Friday, January 28, 2011

Komen kepada: Maaf, cerita saya tak menarik

Entry asal:


Semuanya bermula setelah saya selesai bercakap sebagai salah seorang panelis untuk sebuah forum sempena Minggu Kelestarian Islam USM. Topik yang diberikan kepada saya adalah berkenaan pengalaman saya memeluk Islam dan tekanan yang saya hadapi dari segi emosi.

...blablabla...

Sindiran ini bukan bertujuan untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sebaliknya sekadar untuk meluahkan kekecewaan apabila saya dikomen kerana mempunyai cerita yang tidak menarik untuk disajikan pada para pendengar.

Apakah tujuan kamu pergi ke forum sebegitu?

Adakah untuk menilai sama ada cerita saya menarik atau tidak? Ataupun adakah kamu ingin mendapatkan kesedaran betapa beruntungnya kamu dilahirkan dalam Islam?

What's wrong with you guys?

Saya jujur dan ikhlas mahu bercerita tapi apabila mendapat komen sebegini, saya sedih, bukan kerana cerita saya tak menarik, kerana saya rasa, kalau macam tu, tak payah la nak cerita dah sebab saya ni revert yang biasa-biasa dan tak dapat nak beri kesedaran pada orang lain.

I am a Muslim now. Isn't that enough?

Takkan la saya nak mengada-adakan cerita demi untuk memuaskan kehendak kalian? If you want entertainment i suggest you watch the television.

This is why sometimes i am reluctant to share my story. Sebab wujudnya orang-orang macam ni. Yang tau nak mengkritik, tapi langsung tak nak tolong. Bila tengok kata, Kesian, tapi tak buat apa-apa.

Fine.

Again, maaf cerita saya tak menarik.



Salam Cik NurfarahSyakirah,

Rilek la Cik Farah. Kat Malaysia ni ada macam-macam jenis troll. Ada yang troll politik. Ada yang troll Raja. Orang Melayu, faveret dia ialah meneroll orang yang baru masuk Melayu.

Bila terbaca keluhan seorang convert macam cik ni, yang menyatakan kekomfiusan cik dalam sebuah komuniti yang kompleks tapi berotak spendex macam Melayu ni, saya jadi malu.

Saya jadi malu kerana entry cik ada banyak perkataan maaf. Tiga maaf yang pertama bunyi sincere. Tapi bila dah diulang-ulang, ia menjadi seakan sarkasm yang berbisa, terutamanya kepada kami yang lahir-lahir dah Islam. Takper. Kengkadang kena buat camni...

Dan sebab saya tak mau mengulang-ulang perkataan malu takut cik anggap ia adalah sarkasm dari saya pula, saya memohon maaf bagi pihak mereka di forum dan sesiapa saja yang menyakiti hati cik dalam hal keagama-Islaman ini.

Kalau ada Umar r.a pasti kami dah kena luku...

2 comments:

Irwan said...

ye lah kot, tak menarik?

± said...

ermm..kadang tak bleh amik hati sangat. we'll end up broken all the time. if u got ur family support, it's more than enough. it's a blessing. all the best, my fren

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...