Tuesday, March 15, 2011

Komen kepada: Misteri Setor



Entry asal:

Kebanyakan pejabat menyediakan tempat solat untuk pekerja muslim. Paling tidak pun dibenarkan solat dalam setor.

Perghhh! Entri ini bermula cantik macam sebuah entri dakwah. Tapi sebenarnya entri sekular.


baca sampai habis...



Salam TokRimau,

Kesian benar bunyinya pejabat tempat Tok bekerja tu. Mujahadahnya nak bersolat! Tapi pada pendapat saya yang bidaah ni, pasti orang yang istiqomah melaksanakan solat di bilik stor itu telah mendapat cahaya. Sebab mereka telah membuatkan pejabat Tok bercahaya dengan bacaan mereka.

Anyway, saya rasa tak perlu untuk membuat pengumuman sebegitu. Tambahan pula itu adalah spender pompuan. Saiz besar laktu. Dari tempat saya berdiri, bunyi macam membuka aib, ajer. Namun, saya tak tahu bagaimana keadaan dalam ofis TokRimau. Mungkin lawak sebegitu semakin mengeratkan ukhuwah sesama rakan sekerja, mana tau? Ada tempat yang saya perhatikan, budaya membahan ni mengeratkan perhubungan antara ahli dalam kumpulan itu.

Saya cadangkan agar Tok taruk satu poster ber frame macam kat masjid tu yang menyatakan adab dalam bilik stor tersebut. Gantungkan kat depan pintu tu, bagi semua orang yang nak masuk, kena selak poster nak jumpa tombol. Takde alasan tak baca.

Taruk tong sampah besar kat tengah-tengah bilik stor tu bagi memudahkan mereka menge shoot sampah mereka macam three pointer. Sekarang mereka dah takde alasan cakap tak jumpa tong sampah.

Nak lagi hardcore, kalau poster dan tong sampah tak jalan jugak, taruk jer dummy cctv. Abis, cer.



p/s:
Dah alang-alang, aku juga nak sarankan korang follow twitter @tokrimau. Beliau rajin men twitkan buah fikirannya ke atmosfera. Pada aku, ayat-ayat dia inspirational dan kelakar. Dan kadangkadang beliau spam jugak inbox kita dengan RT-RT iklan dari member-member dia. Informative gak arr...

Monday, March 14, 2011

Opportunis tsunami dan perang nuklear



Selamat minggu tengah bulan. Tak paham apa yang aku cakapkan? Takper. Dunia blogosphere ni, ada musimnya juger. Sebagai seorang yang gila dengan ilmu statistik dan manipulasi data, aku akui, disamping pasang surut ombak trafik yang mengikut trend keluar gaji atau waktu bekerja, trafik blog juga boleh dimanipulasi dengan mewujudkan sentimen.

Kepada yang pemalas dan noobs macam aku ni, untuk menjadi seorang blogger, bermakna kita kena up todate. Kita kena dua tiga step ahead dari apa yang bakal tersiar di surat kabar. Nama, tarikh, lokasi, semuanya keyword yang dah kita sebut dan taip siap-siap dalam blog kita yang tersenarai dalam carian google. Maknanya by the time cerita ni reach the mass, orang search dalam google, benda pertama yang diorang jumpa ialah entry kita. Kita boleh main benda ni dengan mem follow tweet newsportal macam @tm_insider, @bharianmy atau @BreakingNews. Tapi dia bukan straight macam tu ajer. Kena kreatif nak elak polis google yang sentiasa menghidu orang yang macam ni. Hehehe.

Seperti yang telah kita saksikan, aku mulakan ekperimen minggu lepas dengan hipotesis mudah: kita boleh mempengaruhi entry bloggers. Ini ditunjukkan dengan menyentuh isu semasa yang hot diperkatakan diblog orang lain. Nak bagi bacaan itu pedas, kita kena pilih pihak. Entry yang neutral tu memang best, tapi entry yang bias, lagi mengancam. Lagi power pointnya, lagi personal attacknya, lagi best blog tu. Taktik ini banyak digunakan oleh bloggers murahan atau yang perasan otai (setelah lama berkecimpung dalam dunia blogging, misalnya) dan ia dikenalpasti dengan peralihan tona cerita dalam blognya yang dulu ada unsur rendah diri dan neutral 'saya-saya', kepada entry yang emo dan keaku-akuan sikit.

Namun, semua ada daya penarik dan sebab tersendiri dalam melakukan apa yang kita semua sedang lakukan. Dan tatkala kita melihat ada orang yang sedang melakukan sesuatu dalam peihal mencari makan, kalau boleh, sumbanglah seposen dua kalau tidak dengan senyuman. Janganlah dikecam atau dipandang rendah. 


Kita baca entry dia sampai habis. Kalau tak suka, carilah entry yang suka. Cuba selak post yang popular. Cari sebab nak rapat, nak friendly. Cari soalan nak mengenali. Hidup terlalu singkat untuk dihabiskan dengan bersendiri!

Oleh yang demikian, aku di blog aderberani.blogspot.com ni mengucapkan setinggi Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan rancangan JomHeboh kita pada kali ini (?)


Sempena kemusnahan dan huruhara diseluruh dunia, blog ini juga menyatakan pesanan ikhlas:

Sabarlah



Untuk itu jua, kita nak menyatakan bahawa blog ini akan dislowkan sedikit pace nya sepanjang minggu ini. Sila ke pbp atau akuskizo untuk update yang laju. Blog ni akan sekadar sehari satu entry ajer.

Semoga Allah merahmati perjuangan mereka yang sedang berjuang dengan kesabaran, sekarang ini, di mana saja mereka berada. Amin.


Rekomendasi kepada: somewhere over the rainbow



Aku rasa aku terjumpa blog ni melalui pengembara dalam link kengkawan Cik LaraSephia. Tapi tak kisahlah, yang penting, blog ni awesome! Serious shit!

Aku tak tau la korang tapi as a noob dalam blogosphere, aku mula suka semula blogging selepas membaca dan menggodek-godek isik blog ni. Serious inspirational. Given that you all paham lah all the statistic jargon yang cik goodaspirin ni cakap.

Aku harap Cik goodaspirin aku mengupdate lebih banyak lagi cerita-cerita pasal peristiwa lama ke, pandangan tentang isu ke, sebab aku nak tau. Nak tau camana cara neuron dalam kepala dia tu bersambung...

Hehehe...


Serious cool!!!

Barulah buatkan aku rasa macam noobs semula! Best!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...