Monday, January 24, 2011

Komen kepada: dotdotdot

Berjubah dan kidal..EPIC!
Entry asal:
penat sejak keluar wad ni buat aku buntu nak tulis entry baru. sampai sham pun dok tanya mana entry..
kadang2 aku mengaku aku menulis ni untuk penuhi ketagihan korang yang menggemari blog ni...

lalu aku menghindari berita-berita berat dan memenatkan untuk berehat. kerja pun dah seminggu tinggal. merdekareview dan suara keadilan akan mintak kartun..aduuhh!

banyak benda aku nak buat tahun ni rasanya.
di wad aku dah siap rangka skrip teater. satira yang payau. dah lama tak menulis skrip. last dulu skrip "musang" tapi tak dipentaskan. skrip aku dulu bertajuk "ehh.." pernah memenangi anugerah khas juri di festival teater pahang 2003. aha, aku pernah menang pelakon lelaki terbaik pekan teater pahang 2001 kau tau, jadi sila bodek aku sampai hidung aku kembang.
aku plan nak pentaskan skrip baru yang belum bertajukk ni. mungkin tajuknya "err..err" atau...entahlah.

itu hari fared ayam kata kalau ada kawan dia bikin filim dan perlukan watak mafia akan panggil aku..ceh! watak jual mapiau pun takde...

aku juga rasa nak letak semua karya aku bawah satu bumbung laman web. kartun, komik, lukisan,blog ni, wak jono, aku oku tulisan sham dan lain2.

aku juga nak buat banyak lukisan dan catan (painting).

aku nak hasilkan single rasanya. siap video klip sekali. agak2 ok tak?

harap buku antologi catatan aku - "universiti kaki lima"dapat dicetak tahun ni.

kalau semua ni berjaya aku lakukan, alangkah bestnya!

Pergi selongkar almari Tuan KulupSakah di sini:




Salam Tuan Kulup Sakah,

Ye. Saya akan hampir gila. in fact, saya sudah melepasi batasan kegilaan tersebut. Terima kasih kerana berkongsikan semua azam tuan dalam entry ini dan saya akan cuba bantu tuan dalam mencapai kesemuanya dengan serentak.


Apa yang tuan kena senaraikan apa yang tuan nak buat tu. Lepas tu, taruk dateline untuk setiapnya sebagai ukuran kepada tuan sendiri agar tuan tahu sama ada tuan lagging atau leading dari jadual. Dateline mestilah sebulan atau dua minggu lebih awal daripada dateline yang sebenar agar tuan ada masa untuk pembaikpulihan jika perlu. Ini penting dalam memastikan tuan tahu di mana progress tuan.

Dalam memastikan tuan mencapai objektif tuan, setiap azam itu pasti kena ada flow dia. Dan tuan kena taruk dateline untuk setiap step tersebut. Barulah tuan tak panik bila tuan terdesak dek dateline satu hari nantik.

Di bawah ialah contoh roadmap yang saya maksudkan:


contoh jer tapi klik untuk besarkan

"harap buku antologi catatan aku - "universiti kaki lima"dapat dicetak tahun ni" - harap kena ada rancangan, bro...

1) Untuk dicetak, kena siapkan manuskrip. Kalau menulis 3 muka sehari, maka dalam 3 bulan, siaplah sebuah buku bermuka 300.

2) Setelah manuskrip dihasilkan, kena hantar kat editor untuk suntingan. Setiap komen editor kena dipatuhi tanpa mengurangkan nilai estetika atau mesej buku kita.  Dan pasti kena ada dua-tiga kali hantar baru dapat final manuskrip yang akan dicetak.

3) Buku akan dicetak. Ni kejap jer bila kena tempat dan timingnya. Biasanya dalam dua minggu siaplah. Berapa banyak nak kena cetak bergantung kepada point seterusnya.

4) Bila dah cetak, kena ada strategi pemasarannya dan rancangan dalam memastikan momentum kewujudannya sentiasa dirasai. Takdelah lepas 40 tahun nantik baru ada orang nak bakar buku Tuan macam Interlok.

Dari aktiviti di atas, dan jika tuan dah siap manuskrip tu, maka kelahiran buku itu pasti tak lama lagi. Tapi kalau manuskrip pun tak siap lagi, maka saya expect buku ni akan keluar hujung tahun nantik.


Atau


"aku nak hasilkan single rasanya. siap video klip sekali. agak2 ok tak?"- OK...


1) Kalau nak buat single kena ada lagunya. Jangan sekadar menumpu pada satu lagu ajer sebab telinga producer berubah-uabh ikut mood. Buat dua-tiga lagu yang boleh dipasarkan. Jangan buat lagu ikut suka. Buat lagu yang orang suka. Bila dah ada yang suka, barulah kita buat suka kita.

2) Kena bersedia mental dan fizikal untuk me-roadtour kan lagu ni sama macam buku tadi jugak. Jadi penyanyi ni lebih meletihkan daripada jadi pelakon atau penulis sebab nak kena perform setiap kali.

3) Kalau pemalas, tuan buat ajer video klip tu dan upload dalam you tube. Pastu, dengan bantuan rakan-rakan blogger, kasi pecah itu video dengan mensensasikannya.


Demikian adalah beberapa saranan dari saya dalam membantu merealisasikan rencana tuan untuk tahun ini. Diharapkan semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya serta kurang sikit GilaGila tu.

Biarkan part GilaGila tu ditangani oleh kami taip kali tuan lambat mengepost entry...hehehe.

Yang benar,
PST

5 comments:

kulupSakah said...

pehh detail, kobole jadi project manager aku nih...
buku dah siap...tinggal nk print je xde modal..aku xmau bg penerbit lain sbb xmau dicincang itu ini

- single mmg msih zero tp dh ada bygn nya. aku x peduli brp org suke yg penting aku mau sampaikan apa yg aku suke. sejauh mana ia pergi aku x kesah

tq kerana ada juga idea ko yg baik

± said...

brader kulup,
saya ingin mencadangkan brader hantar Universiti Kakilima ke PTS publishing. saya nampak PTS banyak memberikan peluang kepada mereka yg berhempas pulas nak releasekan karya yg baik dari grrafik novel hinggalah karya keagamaan antaranya Alif (yg aktif dgn komik zine), Imran Haaz dan Prof Kamil

Irwan said...

Salam Tuan Kulup : boleh, jika tuan sudi..tapi...saya saiko dengan ayat tuan:

"..ada juga idea kau yang baik"

Ada juga? Cissss


Dark : Great info Dark! Thanks...Aku yang perlukan benda ni sebenarnya...

kulupSakah said...

dark half, aku tahu. aku biasa berfb dengan puan ainon, aku baik dgn jonos. aku ada plan komik di sana tapi untuk buku ini aku belum mahu lagi. kalau terbuka hati aku akan pi..hehe!
tq..


irwan: "ada juga" bermaksud ada yg baik ada yg aku dah buat. maksudnya..maksudnya....TAK BAIKLAH tu..hah! (gelak malu2)

Irwan said...

kulupsakah the illusionist?

cuba tekan saya pikir nombor berapa sekarang?

hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...