Tuesday, February 1, 2011

Danging the nuffnang.



Semua orang tau taktik mengeklik beramai-ramai. Ramai yang memperhalusi taktik tersebut dengan melakukan jadual yang random dalam menentukan sapa yang patut diklik pada minggu ini. Ini adalah salah satu dari cerita-cerita orang nuffnanger yang hanya difahami oleh para nuffnanger. Soalan yang perlu anda jawab sebelum saya teruskan adalah: adakah anda seorang nuffnanger?

Persoalan to nuffnang or not to nuffnang mula mengklasifikasikan blogger malaysia sejak dahulu lagi. Siap ada gerakan anti iklan nuffnang. Akibatnya, korang takkan jumpa satu iklan pun dalam blog diorang ni. Ada pulak yang sambil menyelam minum air dimana segala jenis iklan dari ubat penguat batang bak kata sesetengah sehinggalah bomoh hujan pun ada iklan RM25 sebulannya. Berkelipkelip bijik mata tunggu blog tu habis loading.

Tapi pada aku yang baru mula berblogging ni, meletakkan iklan nuffnag dalam blog aku, aku dapat trace secara khusus perkembangan blog aku dalam blogsophere Malaysia.

Nuffnang hanya membayar pelawat ke blog kita yang datang dari Malaysia saja. Dan iklan yang berkelip-kelip tu, dia akan keluar ikut time-time blog kita ni paling banyak pengunjung mengikut statistik sejarah blog kita. Katakan blog kita ni biasanya aktif diwaktu pejabat, maka time-time tu ajelah iklan-iklan buffered earning tu berkelip kat header atau side bar. Kalau tak, dia kecut jadi ikon nuffnang. Dari sini kita dapat menilai jenis pembaca kita ni sama ada diorang ni ada broadband sendiri atau baca blog dari internet pejabat.

Melalui data nuffnang juga aku dapat trace ahli nuffnang yang datang ke blog aku. Kat sinilah aku tahu hellioz datang harihari lepas kejadian satu masa dulu tu. Kat sini jugak aku tahu majidul datang, cik zara datang, dan para fanatik atau ikon tetap macam marhan.
Aku hargai kedatangan kamu semua.
Nak naikkan jumlah nuffnanger yang datang, korang kena postkan entry korang kat Innit.

Dalam Innit, korang kena buat satu title yang gempak punya beserta 101kb ayat description bagi orang tertarik nak ke entry anda. Lepas tu, anda taruk link entry anda tu dan tweet kan. Benda ni berguna kaalu anda ada ramai follower. Aku pun taktau camana nak taruk tweeter punya gadget kat blog ni. Ada sesapa boleh bagi short tutorial? Yang coolnya dalam Innit ada konsep Nang dan Dang tu. Aku suka Dang kan diri sendiri dan dapatkan cheap publicity dengan menjadi Dang tertinggi. Hehehe. Exposure maaa...

Trick nak dapatkan buffered earning yang pantas ialah update setiap hari. Mesti ada update setiap hari. Taktik kotor yang aku gunakan selalu ialah mengupdate sebijik noktah masa aku terdesak dan takde idea. Nantik bila ada idea aku adjust balik entry tu dan repost. Hehehe. Kengkadang aku biarkan ajer noktah itu di situ...Emblem kepemalasan diri sendiri.

Yang penting sebagai nuffnanger ialah memblogwalk. Seorang blogger yang bagus mesti sentiasa uptodate dan takde keja lain selain menaip entry setiap masa. Dan takde guna benda tu kat situ jika ia tidak dikongsi dan diberitahu. Dan setiap perkara yang dipostkan adalah sesuatu yang datang dari dirinya sendiri. Barulah ori. barulah adalah development. Merecycle ajer sampai bila pun tak abis. Aku tabik spring dengan bloggers yang update 4 jam sekali. Sampai tak sempat nak abis baca, dah ada update baru. Suratkhabar pun tak laju camni.

Juga penting adalah comment-walk. Korang kena tunjukkan rasa
terimakasih kepada pengomen
tegar blog anda dengan mengomen diblognya pula. Ini adalah etika blogging yang akan kita sentuh pada satu masa yang suka hati kita nanti.

Aku juga respek dengan blog yang baru 3 jam post dah 40-60 komen. Gila fanatik waltakder kerjer betul diorang ni. Atau blog yang para pengomennya semua macam takde keja lain selain mengkaji kitab dan kertas lama dalam nak menjawab komen orang lain. Dahsyat sungguh.

Jadi, persoalan nak nuffnang atau tidak memang soalan yang best. Kalau taknak iklan arak dan tobacco, aku rasa boleh off kan option tu, kan? Jadi soal bersih tak bersih aku tak tau, kena tanya ustaz zaharudin. Sementara keputusan belum diterima, kita danging the nuffnang lajulaju.

Jangan lupa klik iklan aku


Hehehe


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...