Entry asal:
seorang perempuan datang pada aku dalam tulisannya, meminta aku ulaskan tentang satu perkara yang wallahi membikin aku lebih 6 jam terbeku melangut di hadapan kaca empat segi tepat ini di seminggu nan sudah.
tanya dia pada aku;
apa pandangan aku tentang mereka yang bertudung
mudah. ringkas.
sekelip mata boleh dibalas.
--sepatutnya.
baca sampai habis....
Syabas Cik Fynn!
Sungguh luas skop pemandangannya. Ditulis dalam penuh kehati-hatian. Dan saya paling suka sebab Cik Fynn menyucikan Allah dari segala tanggapan kita terhadap-Nya. Saya sarankan entry ini kepada semua kakcik di luar sana yang cepat melatah bila orang tegur dia pakai tudung. Dan lebihlebih lagi saya rekomenkan entry ini kepada golongan pendakwah.
Biasalah, orang yang sedang bercinta, akan asyik dalam perbicaraan cintanya. Sebab dia belum dapat. Dan kebanyakan golongan yang bersemangat dalam menjalankan dakwah ini ialah golongan pemuda. Dan tak salah jika kita serkap jarangkan bahawa kebanyakan dari golongan ini adalah masih dari tahap bercinta.
Dan orang bercinta memang mudah terbawa-bawa dek emosi. Dan bila emosi dah naik kepala, objektiviti, rasionaliti, walhal harga diri juga kadangkala boleh ditolak tepi bila kalah menang diskusi ini yang menjadi persoalan. Imej Islam seolah jatuh bila si pendakwah kalah berhujah.
Dalam hal berdakwah, persediaan yang secukupnya kena ada. Persediaan itu adalah spiritual dan mental. Persediaan mental ialah kita kena bersedia untuk menghadapi penolakan dari target sebab benda-benda baik dan keagamaan sebegini tak begitu popular. Kena bersedia dengan jawapan-jawapan yang takkan mengguris hati si pendengar, walaupun dia menolak.
Persediaan spiritual pula ialah kita dah terisi dengan amalan pendinding agar bila setan mengetuk pintu nafsu nantik, kita berupaya menempisnya. Sebab tu bila berdakwah, kena bawak otai sebagai guide kita. Takleh nak turun koboi jer dan terjah setiap disko kat Jalan P Ramlee tu. Dan bila dah habis jumpa orang, mau hantar report kat Allah (melalui tahadjud) agar Allah ampunkan kita (takut tersalah cakap) dan orang yang kita dah jumpa/cakap tadi.
Aku setuju dengan dakwaan Cik Fynn yang mengatakan bahawa KITA ni sendiri yang mengakibatkan golongan MUDA JAUH dari Allah.
Mungkin sebab apa yang aku dah cakap.
Mungkin sebab apa yang aku dah buat.
Pepehalpun, syukurlah sebab Allah masih menghantar asbab untuk memperingatkan kita.
Itu semua tanda, tu...
7 comments:
assalamualaikum
adoh...panjang tu.
bagi aku beginilah, laksanakan tanggungjawab yang terpikulkan. andai berdakwah..ye teruskan. namun hidayah itu tetap daripada Allah SWT.
kak ct selalu kata kepada mereka yg "ego" semacam ni...manusia sangat perlu kepada hidayah. bayangkan kalau kamu tidak mendapatnya daripada Allah SWT. tidak mendapat hidayah Allah samalah ertinya kamu...wallahua'alam (sensitif).
semua boleh dikatakan mula dari niat dan sebaik-baik niat kerana Allah SWT. jadi sebagai contoh kalau kamu mahu mencuri, niat dalam hati mencuri kerana Allah...kalau kamu tidak kaku beku mati tegak berdiri kalau niat begitu dalam hati.
sekali lagi wallahualam.
(mungkin tiada kaitan dengan entry purdah tadi tapi klisenya berdakwah itu banyak macam caranya)
baik harini tak semestinya baik esok hari.
ego harini tak semestinya ego selamanya.
pepehal pun, kita kena saling ingat-mengingati. Maybe harini kita ingat, besok anak cucu kita pulak yang lupa?
Sempena ini, saya tukar tag line kat atas tu...hehehe
moga hari ni baik dan esok bertambah baik lagi..saling tegur-menegur,ingat mengingati satu usaha yang patut diteruskan..
terima kasih sebab sudi utk sama2 dgn saya mencari ilmu mencari tuhan. rasa macam mengaji naik basikal ramai2. rasa tak seorang.
saya sungguh perlukan teman. dan takkan mampu berseorangan.
haih~
semoga kita tetap disempatkan, kan?
ps: SAYA SUKA SUNGGUH TAGLINE DI ATAS. "kau mungkin betul ~~" tu.
Gaduh lg sama umat. Seronoknya tengok
tanda tu memang sentiasa ada bai...kengkadang terang2 depan mata...tapi orang tetap tak perasan sebab buta akal, buta mata hati..
kengkadang yang jadik masalah ni, kita reti nak menghalang tapi taktau nak bagi sebab yang konkrit..ubatnya, yang muda2 ni jadik rebel la..sape suruh tak belajor habis2 dulu..ehem...
berani2 takut aku nak bagitau aku review blog ko kat KS
Gorengbaek - Cara bergaya nak menangani manusia psiko
Hangit Habis dah - Mujur....
Kerat Senget - Review tok guru Kerat Senget : Tukang Komen
Terima kasih Cik Fynn, You're the best!
cik ctpayong: jangan marah yer dengan komen saya yg kat bawah tu. bukan pada cik ct tu. tu saya ingatkan diri sendiri...
Tuhan? Is that you? Dean and Castiel been looking all over for you!
Along: Cisss!!! Sempat lagi mengerat senget aku...kau biar benar ni Long?
Post a Comment