Friday, January 28, 2011

Mengarut 101 (Kerja sekolah dah siap?)


"Salam Satu Malaysia, cikgu!" tempik budak tu.


"Salam Satu Malaysia, cikgu!" sahut budakbudak yang lain. Kengkadang aku pun ikut sama bertempik. Aku meletakkan bembarangku di atas meja guru. Aku memangku sebelah punggungku di atas meja sambil menghadap ke arah wajah-wajah berseriseri dan bercahaya yang sedang menganga tertanya-tanya apakah sambungan kuliah Mengarut 101 sempena nak hujung minggu, ni?

Aku perhatikan matamata mereka. Stone ke, apa?


"Yang kamu semua ternganga tu kenapa?" tanyaku memecah buntu. Muridmurid semua seolah-olah ter snap dari lamunan mereka dan ketawa sambil menggaru kepala.


"Dah. Cikgu nak, kamu semua keluarkan laptop masing-masing" arahku kepada mereka sebagai memulakan kelasku hari ini. Aku nak cepat. Ada meeting dengan Tuan Haji. Katanya nak bincang pasal projek Kelab Komputer aku tu. Takper. Aku kasi setel bebudak ni dulu. Lepas setel ni kang, aku run ke atas jumpa Tuan Haji. Wayar laptop jangan lupa. Haritu tak sempat habis presentation bateri dah kong. Hikhikhik...

Kelihatan darkhalf angkat tangan.


"Dark?"


"Cikgu-cikgu, kenapa cikgu sengih sorang-sorang?" tanya Dark blank-blank cina. Ada dua tiga orang budak pompuan speki ketawa kecil.


"Eh, Kantoi ke?" coverku selamber. Muridmurid satu kelas ketawa jaga hati kepada lawak aku yang tak jadi.
Mee Sup daging mouse, anyone?


"Baiklah. Dah keluarkan laptop kamu semua?" tanyaku kembali kepada mereka. Eszol pulak angkat tangan. Hishhhh. Walaupun aku respek dengan adab tatsusila mengangkat tangan mereka ni, tapi kalau dah kejap angkat tangan, kejap angkat tangan, tak lenguh ke aku menjawab? Bila nak abis, camni?

"eszol?"

"Cikgucikgu, kenaper orang suka taruk status update yang tahapahapa dalam fesbuk? Kenapa trend pelat speller semakin berleluasa dewasa ini? Hingga meleret ke kalangan blogger?" tanya eszol panjang lebar. Banyak persoalan yang sedang bermain dalam kepala hotak budak ni rupanya. Patutlah dia nampak runsing dan kelihatan memblogwalkingkan link entry homophobic aku kat blog aku sendiri haritu. Dua tiga orang lagi angkat tangan:


"Nantik cikgu jawab, eszol. Sementara tu, kamu semua bukak balik kelas terakhir kita dan check bahagian bawah entry yang berfont biru tu. Sementara tu, kamu?" aku memuncung ke arah Cik Chirpy.


"Cikgu, kenapa orang sekarang suka mengawan dan suka membuang?" tanya Cik Chirpy dalam posing series. Selalu dia cam ceria tapi harini nampak cam series. Nampak lebih korporat dan seksi pulak camni. Dahlah ada sebut keyword 'mengawan'.
Menciap-ciap cam anak ayam.
ByeBye to pengundi hantu.
Hi-Hi to pengundi ayam


"Aperrr lah kamu semua, ni? Amender dah jadi ni?" tanyaku sambil buat muka tertanya-tanya pada mereka.


"Amender mender?" tanya Ju On yang baru pulang dari kelas sebelah. Kelihatan dia duduk di tempatnya dan mengeluarkan carjer nak cas blekberi nya. Tu sebab dia duduk dekat dengan lubang plag.


"Takder mender mender, der. Kamu dah baca ke belom perenggan berfont biru dalam entry tu, tu?" tanyaku kepada seluruh kelas. Semua murid kelihatan bertungkus lumus mencari entry yang dimaksudkan. Rasa macam pernah baca, tapi tak pasti yang berapa haribulan. Ahhh..tekan jer lah ikut label yang belah kanan tu. Klik kat 'Mengarut 101'.


Muridmurid kelihatan tergamam. Ada yang menepuk dahi. Ada yang buat muka baru teringat. Ju On dan eszol dah lari ke kelas sebelah.


"Kamu dah siapkan artikel 3 sebab kenapa komputer cabuk kat jabatan kerajaan perlu ditukar kepada laptop yang cikgu suruh hari tu? Kan harini kita nak bincang?" tanyaku pada mereka. Makin menganga-lah mereka.
Semua terperanjat bila dengar kena hantar harini jugak

"Takper-takper. Cikgu kasi chan untuk kamu siapkan artikel tu. Cikgu nak kamu buat entry dalam blog kamu dengan tajuk yang sama. Tak banyak. 3 sebab ajer. Kamu boleh bagi apa saja sebab kamu. Hantar di akhir kelas harini" kataku selamber.

Semua murid tak percaya dengan arahanku. DarkHalf angkat tangan. cam biaser.


"Cikgu-cikgu, kalau laptop tu tukar dengan Ipad boleh tak?" tanya Dark.


"Dah-dah-dah. No more questions. Saya mahu kamu semua buat karangan dan hantar pada saya sebelum kamu balik nanti. Bincang takper tapi jangan meniru, OK?"


Sorang lagi angkat tangan.


"Fontong? Kenapa kamu ter highbeam-highbeam, tu?"


"Cikgu-Cikgu, kenapa kita takleh nampak oksigen?"


"Dah-Dah-Dah! Korang ni tak abes-abes mengarut. Cikgu dah lambat nak jumpa pengetua kamu, ni. Siapkan artikel yang cikgu suruh tu. Hari Isnin kita bincang....Cikgu akan datang balik ambik entry kamu selepas meeting ini"
Hanya Tukang Karut saja yang dibenarkan Mengarut


Kelas bersambung lagi pada petang nantik...

5 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

ade sesape dah buat?? (nak tiru..aci?)

muahahaahahhaa >:)

eszol raar said...

bila nak jawab persoalan yg bermain tu?

btw,gua pasni nakpindah kelas

keje sekolah mengalahkan tesis budak master

ahha

Marhaenonymous said...

jangan meniru ye anak-anak murid!!pastikan segala entry di blog anda adalah yg ori..dont drink n drive..o.k!!hehe

Irwan said...

chirpy: sila ikuti sambungannya...

eszol : persoalan pasal FB tu ke? cari kat Akuskizo sebentar lagi...

± said...

cikgu, saya takde point bernas kenapa pejabat k/tangan kera-jaan patut tukar pc cabuk ke laptop. tapi saya syak gomen sibuk nak dump duit kat kawasan mengundi x lama lagi.proposal cikgu mungkin akan cepat approved kalau kita berada di dalam kawasan panas itu..just my 2cents

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...