Entry asal:
...Justeru apa kaitan sisi berbeza dengan penulisan Imanshah hari ini? Saya memiliki satu soalan untuk kita muhasabah bersama-saman. Berapa ramaikah yang sanggup menulis untuk menyatakan bahawa hari ini AKU BERDOSA? Hampir tiadakan? Kerana seboleh-bolehnya kita ingin menulis yang baik-baik sahaja tentang diri kita. Walau hakikatnya terkadang, apa yang dipersembahkan tidak sama dengan realiti yang kita lalui. Kita sanggup untuk menjadi penulis skrip yang hebat merencanakan apa yang salah sebenarnya.
Saya terpanggil menulis entri ini apabila terbaca satu kata-kata indah seorang rakan blogger yang selalu mengunjungi HOK SENGOTI, seorang guru yang berkelana di Sungai Besar, Selangor.
"Bagaimana mahu merungkai penulis? Tidak semudah pada dokumen-dokumen yang sah. Apatah lagi DNAnya, fizikalnya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya. Mungkinkah penulis ini sebuah ciptaan atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujur atau hipokritkah penulis ini? Tetapi bukankah semuanya begitu? Yang jelas dan pasti hanya pada pengetahuan-Nya..."
baca sampai habis...
Salam Hok Sengoti
Seorang penulis pada mula menulis memang sekadar ingin berkongsi apa yang terbuku dalam hatinya. Cerita yang ditulis biasanya adalah cerita benar (walaupun dalam penyampaian yang boombastik) ataupun yang bersifat peribadi. Tapi lama kelamaan, desakan menghasilkan sesuatu yang baru dan unik akan mengubah objekif penulisan ini kepada pelbagai. Maka terhasillah penulisan yang bersifat cerita rekaan atau lawak atau ada juga yang merapu sampai tahap nak jadi troll atau toyol dalam blogosphere.
Isu yang dipersoalkan oleh entry anda sangat menarik kepada saya secara peribadi. Seperti kata-kata, penulisan pada saya juga merakamkan perihal sebenar penulis semasa karya ditulis.
Jika dia good mood, tulisannya santai dan ayatnya neutral dan baik.
Masa dia bad mood, tulisannya emosional dan mengandungi banyak persoalan.
Kita boleh tengok trend penulisan seseorang jika kita bandingkan intonasi entrynya dengan tarikh entry itu di post. Entry yang awal bulan berbunyi ceria dan happy. Entry di tengah bulan macam emo dan marah-marah. Ini hanya benar jika penulis simpan iman dalam wallet.
Penulis yang kuat berpegang kepada garisan moral dan adab akan menjaga tatasusila dalam berbahasa. Kita carutkan dia camana pun, dia tetap balas baik-baik jugak. Aku respek dengan orang camni.
Ada yang ikut pembaca. Bila pembaca series, dia series. Entry semua yang series-series jer. Bila pembaca macam mengong-mengong sikit, dia pun sama jadi mengong. Ini hanya benar kepada aku.
Tapi, soal jujur atau hipokrit seorang penulis itu tak berapa penting. Entry ialah entry, tanpa sebarang prejudis. Secara peribadi juga, aku tak pedulik sangta apa yang ditulis itu benar atau tidak. Jika angin takde, masakan pokok bergoyang. Yang penting ialah apa yang terhasil hasil dari entry jujur atau hipokrit yang dihasilkannya itu. Kadang-kadang, entry tu taklah menghasilkan perbincangan yang produktif. Tapi komen pembacanya yang lebih banyak info yang boleh kita ambil iktibar.
Setiap orang ada cara nak cope dengan dunianya sendiri.
Selain dari sibuk dok perati diri sendiri, kadangkala kita dapat LARI dari kecibaian reliti kita ini, dengan cuba memahami orang lain...
4 comments:
oi!
ni cikgu time aku sokolah aku dulu la!!!!
in real life!
eszol: so?
bagus la ko eszol, mesti teacher's pet cikgu imanshah..hehe
aku layan je entry di blog2 yg tersenarai kat bloglist aku. korang mmg terbaik!
Cool..tukang komen yang coolio
Post a Comment