Saturday, September 24, 2011

Just Dila




Just Dila


Blog Just Dila lah yang patut jadi yang pertama. Kerana secara umumnya, komen beliau yang seakan merajuk kat salah satu entry gua bulan lepaslah yang mengingatkan kembali gua yang sedang asyik dalam Fasa ketiga, mengomen sistem perkomuteran dan polis trafik. Gua terus ke blog beliau dan save page. Malam semalam gua baca.


My Raya Kali ini.

Apa gua nak komen tentang entry ini? Ia amat personal. Dan penyampaian CikDila79 amatlah berkesan. Mungkin sebab kebolehan Cik Dila dalam hal-hal emo (ingat tak entry beliau yang pertama dikomen di blog ini?), mungkin juga perkataan Raya Kali Ini yang berulang-ulang menjadi seakan hipnotis kepada gua yang sedang mengantuk. Atau mungkin gua masih syahdu dengan peristiwa yang berlaku pada gua pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Oh, sungguh personal. Anyways...

Dan membawa ke entry hangat Cik Dila pasal Perang di FB.
Perang tu pasal komen Cik Dila pasal tudung. Entry nilah yang Cik Dila suruh komen tapi memandangkan dah terlambat dan orang semua pun patutnya dah mintak mahap sempena Raya haritu, maka gua takdelah nak cerita panjang-panjang pasal entry ni. Tapi bagus jugaklah dibaca kepada mereka yang nak tahu serba sedikit pasal FB. Hehehe


Lepas tu ada entry pasal hadiah. Ni sebenarnya cerita pasal hadiah untuk Hari Guru kot? Santai jugaklah mata gua setelah melayan snapshots dari FB page yang dipenuhi dengan warwar yang tahapa-hapa. KAhKAhKAh.

Anyways, gua harap Cik Dila akan terus memblog dan memblog dan berkongsi pendapat Cik tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan hidup Cik. Mungkin Cik Dila boleh salah gunakan keyword macam "Jantan Sial" sebagai tajuk entry dan bagi pendapat Cik. Dengan cara ini, blog Cik akan dapat follower dari Google dan makin ramailah akan memberikan pendapat tentang penulisan Cik. Well, itu yang saya buat haper..Hehehe...

4 comments:

kak dila said...

patutlah terasa-rasa cam nak dtg sini.....!!!

mula2 sekali tengah fikir camner nak jawab balik komen ni yer....

ok dapat...!!

1.kalau boleh janganlah muda2kan akak dengan panggilan cik...cam tak sesuai jer...panggil puan ker akak ker lebih manis sikit...

2.tulis dalam keadaan yg beremosi tu memang lebih best sebab tak sempat nak ber'fikir akan natijahnya samada baik atau buruk....makanya akak suka menulis bila hati diselubungi perasaan...emo umpama rencah..mengambil bahagian bila menulis....

3.dan lagi...memang betul hal perang2 tu dari pihak akak..akak dah pun forgive n forget...belah sunun jer tak tahu camner...harapnya dia begitu jua...

4.tak sampai hati nak guna "keywords" yg takder kena mengena ngan entry...walaupun mungkin itu boleh menjadikan blog kita ditahap teratas..
tapi entahlah..biarlah...biarlah blog akak sepi dan sunyi...asalkan tak dijadikan sbb bila diakhirat nanti kita akan dipersoalkan kenapa semasa didunia kita menggunakan jari jemari kita menulis perkataan yg tak baik....takutnya mungkin juga suatu hari nanti bila anak2 dah dewasa dan anak2 tengok blog akak...ohhh mak aku ni kaki carut rupanya....jadinya akak akan cuba berhati-hati dalam menulis atau dalam meluahkan emo...yg lepas tu lepas...selagi dihati kita ada sedikit sesal sedikit takut sedikit perasaan bersalah sedikit rasa berdosa dan sedikit niat untuk berubah...itu dah cukup menunjukkan bahawa Allah masih sayangkan kita....

5.lastly nak ucap terima kasih kepada irwan kerana sudi singgah sudi juga komen blog akak dan paling penting sudi menempelkan blog akak di blog irwan....kadang tu kita tak perlu banyak sangat traffic dtg berkunjung ke blog kita tapi cukup setakat dua tiga klik asalkan apa yg kita tulis dan sampaikan tu dia faham....seperti KAMU....

Irwan said...

Peh, Kak Dila....lengkap...takde ruang lagi dah saya nak topap..

1. OK. Saya panggil Akak la ek?
2. setuju. menulis dalam emosi ni pun bantu kita identify apa masalah kita sebenarnya...
3. standard ar perang dlm FB dan twitter ni kak..
4. keywords tu sekadar menarik trafik. Apa yang kita buat dgn trafik itulah yg dipertanggungjawabkan pada kita. Contohnya, dlm blog giggling the google, saya pukat tundakan perkataan macam 'cleavage' atau 'lonely' atau 3D tapi saya tak taruk pulak gambar tak senonoh dlm tu. paham tak tujuannya?

5. Akak timer kasih kat saya? Saya ler yang patut timer kasih kat Akak..

pepehal pun, memang betul Beribu pembaca yang tak tau apa-apa lebih tak guna juga berbanding dgn satu dua pembaca yang mengambil tauhu. Eh?

saidila said...

assalamualikum....ni baru punya ...komen please....akak suka org lain komen tapi akak lebih suka ko yg komen...tak tau naper....maafkan akak sebab memaksa dan menyusahkan ko yer dik....

http://dila79inperson.blogspot.com/2011/10/anjakkan-paradigma.html#more

Irwan said...

My pleasure...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...