoe, Dark: Get a room!

Al said...

scuba tersisih d entri sndiri

meh sini ak usap kpale ko

Al said...

eh slp term

meh sini ak tujal bahu
kikiki

± said...

@Al
kalau aku nak tujal bahu kau skali bleh tak?

@scuba
get a room? chatroom ke ape room? haha..

semoga ladynoe n hubby menyambut besday sabrina dgn gumbiranya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...