Friday, January 28, 2011

komen kepada: Sekadar berkongsi.


Entry asal:

"Ambik gambar bertiga tak boleh nanti salah seorang pendek umur?" kata gadis itu

---

"Anak akak kena usik dengan hantu jembalang rambut panjang...mengekek masa Pertandingan Taranum Al-Quran peringat Daerah...teruk dia kena kacau" kata ibu gadis itu...

xxxxx

Di situasi 1, saya pernah di marahi mengambil gambar bertiga kerana jawapan yang saya beri bertentangan dengan prinsip orang berkenaan. Ajal dan kematian bukan ditentukan dengan mengambil gambar bertiga. Saya bergaduh dengan orang berkenaan apabila saya berkata "Benda karut, bodoh betul percaya"...

Di situasi 2, saya berkongsi pandangan yang sama dengan beberapa orang yang berilmu. Ya saya jahil perlu meminta pendapat orang berilmu, saya tidak akan mengeluarkan pendapat tanpa pandangan dan rumusan terbaik. Ayat Al-Quran adalah pendinding dan menghalang gangguan makhluk jahat. Lagi-lagi di pertandingan Taranum. dibaca dengan alunan dan Tajwid yang jauh lebih baik daripada saya. Hairan bukan? bagaimana Syaitan boleh menganggu dalam keadaan sebegitu.

Sesiapa yang ada ilmu atau mahu memberi pendapat umum boleh utarakan....

Oh ya...yang mengajukan ayat pelik itu ialah orang yang mempunyai ilmu agama tinggi daripada saya....Ustajah gitu...


Checkout lagi entry dahsyat kat sini:
-------------

Salam Cik Firol,

Setan tak pedulik pun kita baca bertarannum ke, tanwin ke, kolkolah ke. Setan cuma akan terkesan bila dibacakan surah-surah tertentu seperti Ayatul Kursi atau Al Fatihah. Lain dari tu, kengkadang, setan siap betulkan lagi makhraj kita.

Sebabnya, setan yang ditugaskan untuk misi kat tempat-tempat camtu adalah dari kelas mediocre (pertengahan). Diorang ni dah kena train dengan senior diorang dan setakat lempias bacaan Al-Quran dari bebudak yang kencing bercabang macam kita ni diorang tepis-tepis jer. In fact, kebanyakan setan low class yang terus meraung-raung bila terdengar ayat Al-Quran tu, diorang bukannya terkesan macam kesakitan atau rasa terbakar ke, cuma diorang buat aksi menggeliat-geliat tu sumer sebab memang body language diorang camtu. Contohnya macam kita yang terkujat-kujat menahan otot dubur ketika menanti giliran kita nak buang air besar di tandas petrol pump station. Kuisan kaki dan gerakan tangan kita pada masa tu bukanlah buatan. Itu refleks tu.

Pasal ambik gambar bertiga tu, aku tak tau pulak.

Apa-apahal pun, aku harap pembaca blog tukang komen akan menerjah setiap link dalam blog SOLTURA ni sebab semuanya adalah bahan bacaan yang bagus-bagus.

Sesuailah untuk suasana hujung minggu yang kurang update ni...hehehe

2 comments:

± said...

byk link yg best kat dlm blog ni
entry pendek tapi berisi

Irwan said...

budak-budak team ni dahsyat-dahsyat dan ori belaka...best3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...