Friday, January 21, 2011

komen kepada: Ada Sesiapa Nak Kahwin Dengan Aku tak?


Entry asal:

...Kalau ada pakcik dan makcik yang menghalang korang kahwin maka show offlah kebijaksanaan korang dengan ayat ni:

Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya”. (Surah al-Baqarah: 232)

Dan ini..

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”. (Surah al-Nuur: 32)

Sekian sekali lagi..

Baca lagi tusukan hati si penusuk hati


Salam Si Menusuk Hati,

Sinopsis yang bagus. Sebagai perbincangan, anggaplah saya ini seorang otai yang macam bagus yang suka membuli budakbudak sebagai hobi masa lapang saya. Jangan marah. Ni sekadar gurauan ajer... Here goes:


1. Gaji yang agak mengizinkan.

Ramai yang ingat keperluan utama berkahwin ialah ada kerja tetap. Pada pendapat aku, selain ada kerja tetap, seorang bakal suami atau bapa juga kena ada PR skil pinjam duit dari orang, kebijaksanaan dalam pengurusan wang dan perancangan kewangan untuk keluarga. Sebabnya, anda boleh rujuk AKPK sendiri.

2. Kalau mati,barulah nabi saw mengaku sebahagian daripada golongan dia.

Kalau tak kawin pun, Baginda SAW akan kenal juga ummatnya melalui kesan wudhu di tangan dan wajah mereka...

3. Malas nak masak tetapi malas juga nak makan kat kedai.

Kau kena berubah. Bila dah jadi suami atau bapa, sifat pemalas adalah paling tidak digalakkan. Jangan ingat bila dah kawin si suami boleh lepak-lepak depan TV lepas makan. Pergi tolong bini tu basuh pinggan. Dan setiap malam sebelum tidur, bincang dengan orang rumah dulu plan breakfast dan lunch esok camana. Nak kena pegi pasar ke, susu habis ke. Lama-lama, kau pulak yang paling rajin nak mengeluarkan diri ke kedai beli something.

4. Pintu rezeki lebih terbuka..Apa maksudnya ni?Aku akan naik pangkat ke?

Naik pangkat tu hanyalah kemungkinan. Tapi memandangkan suasana ekonomi akhir zaman yang volatile dan unpredictable, aku rasa kau akan buat side income dengan buat bisnes kecik jual keronsang atau tudung. Tak pun kau join MLM jual habbatus sauda-related products. Ramai jugak yang diberentikan kerja seraya mendapat anak pertama...


5. Sering berniat untuk membuka laman sesawang penuh kedurjanaan.

Baguslah ada keinsafan. Kau dah tengok gambar Fasha Sandha berbikini yang terbaru? Angle dari atas yang baek punyer...

6. Pahala berganda...Barulah konfiden jadi imam..

Tak tentu gak bai. Nak jadi imam kena betul bacaan Al Fatihah. Kau kompem ke bacaan kau paling betul antara semua yang nak bersolat tu? Yang paling sesuai jadi imam ialah yang paling takut nak jadi imam. Itulah dia imam yang sebenarnya.

7. Aku tak perlu ke masjid,lorong-lorong,rumah anak yatim untuk bersedekah..sedekah lepas nikah ni,jam 3 pagi pun boleh buat.Hihi!

Ni betul. Hehehe. Tapi itu bukanlah alasan untuk mengurangkan amalan bersedekah yang telah diistiqomahkan. Semoga kita semua semakin banyak lagi bersedekah secara amali, bukan sekaar mendapat fadhilat ajer...Dan memperhebatkan lagi berulang alik ke masjid untuk solat fardhu. Hehehe

8. Aku tengok banyak sangat gadis lawa tetapi seksi sehingga menampakkan bonjolan-bonjolan tertentu dekat shopping complex,pasar ikan, ...

Apa kau ingat, keja bini ni tunggu kau balik rumah dan bersedia untuk ditaram oleh kau jer ke? Bila dah horny dek sesapa ntah yang kau tengok kat luar sana, kau boleh lempiaskan kat bini? Hek, kau?

Orang yang dah berkahwin patutnya lagi tak bernafsu nak tengok yang bukan hak dia. Sebab dia dah sedar, yang dia tak mahu orang lain memandang bini atau anak beranaknya juga sebegitu.

Tambahan pula, jika kita main dengan bini akibat horny yang bukan dari bini kita, dan jika dapat anak hasil darinya, anak tu perangai cam tak elok sikit. Aku tak pasti lak ada ayat ke hapa, tapi aku pikir dari lojik human sense pun, cam ada betul gak tu...


9. Aku teringin untuk menambahkan jumlah umat islam di muka bumi ni..

Niat yang bagus. Disamping menyuruh mereka kenal dan taat pada Allah, jangan lupa juga suruh mereka mendaftar sebagai pengundi. Orang Melayu sekarang ni cerdik pandai. Kelebihan bumiputera ndak, tapi mengundi tak nak.

Dan janganlah harap anak-anak ni akan mengkapankan, atau mendoakan atau membayar hutang piutang kita. Amender punya abi la, lu. Sebagai bapak kita patutnya menyediakan segala bekalan yang perlu agar anak kita tu tak perlu susah payah nak pikir pasal duit masa hidupnya. Barulah kepala hotak dia kita boleh isik dengan Allah-Allah-Allah dan Muhammad ajer. Dan kalau boleh, si bapak banyakkanlah amalan agar boleh tampung 7 keturunan contohnya. Barulah  betul khalifah. Ni nak tinggalkan hutang pulak. Lu kena pergi jumpa AKPK ni bro. Dah dua kali wa ulang, ni...

10. Sebab Allah suruh

Ini sepatutnya yang pertama tama sekali. Tapi, camana kita nak tau yang suruhan itu sudah menghampiri expiry datenya?

Bila hati dah rasa berdebar-debar dan dah takleh pikir benda lain selain kena kahwin...Itulah serunya...

Wallahualam.

6 comments:

± said...

scuba,
ada org cakap,kalau kita niat nak nikah ikhlas kerana Allah, takde duit pun tetiba je ada rezeki. ye ke?

~* chirpy_chummy *~ said...

AKPK ape?

Sutera_suci said...

Ekeke..komen ayat yang last skali tu tak menahan..

Chirpy~ Agendi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)

Irwan said...

soalnya dark, ye ke kita ikhlas?

ke, kerana air dah naik kepala?

jangan tipu Dia.


cakap jer dah tak tahan dengan gelojak nafsu. Itulah jawapan yang ikhlas. Dan itulah dia ikhlas.

Menusuk Hati said...

Fieewwiittt!Walaupun permata tu d ulit tahi lembu,aku tetap mengambilnya..thnx bro!

Kap said...

Bila hati dah rasa berdebar-debar dan dah takleh pikir benda lain selain kena kahwin...Itulah serunya...

kemas. aku ambil note juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...