Wednesday, January 5, 2011

Komen kepada: Protocol

Entry asal:

I never understood why Malaysians sangat suka ikut protokol yang selalunya melecehkan. Protokol sambut VIP, protokol majlis perasmian bergantung kepada ‘jenis’ VIP.

Majlis-majlis mat saleh hanya naik pentas, borak sikit-sikit, lawak sikit-sikit, tepuk-tepuk tangan, pastu terus mula majlis. Simple & nice.

Wahai para VIP, perlu ke nak kena patuh protokol?

baca lagi entry lain...


Salam jsmn,

Isu protocol atau dress code atau adab majlis memang sesuatu yang menarik dalam masyarakat Malaysia. Pada saya, protocol hanyalah adab. Dan adab itu hanyalah budaya. Namun, budaya itu sangat penting terutamanya bila kita masuk ke kandang harimau...

Masa aku kecik-kecik, aku pun anti protocol dan dress code. Aku akan rebel dengan mencabar organizer Majlis Convo U aku dengan memakai kasut warna kuning masa diorang wajibkan pakai kasut hitam. Aku akan pakai t shirt round neck tak tuck-in masa pergi interview. Atau bercakap menggunakan bahasa pasar kat dalam majlis rasmi. Aku tak pedulik. Aku ialah aku. Kononnya aku ni tak hipokrit. Aku rebel. Aku cool. Tapi pada pandangan orang lain, aku ni macam pain in the ass.

Protocol memang tak penting kepada kita orang kebanyakan. Tapi ia amat penting kepada orang kenamaan. Siapa dapat nafikan bahawa setiap manusia ada perangai dan mindsetnya sendiri. Dan setiap individu punyai ragam komunikasi yang berbeza-beza.

Seorang technician kena bercakap dalam bahasa manager masa dia nak bentangkan project proposalnya kepada sekumpulan manager dalam kilang.

Seorang guru kena mengambil kira tahap pemikiran dan background bebudak semasa mengajar kelas form one on the first day.

Seorang tetamu kena hormat house rule masa datang memenuhi undangan host.

Begitu juga halnya semasa kita menerima kunjungan seorang VIP. Masalah protocol tak timbul kalau yang datang tu sekadar menteri kecik. Tapi kalau yang datang tu PM atau Sultan, maka protocol tu penting. Protocol memudahkan dua level yang berbeza untuk berkomunikasi. Protocol memudahkan penyelarian fahaman agar kita sesama tahu lepas agenda makan2 ni, kita akan buat apa.

Orang barat takde protocol yang heavy-heavy sebab budaya mereka kebanyakannya berasal dari akal yang wujud setelah revolusi industri. Budaya protocol yang ada di Malaysia pula ialah inovasi dari budaya mengadap raja yang telah dipraktikkan sejak zaman Melayu bercawat lagi.


Jadi memang ada perbezaan antara protocol barat dan kita di Malaysia.


Bukan semua yang barat buat tu sempoi dan kita kena ikut. Bukan semua yang orang Islam cakap tu betul dan kita kena imani.

Yang penting pada saya wahai jsmn, ialah pikir dan jaga hati orang lain. Kerana basis kepada protocol ialah soal adab.

Seorang anak lembab yang beradab, lebih disayangi oleh ibubapanya daripada anak yang bijak tapi tak beradab....

11 comments:

Along Tapa said...

protokol tu bagus kah?

mengikut masa dan tempat jugak..cuma ramai yg tak berapa selesa dengan protokol yg banyak dan melampau..nak2 kalo dalam majlis..serupa jek ambik robot duk kat dalam tu menggantikan jemputan dan audience..kan??

Gorengbaek - Pesan cikgu kat sekolah adik aku aritu..bijak2~~

Hangit habis dah - Makin lama aku hidup.makin bosan dibuatnya...

eszol raar said...

masuk kandang kambing mengembek masuk kandang babi meng eee-oookkkk, masuk umah,bagi salam

pikir2 kan lah

Irwan said...

Along tapa: protokol tu ok. sebab dalam islam ada konsep adab, maka maknanya protokol ok

cuma protokol duniawi ni yang aku rasa mengarut dan suka kelakarkan

Eszol: ...kalau masuk blog, kita...?

Pert Doherty said...

Ada kala perlu ada kala tak perlu..

gua masih ada protokol masa jumpa raja..

gua hilang protokol bila gua tidur..

cmtu la.. guna la sebaik mungkin..

± said...

aku rasa protokol, suxx most of the time. prefer perkataan adab lagi
pm iran pun tak payah nak protokol2 sgt. lepakkk je solat tepi jalan

kuasa_ju_on said...

Attention whore je yang sangap proto-proto ni!

Maklumlah life mereka bosan! So dia heret semua sekali join da club.

Irwan said...

aku memang attention whore so aku OK dengan proto-proto..

± said...

abes tu apa cter kasut warna kuning n t-shirt round neck tu?? cane tetiba ko jadik cool cam skrg?haha..

mungkin up to certain age, rage adrenaline to act like pain in the ass dah berkurang kot..

Irwan said...

masa kita seorang anak, kita tend to be rebellious..

tapi bila kita dah jadi parents, barulah kita paham camana bangang jer perangai kita yang rebel dulu tu..


samalah dengan konsep pembangkang dalam politik.

Masa tak berkuasa, janji itu ini, berpakat itu ini..Baru dapat tampuk sikit, dah lupa objective dan misi perjuangan...

Anonymous said...

ohho kau gunakan post aku untuk buat post kat sini.

ok.



barangkali aku silap tulis post tu, yang aku persoalkan ialah pasal masa. banyak masa terbuang bila terpaksa tunggu orang itu, tunggu orang ini, ucap panjang2.

pendapat kau, protokol sbb adab. barangkali definisi adab pada kau lain dengan definisi aku. i like everything to be simple and nice. itu saja. tak semestinya aku fak protokol sebulatnya.

dan terima kasih jugak sebab bubuh link aku skali.

oh, pasal comment moderation, aku mengamalkan hak peribadi aku supaya dapat kawal spam dari masuk blog aku. maaf kalau kau terasa ia adalah menyusahkan kau. sebab so far kau lah satu2nya orang yang ada masalah dengan isu ini.

Irwan said...

kadang-kadang orang tak tau pun itu satu masalah sehingga lah ada orang yang bagitau itu ialah masalah.

macam ada orang yang dah anggap lepak kat rumah yang bersepah itu biasa, sampailah dia pergi rumah member dia yang tahap hotel 5 bintang...

samalah dengan komen moderesyen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...