Thursday, December 23, 2010

Komen kepada: Hello Malaysia!!!apa sudah jadik??

Entry asal:

Baru kejap tadik aku pegi jenguk-jenguk jiwang.org...lama dah aku tak bukak forum tu...lagipun sajek jek aku nak promote blog kat sana...hee~~~ tapi tu bukan kisahnya...apa yang nak dibuat dah buat...repost entri sebelum ni kat jiwang pastu sajek check out thread-thread diorang...mana tau dapat ilham....then memang betul pun...aku terbaca satu berita yang diorang post pasal kejadian kat Ampang kalo tak silap aku...ada mamat kena belasah pastu kena tikam dengan dua perompak...tengah-tengah siang buta...tengah ramai-ramai...fine...aku tau la berita ni dah agak lama...tapi aku nak cerita gak...masa tu nasib ada pegawai polis beruniform lalu dan kejor penjenayah tu...tapi diorang berjaya larikan diri...polis tu pun just dapat ambik sarung piso jek...apakah polis...nasib polis tu sorang...aku taknak salahkan polis tu...sekurang-kurangnya dia berusaha...yang aku takleh blah, orang-orang yang nampak benda tu terjadik kat keliling tu boleh tengok jek...even mamat tu dah berdare-dare berdarah-darah dah kena tikam...apa la salahnya salah sorang pegi leraikan ke, tak pun telefon 999 ke...masa ni la nak guna nombor 999 tu...bukan masa bosan-bosan...bongok...

jadik, dari cerita yang aku baca tu, aku dapat pikirkan apa sebab kebanyakan rakyat malaysia buat reaksi blank cenggitu kalo ada apa-apa masalah jenayah jadik kat depan mata...antaranya:...

read more...

Salam Along Tapa,

Aku suka nama kau sebab is mengingatkan aku kepada seseorang yang aku kenal. Aku suka entry ni sebab aku pun kengkadang berperangai camni jugak: cuba mencari penjelasan terhadap apa yang aku nampak/alami. Dan 8 titik pemikiran kau tu memang ada kebenarannya, dan aku rasa, kau ada lebih banyak lagi pendapat yang series, tapi sebab ini ialah posting dalam blog, maka kau hanya publishkan apa yang 'berkaitan' saja. Aku rasalah. Kat mana atau tang mana aku rasa, itu masalah aku. Anyway, here goes...

1. Isu jangan jaga tepi kain orang. Kat Malaysia, mentaliti ni dah semakin berkembang selari dengan perkembangan point #6. Kalau dulu-dulu budak-budak takut nak buat nakal sebab risau ada sedara mara atau jiran miran ternampak dan basuh mereka on the spot dan bagi makbapak kita sambung bilas/libas lagi kat rumah. Sekarang ni, kau-kau, aku-aku. Bahkan kat rumah sekali pun, aktiviti pengikat keluarga macam mesyuarat atau makan bersama itu sudah tak ditekankan lagi, walhal makbapak sendiri pun makan asing-asing. Semoga kita semua yang masih belum beranak ni mengambil iktibar dan berazam melakukan yang lebih baik lagi.

2. Ini point paling bagus. Aku pun setuju. Buktinya, bila ada kemalangan atau kejadian tragedi, orang (bukan orang Malaysia saja) sekadar berdiri dari jauh (tapi tak jauh sangat takut zoom kamera tu tak jelas nantik). Benda pertama yang melintas dalam kepala ialah nak ambik gambar dan nak tunjuk pada kengkawan. Pastu update kat FB. Atau blog. Puaslah mamat yang accident tu meraung-raung mintak tolong, tapi kita sebab taknak contaminate kan scene of crime, sekadar hala-halakan kamera henpon kat batang hidung mamat yang dah separuh mati tu.

3. Aku tau point yang ni sekadar nak neutralizekan balik mood pembaca. Tapi ia masih berkaitan. Mungkin kau tak sedar apa yang kau buat dalam point ni, tapi dalam blog, kita kena selang selikan point series dengan point kelakar agar pembaca tak jemu nak baca sampai habis.

4. Point ni pulak adalah satu penyakit kebongokan rakyat Malaysia yang moderate tak kena tempat. Peliknya, dalam hal kebongokan dan kemungkaran, pandai pulak nak cari alasan cuba memahami kenapa si pesalah buat itu ini, tapi kalau dalam hal kebaikan, kita cari point nak hentam si pebetul itu pulak. Contoh ialah mamat sopan santun dan intelek dipuji akan sifatnya yang mengaku GAY, tapi bini PM yang 'bila mama pakai celana' baru nak mendekati Islam dengan membaca Al-Quran (tapi tak tutup aurat dengan sempurna) dihentam sehentam-hentamnya.
Nampak sangat kena main dengan setan, don't you think?

5. Point ni juaga aku setuju. Kita disogokkan dengan pelbagai cerita hantu dan mellow hinggakan kita ni lebih berilmu tentang kehantuan dan apa nak buat kalau prince charming anak orang kaya cuba menekel kita dari belajar apa nak buat kalau kita diserang kecemasan dalam cerita Salt atau menggalakkan manusia berpikir macam The Fantastic Mr. Fox atau cerita superhero-superhero yang dah tua tu (amender tah tajuk dia).

6. Haduihhh...letih la aku nak taip sesatu...Dahlah. Sampai sini jelah.
7. Tapi point kau yang ni pun bagus jugak so aku pun nak menyibuk. Rancangan bangbangboom, prank atau perangai mentoyolkan orang ni semakin menjadi-jadi kegilaannya. Bongbong ngok tu barubaru ni memaparkan sketsa pasal orang susah takde duit nak beli baju anak sekolah. akibat buruk dari semua ni ialah, satu hari nantik, mangsa ragut atau suntut dari belakang ingat kejadian jenayah yang berlaku kat diorang tu sekadar prank ajer.

8. Pasal takut mati tu memang arr. Tapi contoh simbah asid yang kau gunakan memang cool. Ni satu lagi penyakit yang semakin menular. Tak puas hati bunuh je lah. Nak main siksa-siksa orang dengan simbah asid pulak. Amender twisted punya kepala hotak. Ni sumer pengaruh point# 5 agaknya (pengaruh movie mangkuk)

Aku harap kau banyakkan lagi post macam ni sebab inilah sharing yang sebenar. Kita lihat, kita pikir dan kita share.

13 comments:

eszol raar said...

http://fromglassesandlenses.blogspot.com/2010/07/selfish-reasons-to-not-hate-them.html

Al said...

ezrol pomot versi dia plak tu
mgkn utk mjwb entri Along Tapa ni
dan mgkn alasan ezrol lbh kpd utk mnyedapkn hati

karma ek?
adekah kita blh percaya seratus percen ttg karma ni?
sbb stau ak karma hny mlibatkan keduniaan je
sdgkn kita org islam percaya jgk pembalasan di akhirat

err..ak terkomen entri ezrol plak
hehe

± said...

susah jugak nak cakap cambagus kalau kita sendiri tak penah face the real situation.kdg,dalam blog syok je hentam org itu ini selfish x nak tolong,walhal diri kita sendiri x sure nak pegi tlg ke tak bila kejadian berlaku.jadi aku faham kalau along tapa ckp kemungkinan dia jugak akan jd spesis camtu

aku baca jugak entry eszol.yeah,maybe somehow people tend to be selfish because they are afraid to think of the consequences from their actions.but,is it OK to be selfish?i can't say much on this cuz i'm afraid i might act like one.but it all depends on the situation.tapi jangan la bangang smpai perompak acu pistol kat mangsa,kita yg xde pape senjata berlagak nak jadi hero.mati katak la camtu.but we could offer other help instead of just being amazed n do nothing about it.if ur neighbor is in danger,u cud call the police tho u are so chicken out to go and help.

it's easy to say not to hate selfishness,but wait until the shit happens to you or your family,then you know how it feels to be ignored

Ka-Ching said...

bile wat xtau pun salah bile tegur org buat salah terang2 kena sound balik. heh xpela yg penting aku nampak aku tegur..

Irwan said...

eszol bagi PANDANGAN dia ajer..yang aku dapat dari enrty dia tu, JANGAN BURUK SANGKA bila orang taknak jawab our cry for help.

gggg.

memang kita lebih komen eszol dari Along Tapa

± said...

baik cikgu!
it's all about perspective..

scuba,just need your OPINION on this:
let's say..kalau kita sebagai mangsa dalam kejadian dan mati dlm keadaan buruk sangka sbb xde org tolong,adakah kita berdosa?

Ka-Ching said...

elakkan berburok sangka itu perlu bak kata mr.hubby aku bile die balik keje lambat kui kui kui...

Irwan said...

dark: tak tau lak aku..ishhh soalan tahap sufi ni yg lomah ni...

kak ching: awasi suami anda. ntah2 dia eksploit jer ayat tu untuk kepentingan dia...

De Mois said...

2la..susah nak cakap. Benda ni subjektif & hanya boleh diterjemahkan bila kita yang menghadapinya. Payah wehh..

Ka-Ching said...

scuba ko xyah la nk buat aku berpikir banyak kali ni hahahaha

Along Tapa said...

dapat link back...its an honor...thank you~~~

Gorengbaek - Imam Mahdi pernah muncul di Mekah??

Hangit habis dah - Makcik, apa lobang ko ni??

Irwan said...

Along tapa pandai berniaga la...i like...

Irwan said...

Giler cool citer imam mahadi tu...bagus la Along Tapa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...