Entry asal:
Bila tiba nak bayar sewa rumah, macam2 alasan diberi oleh penyewa.
Belum dapat gaji lagi lah, duit nak pakailah, duit tak cukuplah.
Macamlah dia sorang sahaja yang nak pakai duit. Tuan rumah tak pandai nak guna duit ke ?
Tapi bila pergi Pizza Hut, tak berani pula nak masuk kalau tak ada duit atau tak cukup duit. Kenapa tak cakap camni :
"boleh tak saya bayar ansur-ansur" atau
"boleh tak saya bayar bila dapat gaji nanti " atau
"boleh kurang sikit tak ... duit saya tak cukuplah sebab baru beli baju anak2 sekolah"
baca sampai habis...
Salam Tuan Lavendari,
Saya dok kat Bandar Seremban Selatan dan saya menyewa jer. Apa yang tuan paparkan ni, maafkan saya, nampak cam lebih condong kepada tuan rumah ajer. Satu nafas baru dalam isu yang klasik ini. Cuma saya nak kongsikan pengalaman bapak saya dengan bebudak yang menyewa dengannya.
Kalau yang menyewa tu orang dah berkahwin dan beranak, kita expect dia akan berada sepanjang tahun. Dalam setahun, trend belanjawan seseorang tipikal Malay kat Malaysia ialah pada time-time hujung atau awal tahun, duit agak sengkek sikit. Dapat pulak yang bekerja swasta atau bekerja sendiri. Jadi, kita sebagai tuan rumah kena dah bersedia dengan benda-benda camni. Ayah saya memang akan dah sediakan buffer untuk membantu kes-kes penyewa camni tapi ada jugaklah limitnya. Lastlast, keputusan terpaksa juga dibuat tapi kita bantu jugaklah dengan bagi bantuan perlorian contohnya.
Kejam bunyinya kan?
Itulah dunia sewa-menyewa. Setakat ni dah tiga family saya tolong kick kan. Abang dah berapa?
Hehehe
4 comments:
saya tidaklah pernah lagi paksa penyewa keluar. cuma letih mendengar alasan dan juga nak 'negotiate' bila nak naikkan sewa. kita pun ada komitmen dengan bank. timbangrasa kenalah dua pihak kan !
takde timbang-timbang der bang. keep it profesional jer. Dia baik, kita baik.
Dia siot, kita tapau jer dia..
kau..aku bakar rumah kau nanti..
Jangan arr..tu bukan rumah saya. Tu rumah tuan rumah saya..siaaan diaa...
Post a Comment