Thursday, March 3, 2011

Komen kepada: Titipan Ilmiah Ke Alam Blog


Entry asal:


Pertama sekali, lebih suka untuk aku katakan, ini adalah penulisan khas dari aku sebagai nasihat kepada mereka yang baru menjinakkan diri ke alam blog. Sekadar pandangan peribadi aku atau getusan ringkas hasil soal-balas dari para pembaca yang dahagakan arah dalam dunia blog.

Semestinya aku akui, blog ini telah menjadi perhatian dalam tahun 2011 yang serba mencabar. Aku katakan sebagai mencabar kerana, setelah bertahun ulung hayat aku bergelumang dalam arena maya ini, hampir 5 tahun jika di nilai dari blog lama aku yang telah aku buang dari kehidupan, aku kena akui semakin ramai rakyat Malaysia sudah mula ber-blog (mempunyai blog), tak kira platfom percuma ataupun tidak. Ada juga yang menggunakan platfom facebook, aku tahu, jangan nak tipu.

Jadi, semakin ramai ber-blog. Semakin mencabar dunia blog. Mengerti?

Lebih suka aku kaitkan bilangan pengguna blog yang kian ramai sebagai punca mengapa dunia blog semakin mencabar, semakin sesak dan lebih tepat, semakin keji. Mungkin ada yang lucu. Namun, ia tidak selucu blog era dahulu. Kadang-kadang bila baca tubelawak pun, aku rasa blog Ben Ashaari lagi lawak. Lawak dengan segmen bodoh misalnya.

Jangan perasan. Ni untuk aku.


Hahaha. Nice entry. Aku setuju dengan kebanyakannya cuma...

Sebagai undergrounder, takkan kau tak perasan kesamaan evolusinya?

mula-mula ug sekadar same interest. Pastu gig mendapat sambutan. Dijanakan lagi oleh zine dan isu-isu ethical serta pergaduhan antara genre. Dan dapat perhatian media mainstream.  Mula-mula join sebab curiosity, lepas tu minat. lepas tu, bila kengkawan lain dah berjaya (atau kahwin atau berkarier), yang tinggal pun jadi otai (sebab lepak dengan noobs). Bila bangfes dan hujan berjaya, atau budak2 baru buat duit dengan dgn ug melalui internet, mulalah mindfuck kan budak2 dengan cerita2 ethics, good old days, etc. 

Grow up la AA. Wise la sikit. Patutnya kalau kau dah anticipate semua ni akan berlaku, apa yang kau buat? Kau galakkan persatuan atau perpecahan? Tapi yelah, itu luahan peribadi kau.

Pada aku pulak:


Berilah orang baru peluang dan masa. Nantik sampailah hidayah kat diorang, macamana hidayah sampai kat ko. Dan maybe, just maybe, mereka akan jadi lebih baik dari kamu semua nantik.




fak komen moderesyen

p/s:   asperger symptom doesn't fit me. I know me. I don't know you.
pp/s: some words in this article has been moderated to suit the audience here (noobs) 

7 comments:

Unknown said...

bro...

GIMME FIVE~!!!

#sepak

serius kalau aku kata penulisan kau lebih baik dan lebih berilmiah dari si lensarosak.

#serius

bila aku kata si LR itu hanyalah old-fag yang terperangkap dalam permainan blog generasi baru. Dia tak sama generasi dengan aku dan lain-lain. Juga dia tak sama pemikiran dengan aku dan lain-lain. Aku cuma nampak entry yang penuh dengki-hasad daripada point yang bagus2 dalam blog dia meskipun ada.

#dengki

Point dengki dia sendiri yang menghalang aku daripada menghormati pandangannya.

serius old-fag...

Metaphor said...

Wahai, AA. Kali ni jangan delete komen aku lagi ok? Kalau lepas Jumaat kau delete gak, maka inilah yang kau nak rupanya. Rupanya inilah sikap lelaki kasar dgn teloq yang kau maksudkan.

Aku copy paste balik reply aku pukul 9 pagi tadi ok? Ingat jangan delete. Kau kata kali ni kau tidak kaget lagi. So sila baca dengan ilmiah. Kau nak pembaca kau membaca dengan melihat seluas mungkin isi kandungan post kau kan? So, jangan kau halang orang lain baca reply aku. Paste:

"Aku telah menerima kira-kira 4-5 email dari beberapa website syarikat yang mahu memasang iklan di dalam blog ini. Tapi, aku langsung tidak membalas email mereka kerana aku menolak untuk memasang iklan. Sekarang ini, cuba kau lihat blog aku, ada iklan? Tiada bukan? Maknanya aku bukan pengejar trafik."

Aku pun nak pasang iklan kat blog kau la. Tiap2 bulan aku bayar ko seribu (ehh.. sikit sangat tu). Ok, mintak nama penuh & no. bank ko. Ada berani? Ada berani REVEAL diri ko kat aku? Ada potensi utk aku track kau melalui nama sebenar & no. bank kau? Ada potensi utk aku jumpa foto SEBENAR kau? *sarcasm off*

Yes, itu dia tuan2 & puan2. AA tidak berprofil bukan semata2 keterbukaan pembaca blog untuk bla..bla (baca post AA).. TAPI kerana dengan cara ini AA boleh mengelak blogger lain kutuk THE REAL AA. Aku pun takkan reveal identiti aku. Kang AA buat entru kutuk aku pulak. lol

"kontroversi itu datang bila penulisan aku terkena batang hidung orang lain yang terasa"
No, kontroversi itu datang bila kau selitkan NAMA (+ foto) blogger lain. Perenggan mula2 posts kau general, sedar2 ada terkandung nama blogger tersebut. Aku tak sokong pun blogger tu. Tapi bayangkan blogger lain post gambar SEBENAR kau & nama SEBENAR ko disamping menghina kau dgn alasan ILMIAH. Adakah kau gembira? Tak tercalar ke MARUAH kau?

Seperti kebanyakan reply orang lain. Bukan kau penulis tak bagus, tapi tolong la. Let this be the last time kau mention nama blogger lain dalam entri kau. Dgn cara ni, takkan ada kontroversi. Orang takkan tuduh kau pengejar trafik.

Dah, pegi berehat kat gunung dan pikir2 kan la. Penulisan kau dah menjadi inspirasi ramai sekarang. Mereka akan ikut cara kau. Kita tak mahu kerana influence kau, lebih banyak blogger lain akan kutuk sesama blogger dgn alasan ilmiah. Aku heran jugak dengan merafora kau. Aku compare kejap.

pelacur - manusia yang melacurkan tubuhnya melalui penzinaan demi mengejar wang atau sebab lain.
pelacur blogger - manusia yang melacurkan pemikiran dan tindakannya dalam dunia blog demi mengejar wang dan populariti.

Aku tetap rasa perkataan PELACUR agak melampau lagi2 bila kau selitkan nama blogger yang kau maksudkan tu. Ya, sesetengah PERKATAAN memang cepat membuat orang 'terasa'. Contoh metafora yang mungkin akan dicipta jika BLOGGING TREND yang kau bawakan ini terus berkembang.

babi - haiwan yang kotor dan haram dimakan oleh umat Islam.
babi blogger -penulis blog kotor yang menggunakan kata2 kesat serta mencaci dalam penulisan mereka.

Kau suka ke kalau orang cipta istilah metafora sebegini dan ia ditujukan kepada THE REAL AA? Tapi istilah di atas bukan untuk kau. Untuk ****** Tapi sudah la. Point aku, kau boleh menulis. Tapi elakkan daripada melibatkan nama blogger lain & kalau nak guna metafora pun, gunakan perkataan yang tak sehina pelacur atau b*b*.

Dah, aku pun nak sambung baca majalah ilmiah jap. Yang pastinya majalah ilmiah takde sebut nama atau metafora sedasyat kau. Cheers...

P/S: Kalau kau betul2 nak nafikan kau tak mengejar populariti, kau buang je gadget 'followers' yang display bilangan penganut kau yang beribu tu. Kalau orang nak follow blog kau, suruh diorang klik link ' Follow' di top bar sebelah search box tu. Buatpe kau nak pampangkan populariti blog kau? Personally check stats kat section Statistics kau cukup la. ;)

Kalau kau delete lagi, terpaksa la aku tunggu kau pergi Gunung Jerai, then aku paste lagi. lol Chalo...

Metaphor said...

Hai, Irwan. Pagi tadi aku reply seperti yang aku include ni untuk latest entri AA:
http://lensarosak.blogspot.com/2011/03/soalan-rawak-kepada-lensa-rosak.html

Surprisingly, dia delete komen aku. Aku cuba hantar lagi, tapi AA dah tukar setting moderate komen yang dia terima. AA konpem takkan approve reply aku ni. So, nampaknya pembaca Lensa Rosak tak dapat la baca reply aku. So, aku nak sebar kepada wise bloggers macam kau orait? ;)

Al said...

hahah..macam2

Irwan said...

tulah fak komen moderesyen.


Thanks for the great info.

Jom kita jadi polis blog!

Ranger hitam, SEDIA!!!!

podeh3 said...

salam.

aku sokong sesangat pendapat korang. ni pandangan aku yg x seberapa tuk tatapan di hari tua.

kalau korang wat satu entry bercerita pasal si polan2, blakang kawan2 si polan tu datang jenguk kat blog korang dan nak bagi pandangan. ble die org dah komen dan komen tu x memihak kpd korang, korang delete. pe cer ni, xde telor ke. ke korang sekadar pandai berkokok di siang hari ttp ble ade yg nak berkokok jgk korang x bagi. baik korang berkokok sorang2 je dan jgn letak ruangan memberi pandangan. heh3...

fak komen moderesyen.

Irwan said...

rilek podeh, aku belum lepaskan kau lagi...sabar2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...