Monday, January 24, 2011

komen kepada: sarkasis



Kau baca dulu, mana tau kau dapat lebih dari aku:


Ada banyak entry yang saiko dalam blog ni. Dua tiga kali aku scroll atas bawah cuba memahami maksud blog ni. Dari namanya cam blog yang sarkastik. Tapi aku tak pasti sarka ke arah mana. Mungkin sekadar memeriahkan blogosphere yang dah nyawa-nyawa PKR ni. Atau mungkin satu lagi cara mereka semua berlatih menulis cam blog faveret aku mencari idea: 100penulis atau terfaktab. Atau blog ni sebenarnya sarkas-is? Aku pun tak taulah.

Aku takde masa nak check setiap entry dalam usaha memahaminya. Aku suka dengan tulisan hiro yang konsisten tentang cinta. Aku komfius dengan luna yang memula sound pasal dunia ni pinjaman tapi dia sendiri yang mencarut. Aku tau Sca nDx sebab dia selalu gaklah mengomen dalam blog-blog aku. Beri aku sikit masa nak menerjah blog peribadi setiap penulis ni...Mungkin aku akan lebih paham sarkasis...

Secara terus terangnya, aku mengaku yang aku kureng sikit nak mengomen blog yang terdiri dari banyak penulis. Sebab ia memeningkan kepala aku. Atau entry yang ada read more. Maafkan aku. Aku takde line internet dan semua benda yang korang baca ni, dipost sama ada dari CC, wifi free atau dari rumah mak aku. Jadi, aku akan cuba optimakan duit aku sebaik mungkin dengan menge save page sebanyak-banyak blog yang boleh dan baca kat rumah bila semuanya dah aman.

Aku menulis sekadar hobi jer. Tapi nak tulis tukang komen kenalah membaca. Dan bila ada banyak penulis dalam satu blog, dan setiap satu tu cam orang kurang kasih sayang, aku memang akan rasa macam nak makan nasik. 

Tapi entry-entry dalamnya macam membaca fluffymath atau fynn jamal punya blog. Tapi ntahlah. Mungkin membantu kalau admin blog taruk description sikit kat bawah blog title.

p/s: sila belajar dari obie camana nak menulis dengan sarkastik...

11 comments:

Anonymous said...

blog masih baru. ada 11 penulis muda. ada 11 stail. jadi semua lain-lain.dan kami semua mengupas dari sisi dunia kami.

p/s: ayat makan nasik kau mengingatkan aku pada 1 member.

Along Tapa said...

tapi kalo tanya obie cemana nak tulis secara sarkastik, terus jek dia bagi jawapan yang buat kita rasa nak tampor muka dia laju2...haha...

Gorengbaek - Along nak pecah rekod...buat entri bunga-bunga

Hangit Habis dah - What kind of person are you actually?

± said...

mari bersarkasis
sape tak tahan dgn sarkasis,bleh pegi sarkas menghiburkan hati main tikam

Sca Ndx said...

rupanya gua diperhatikan balik.
kehkehkeh.

Irwan said...

Sebelas penulis? Gila saiko tu....Ishhh...lapar nasik siott....


Sca Ndx...Ada mata yang memerhatikan kita semua...yer tuan-tuan..Dia ialah Rice Yateem.

kikiki

Anonymous said...

nasi tak cukup kena tambah, ha3

Anonymous said...

owh. aku syak ada orang hack profile aku la. ni mesti propaganda kumpulan2 iluminati nak menjatuhkan agama aku ni. aku ni sopan sebenarnya.


selamat berkenalan ^.^

± said...

cellemek! incik matahari bawa cik bulan datang ke sini laa...selamat berkenalan cik luna

Irwan said...

betul tu cik luna. gatal di buntut saya ni pun adalah angkara yahudi laknat.


kahkahkah punya jawapan.

selamat membaca, cik luna

Clarky Afif said...

manade aku puteri UMNO!
pengundi berdaftar lagik. haha!

kau pun suka sejuta stanza selamba jangan nak sorok (>_<)

Irwan said...

aku suka!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...