Entry asal:
Berdua-duaan dengan emak dalam kereta memang best. Sebab emak kaki berborak, tidak seperti saya yang menurun sifat aruah ayah, lebih banyak diam mendengar. Cuma sekali sekala menyampuk dan bertanya itu ini dengan emak.
Perjalanan sejam setengah ke hospital menjadi pendek dan tak terasa, walau suasana di luar masih gelap pagi selepas subuh.
"Kaki emak camana? "
Baca sampai habis...
Salam cikgu normah,
Saya suka dengan soalan ice breaker cik dalam keta. Saya boleh relate walaupun mak saya takde masalah kat kakinya. Ataupun saya ni berminat dengan berbekam. Yang boleh relate tu ialah pengalaman berborak dengan mak dalam keta.
Macam dalam kes cikgu, pengalaman itu berakhir dengan keindahan. Masing-masing ketawa dengan lawak dapat period lepas berbekam. Ada setengah orang punya pengalaman berborak dengan mak pula lain dari cikgu punya. Ada yang takde pengalaman langsung. Secara subliminalnya, perenggan ini menggalakkan pembaca untuk mula membawa mak mereka berborak dalam kereta sebelum terlambat. Dan pastikan berborak dalam keta itu semasa dalam perjalanan ke satu tempat yang mak kita suka. Kalau berborak dalam keta dan keta kat dalam garaj, alamat tak lama lepas tu mak kita akan mula sakit kaki...
Apapun, saya tertarik sebab saya suka nama blog cikgu. Cool la. Ingatkan blog pasal nightlife atau clubbing atau senarai mapler terhangat dalam KL tadi...
cayang mak!
No comments:
Post a Comment