Tuesday, April 5, 2011

Dari benak si tukang komen




Kadang-kadang, masa meninggalkan komen kat blog orang, nak bagitau dia yang aku feature blog diorang kat blog aku, aku mendapat macam-macam reaksi:


"Terima kasih kerana sudi berziarah. Blog awak pun tak kurang hebatnya! Teruskan perjuangan!" -tuan punya blog muslimah terlenggangkangkung sekali di abad ini.


"Lu appaa haaallll?!!!"  - Bujal X.


"Bukan menghina, mencaci ajer" -Bujal X lagi.


"Aummmm!" - Tok Rimau


"Lu sapa? Lu nak tunjuk kapla ke? Nah, hambikla kapla ni. lu tak cukup kapla, ni. Kapalaludimaanaaa?"  - SpekrOsak


"You cute, laa" -Cik Yuyu


--------


Namun itu semua tidak mematahkan semangatku dalam menerjah dan memorak merandakan hidup dan masa berinternet orang lain dengan komen dan entry-entry tahap-hapaku. Dan nampak gayanya, peminat dan groupies lebih menggemari blog aderberani daripada blog-blog abangnya yang lain. Ini menimbulkan syak waham dan cemburu dikalangan adik beradik. Lain pulak jadinya.



"Tukangkomen takyah nak blogwalk lebey-lebey. Dia dah memang feymes..." kata Atan dan Abu spontan dengan muka jeles baru-baru ini.


"Ahhh! Blaah la lu! Cibai! Kita yang bagi idea kat dia. Dia pulak yang lawan tokey!" -akuskizo


"Semoga terus berkarya dan tak mengganggu ketenteraman sejagat" - The black entity


"You should rename the pictures in your blogs to respective keywords so you'll earn google image search points! And oh! Great blog you got there!" -google gigglers


Akibat nak menjaga hati abang-abang, blog ini agak lembab dalam dua tiga minggu ini, ditambah lagi dengan jangkasa masa eksperimen autopost yang baru masuk bulan kedua. Siri Mengarut101 yang sepatutnya diganti dengan siri Kelab Komputer juga tah bila-bila nak disiarkan memandangkan timingnya tak kena. Kejap riot. Kejap tsunami. Blogosphere tengah bersedih. Takkan kita nak mengarut dan melawak, pulak? Apapun...

10 comments:

eszol raar said...

mana ko yg dulu?

Marhaenonymous said...

aku pun pelik bila tukangkomen pun ikut suhu muka bumi dan faktor cuaca..hehe

Irwan said...

Eszol: Aku yang dulu tu masih ada. Cuma sejak masuk 2011 ni, aku saiko sikit.

Tambahan pula dengan penyakit tweet yang berjangkit ni...hisshhh..aku rasa nak buat majlis baca YAssin laaa..

PM: saya cuma manusia biasa, je bang

una berry said...

tetiba saya gelak baca post ini.
terima kasih
mood saya tengah swing dengan hebatnya.
kejap2 sedih, pastu marah pastu ketawa. macam org gila.haha

Along Tapa said...

aaahhh...kita bakor jek...bakor jek semua2...

Gorengbaek - Pesan ayah yang terbaik dari ladang

Hangit Habis dah - Korang ingat Dia pakai ke cara "CHEAP SALE" cenggitu??

Kerat Senget - Beberapa perkara tentang blog yang kita taktau...

Al said...

haha tkg komen sndiri pon mdh je tpengaruh nmpknya

Irwan said...

seprofesional profesional aku yang genius ni pun, aku tak terlepas dari berperangai macam manusia....

Cik Una: We are glad to make you smile, ARENT WE BOYS??!!!

bujal X said...

hoih! lu apahal tu aku yang tulis kah?

x ingat pun?

Irwan said...

Hahaha...saja jer...takleh gurau gi Batu Kurau....bawak balik durian jual kat sini

bujal X said...

demm~~kalau aku tulis mesti "kamu ada apa hal?"

haha~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...