Monday, January 24, 2011

Komen kepada: sedikit pesanan ringkas

Entry asal:

Lagu baru di bahagian kiri.
Tajuknya "Janji".

Dalam hidup, akan ada rasa bila kau dipijak tanpa tahu siapa mereka yang memijak kau dengan kasut dr.cardin yang siap ada tahi anjing, kelepek atas kepala kau.

Macam Tuhan adakan samak untuk najis mughallazah, macam tu jugak dia adakan kebahagiaan di setiap kesedihan. Kegembiraan di setiap kejatuhan.

Dengarlah yang tak seberapa itu. Walau apa pun yang kau dapat daripada lagu itu, atau tak ada apa pun yang kau dapat daripada lagu itu, aku tetap berterima kasih.

p/s: merah. and i like it.

Baca lagi blog puitis ni:

Salam Cik Para,

Dalam hidup memang kengkadang ada perasaan dipijak. Dalam kes cik ni, kasut yang memijak ada najis mughallazah. Tapi saya lebih tertarik dengan janji tuhan yang menjadi pegangan cik di perenggan ketiga.

Dari situ, didapati bahawa kebahagiaan itu akan wujud setelah kita bersusah-payah menyamakkan najis yang melepek kat kepala tadi. Ia takkan wujud selagi kita biarkan ia berada di mana ia berada sekarang ini.
Susah payah sebab nak menyamak tu satu hal. Nak komfiden dengan kesamakan itu pulak satu hal yang lain.

OK. Sekarang saya nak kembali ke dunia nyata:

Dalam dunia akhir zaman, orang buat apa saja dalam nak melepaskan sesak mereka. Kengkadang kita yang puitis nilah menjadi mangsa tetap sebab kita ni suka memendam rasa. Atau terlalu banyak metaforanya hinggakan orang ingat kita ni bersajak daripada bersuara.

Cuba sekali sekala bila dia memijak tu, cik larikan kepala cik ke kiri atau ke kanan. Atau Cik tungkai jer kaki dia yang satu lagi tu. Kasi dia jatuh berdebuk.

Dan dalam dunia akhir zaman juga mengajar kita, jika sekiranya cik terkena jugak taik anjing tu, Cik ambik gambar taik kat kepala cik tu dan buat laporan polis. Kasi ajjar sikit dia.

Kengkadang kita kena bersuara. Dengan jelas dan tepat dan tanpa distraction dari alat muzik di belakang...

Wallahualam.

2 comments:

Para Jamaludin said...

saya percaya, tiap orang ada caranya.
terima kasih untuk entri ini.

bukan masanya untuk percaya authority atau sesiapa saja, cuma yang dirasa cuma seorang. yang lain cuma bagi nasihat.

tuhan bagi ujian untuk setiap kita. semua lain2. sebabnya, dia tahu kita boleh handle. itu saja.

=)

Irwan said...

Masalahnya cik Para, Dia tahu..

yang buat tak tahu ialah kita...

I mean saya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...