Tuesday, January 18, 2011
komen kepada: cahaya..
Mr. KulupSakah berkampung di hospital kerana dua anaknya. Tapi itu tak menghentikan beliau dari terus berkristos...
Salam Tuan KulupSakah,
Semoga Allah memudahkan segala urusan tuan dan sekeluarga. Saya lebih tertarik dengan kartun pasal 'aku' tu ajer. Dan particularly, saya nak kongsikan satu jer:
part tengok cermin untuk kenal diri.
Maafkan saya, tapi pada saya, untuk mengenal diri sendiri, kita kena tengok cermin dan menurut Imam Ghazali, cermin itu ialah mukmin yang lain.
Kalau kita nak kenal diri kita, kita kena tengok orang lain. Apa yang kita lihat dari orang itulah diri kita.
Andainya pada masa tu kita lihat orang tu tanpa perasaan, maka kita tengah blank.
Andainya kita menyampah tengok orang tu, mungkin kita tengah bad mood.
Camtulah lebih kurang.
dan apa yang kita lihat pada masa kita melihat tu, hanyalah benar tentang diri kita pada masa kita melihatnya saja. Ia hanyalah snapshot akan siapa diri kita yang sebenar. Sebab harini kita jem. Besok kita happy. Lusa kita jadi PM. Kita berubah-ubah ikut semasa. Kita tak statik. Kita dinamik. Yang tak berubah ialah Allah.
Dan seorang mukmin pula mengambil pelajaran dari apa yang telah dilaluinya semoga esok adalah lebih baik lagi.
Lebih baik jika tak dapat dari segi material, sekurang-kurngnya biarlah lebih baik dari segi spiritual. Bahkan penambahbaikan spiritual itulah yang dikatakan yang lebih utama kerna dengannya akan datanglah jugak kebaikan material. Orang cakap laaa. Saya pun masih mengeksperimen lagi.
Wallahualam
Apa-apa pun, semoga baki bulan pertama abad baru ini lebih baik dari abad-abad sebelumnya untuk kita semua.
p/s: Update dari Tuan KulupSakah hasil dari entry ini:
Labels:
komen bebas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
susah nak faham sebenarnya komik yg berbahasa halus camni. tapi aku buat2 faham
tp lepas baca komen tukangkomen, apa yg aku faham, utk cermin diri, tengoklah pada kawan2..ker?
aku bukan nak cermin diri intai iman, tapi mencari diri "yang Hakiki"..ia adalah berbeza.
aku cuma terjemahkan "man arafu nafsahu fakad arafa rabbahu"
(barangsiapa mengenal drinya dia kenal tuhannya)
terima kasih tuan kulup sakah...
betul..pembezaan yang tepat...
Post a Comment