Monday, August 29, 2011

Terima Kasih Polis!

Dalam semua sedang sibuk dan gembira untuk pulang ke kampung merayakan hari kebesaran bersama-sama ahli keluarga yang tercinta, ada satu golongan yang terpaksa berkorban perasaan dan jiwa demi menjalankan tugas. Mereka adalah para polis. Hehehe

Tak dinafikan mereka ni amatlah penting sebagai orang-orang dalam Taman perumahan kita untuk menghalau gagak-gagak hitam yang gemar berkeliaran ketika kawasan kejiranan kita kosong bila semua dah balik kampung. Tanpa kehadiran mereka melakukan rondaan malam-malam, dah tentu para perampok sudah siap mandi dan masak-masak dalam rumah para mangsa yang mereka jenayahi.



Para polisi juga berkorban hati dan perasaan tiap kali dijarikan ketika menjaga keadaan trafik yang kebanyakan masanya macam taik. Dapat pulak lebih ramai lembu yang memandu dari manusia di jalan raya dan orang utan yang bawak motor sekarang ini.

Cuma, alangkah bagus sekiranya abam-abam polis yang menjaga trafik tu, lebih slim dan diet kerana diameter perut mereka saja dah nak penuh jalan raya. Sedap sikit mata memandang dalam bulan-bulan puasa ni.


Lagi satu kalau boleh, dalam 25 tahun perkhidmatan sebagai POLIS TRAFIK tu, sekali sekala patuhilah peraturan lalulintas jalanraya. Sebab menurut statistik yang telah kami jalankan, kami dapati, 0 daripada 10 polis trafik yang memandu didapati tidak mematuhi peraturan. Ada yang memandu lawan arus, tak berenti di lampu isyarat merah atau terbawa-bawa dengan aksi semasa latihan tatu. Tak cerita lagi kalau diorang memandu time berpakaian awam.


Walaupun kami paham, para polis juga adakalanya stress dan tensi dengan kerja dan kehidupan, kok ye nak mengular pun, janganlah sampai obvious sangat macam mamat kat dalam video kat bawah ni. Amender ntah pergi jaga line kuning jangan kasi orang berenti. Padahal, tempat tu hari-hari orang berenti tarapapa pun? Kat depan tempat dia jaga tu, terang-terang memerlukan pengawasan seorang pegawai trafik yang dedikasi. Dia buleh bantai kontrol bas pulak. Kelindan ke apa?


Mesej yang kita nak sampaikan di sini ialah, kalau awak dah berpakaian seragam, silalah berpikiran macam orang yang berpakaian seragam. Janganlah berpikiran macam orang awam. Ini termasuklah juga abam bomba, para guru, minah kilang dan termasuk juga pakgad-pakgad yang nasibnya masih dipinggiran. 

Semoga apa yang berlaku kepada pak polisi di negara ini, menjadi iktibar kepada adik-adik yang bercita-cita nak jadi abam polis tu, agar tukar cita-cita jadi Rosyam Noor atau Armoured Hero. Lagi popular. Nantik bila dah pencen, dengan populariti tu, boleh gak jual gelang ajaib AC. 


Akhir sekali, kami mengucapkan :



Selamat Hari Raya dan Mahap Zahir dan Batin
Segala kesulitan Amatlah Dikesali
"The feeling's mutual"

Friday, August 26, 2011

Ni Amender, ni KTM?

Gua baru jer naik tren KTM nak buat penggambaran 
"Edisi Berani: 360 KTMB"
Baru naik tren nak interview mangsa jer, dah jumpa point. 
Terus kansel penggambaran. Hahaha...


Anyway, terima kasih kepada brader Kamal yang sempoi

Thursday, August 25, 2011

Bantulah Sahabat!

Entry ini ialah repost dari blog KulupSakah. Kepada yang berkelebihan, bantulah. Semoga Allah bantu kita pula disaat kita memerlukan bantuan

Kepada yang mengikuti twitter, pasti akan terjumpa dengan RT berkenaan bantuan untuk saudara @bumilangit dalam dua tiga hari ini. Gua tak pasti apa masalah sebenarnya, maka gua copy dan paste ajer entry dari bro Kulup:


Adik Safiah Mardhiah, 5 tahun akan menjalani pembedahan 'open heart surgery' bagi menutup lubang pada jantungnya. Dia merupakan anak kepada salah seorang aktivis- Mohd Zulfadzli Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Zul Bumilangit. 

Ini adalah pembedahan kedua setelah prosedur pertama pada disember 2010 menggunakan tiub TEE gagal kerana diameter lubang yang terlalu besar. Pembedahan kedua ini lebih berisiko kerana melibatkan tulang dadanya dibelah untuk mengeluarkan jantung. 

Untuk pengetahuan, semua kos perubatan dan pembedahan ini tidak ditanggung oleh pihak insuran kerana ia dikira kecacatan sejak lahir. Dalam pembedahan kali kedua ini akan dijalankan di Institut Jantung Negara pada hari raya ke 10 (10 September 2011) dan dijangka menelan kos sebanyak RM25,000 yang mana sebahagian daripadanya ditanggung pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Selain itu, isteri beliau terpaksa berhenti kerja untuk penjagaan pos surgeri yang mengambil masa sekitar 2 - 3 bulan sebelum Safiah boleh ke sekolah semula. 

Harapnya, disebalik kemeriahan kita menyambut hari raya, ada yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban, apatah lagi pada bulan Ramadhan ni. 

Sumbangan boleh disambungkan terus kepada Mohd Zulfadzli (Maybank) 162209905368 

atau hubungi beliau di 0192717548 atau melalui emel di 

mohdzulfadzli.abdulhalim@malaysiaairlines.com atau jonbuobage@yahoo.com 

Kes adik Safiah Mardhiah boleh dirujuk di IJN melalui no MRN: 215319

Mangkuk punya polis


Kengkadang kita biasa tengok Polis buat roadblock, kan? Standard arr. Demi menjamin keselamatan semua, diorang kena check lesen dan roadtax kita idup ke idak. Mangsa wajib masa roadblock ialah mat rempit. Ada juga roadblock yang khusus nak attack PATI atau lori. Ada juga roadblock yang attack pemabuk. Apa pun motif roadblock diadakan, kita kena ingat: ada juga ROADBLOCK HARAM.

Menurut urban legend yang dikumpulkan setakat ini, roadblock halal ialah roadblock yang ada papan tanda "Berhenti Pemeriksaan Polis", ada pegawai tinggi yang memantau dan lately ada wakil dari pihak ketiga macam AADK atau JPJ yang turut mengiringi. Ini yang halal.

Roadblock haram pulak ialah roadblock yang takde papan tanda. Kita tengah lalu dengan aman dan membayar cukai, tetiba jer sorang mamat polis melompat keluar dari tepi jalan menahan kita. Roadblock macam ni, biasanya akan wujud dari tengah bulan membawa ke saat keluarnya gaji. Lokasinya tak menentu, mengikut kreativiti pak polisi haram kita tadi. Tengok video bawah ni yang dirakam secara CIA di simpang kat Seremban Selatan baru-baru ni. Mangkuk ke apa? Dah membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain!


Masalah dalam sistem per roadblockan kita ni ialah masalah rasuah. Yer, memang betul kerajaan dah buat kempen "Saya benci Rasuah" tapi perlaksanaan dan keberkesanan tak sapa yang betul-betul tau. Dalam sistem terbaru, si pemberi dan penerima rasuah, dua-dua akan dicekup. Dan inilah kelemahan utamanya.

Kalau korang pernah kena tahan lately, korang biasanya akan diminta memberikan lesen. Kalau lesen, roadtax atau kenderaan kita ni ada problem (kalau takde pun boleh diada-adakan), kita akan 'ditarik' keluar. Parking kenderaan elok-elok, dan seorang abam polis akan bawak kita slow talk kat bawah pokok atau kat belakang black Maria. 

Mula-mula dia akan leverage kesalahan kita, cakap betapa besarnya jumlah denda yang nak kena bayar kalau dia sabit itu, sabit ini. Taktik ni dia nak kasi kita goyang jer. Kalau abam yang otai, biasanya dia akan bagi hint. Tips supaya kita menawarkan duit kopi pada dia. Kita pun menggelabahlah. Sesiapa yang bagi rasuah, kalau jumlahnya cukup, dia senyap dan masalah selesai. Kalau jumlah tak cukup, maka dia cekup kita dan caj kita sebagai pemberi rasuah dan dia dapat pingat.


Marah? Jangan marah gua! Marahlah diri sendiri! Dahlah apa magkuknya taruk Polis bwah JPM. Orang taruklah diorang bawah Raja ke, Parlimen ke..

Mangkuk tak sistem? Rakyat didahulukan?






Tuesday, August 23, 2011

Blog We are Not Alone

Blog ni adalah sebuah lagi hasil kerja bermutu dari Bro Gedek. Blog beliau yang dah memang sell-out dan tak terkawal tu memang semakin meletup. Dan kali ni, kita kasi pecah pulak blog beliau yang ni. Amenda ayat gua ni?

Falsafah blog ni ialah ia adalah blog fotografi. Dan selain sekadar mengambil gambar sendiri atau orang lain, Bro Gedek mengetengahkan satu isu daripada masalah umum diri seorang manusia urban iaitu merasakan bahawa diri ini diperhatikan. Kadang-kadang kita rasa macam diperhatikan tapi bila kita berpaling, kita tengok takde siapa pun kat belakang.

Melalui blog ini, kita akan dapati, kadang-kadang perasaan diperhatikan itu boleh juga datang hasil dari permerhatian objek-obejk inanimate di sekeliling kita. Pendek kata, Bro Gedek menjelajah ruang paranoia yang amat dalam dengan mengadakan blog seperti ini. Mujurlah ia kurang diupdate, kalau tidak, tentu kita dah kehilangan Bro ini seperti kita pernah kehilangan @darkhalf85 atau @akuskizo yang semakin nyata di ruang cyber.

Anyway, diharapkan agar pendedahan ini memberikan idea kepada sesiapa saja kat luar sana yang ingin buat blog dari DSLR yang mak baru belikan semalam. Dan supaya industri pembloggan Malaysia akan evolve daripada takuk lama di mana gua bermula, dua tahun lepas...

Monday, August 22, 2011

Sikit lagi video untuk hari ini

Hehehe. Tertinggal pulak video satu lagi...

Kadang-kadang gua nak komplen diri sendiri

Kadang-kadang, gua agak tension dengan diri sendiri. Terutamanya dalam hal-hal semangat nak pergi kerja. Mana taknya, dalam hal nak pergi kerja, gua kena bangun awal pagi, ambik tren kat stesen Sg.Gadut, travel dari Sg.Gadut ke Setia Jaya. Perjalanan mengambil masa 2jam 15 minit. Terlepas komuter pada pukul 638pagi bermakna gua kena ambik tren pukul 718pagi. Kat stesen ni, bunyi delya 30 minit tu tak seberapa. Tapi efeknya amatlah besar sebab ada elemen pertukaran tren kat stesen KL yang tal menentu itu.

Jadi, mindset gua tiap-tiap malam ialah; gua boleh catchup tido dalam komuter nantik. Akibatnya, gua jadi letgo time nak tido memalam. Dapat pulak anak bini semua dok kat rumah mertua, ditambah dengan fakta bahawa gua dah terbiasa dengan lifestyle tido sekadar 2-3 jam sehari sejak gua start bisnes welding dulu. Ini semua adalah faktor yang menyebabkan malam-malam, gua tak tidor melainkan gua terblackout sendiri.

Akibat dari lifestyle yang sebegini, penyakit lama zaman kerja Lustro dulu dah kembali lagi. Apa dia? Apa lagi? TErlangsung lah!

Zaman Lustro dulu, gua pergi kerja naik bas. Dah sampai tahap dah memang biasa dah abang driver tu kena check semua orang dalam bas sebelum beliau parking kat Terminal Hang Tuah dan mendapatkan sarapan pagi. Ni, bila naik komuter, gua dah bawak semua ini ke satu level yang berlainan.

Hanya melihat tren yang melintas

Dah terlepas stesen, sempat lagi berposing?


Orang berpusu-pusu nak ke tempat kerja (dalam kereta)

Kat mana ni?

Angle lain plakk

Dalam bas nak balik umah

Bas ke Seremban time-time tengahari memang lengang

Gua boleh pilih tempat duduk paling secure dan sesuai untuk tidur

Hehehe

Hehehe

Masa ni, sesuai kalau update blog, ni...

Contohnya, ada beberapa kali dulu, gau terlepas stesen pertukaran KL dan terlangsung hingga ke Rawang. Ada tu gua terjaga dah sampai Rawang. Biasanya, gua terjaga sebelum sampai ke Rawang. Paling biasa ialah terjaga di Sentul. Ini semua pasal perjalanan pergi kerja. Perjalanan balik dari kerja, tak cerita lagi...

Takde mesej yang gua nak sampaikan dalam entry kali ini. Sekadar mengenang keadaan diri pada saat ini. Dapatlak Ramadhan semakain pergi dan kehidupan mungkar yang dikecapai sebelum ini akan kembali. Gua cuma harap gua akan dapat tidur dengan lebih mudah dan bangun pagi dengan lebih awal lagi.

Sebagai bonus, gua menghadiahkan beberapa video naik tren komuter dari stesen Sg. Gadut dan Senawang di waktu senja. Saja jer kongsi. Takyah susah-susah nak tenung langit nak cari mata besar atau malaikat atau sebagainya sebab ni semua vidoe lame ajer..hehehe


Wednesday, August 17, 2011

schizophrenic,skizofrenia,skizo,akuskizo

Issue#1: Beginners 
Issue#2: For bookworms (Artikel jer isisknya)
Isu 3: Komik Abang Polis Ngan Budak HC

(entry ini dicuri dari blog akuskizo sebab gua takde benda nak komplen 2-3 hari, ni. Gua intercept mms scuba dan alurkan msg tu ke blog haku. 
Sila ke blog akuskizo.blogspot.com untuk paham mende yang gua merapek ni. Hahaha)



Sunday, August 14, 2011

Tix trans

Gambar tak berape clear bro..gegar la dalam bus ni..waktu perjalanan nampak walaupun blur..ko leh publish pic ni dlu sok aku bg lain - @faqih_dean

Tambahan:

Si Faqih nak balik Shah Alam dari kampung dia semalam. Biasalah, bas lambat. Tapi semalam Transnasional lambat sampai 1 jam. YE! 1 JAM. memang bunyi macam; "Elehh, baru 1 jam pun nak kecoh?". Tapi perlukah kita menunggu sampai kelambatan tu jadi berjam-jam baru nak komplen? Haruskah kita menunggu nasi menjadi bubur yang tak berapa menyelerakan baru nak berbuat sesuatu?

Point pertama di sini ialah; Sistem Pengangkutan Awam Malaysia masih screw-up. Kerajaan ada bola dalam TV semalam suruh rakyat balik kampung sempenan Raya ni naik bas. Abis tu, nak pergi sembahyang Raya, nak pergi kubur, naik monorel la, agaknya ye?

Point kedua; kat mana kita sebagai pengguna nak komplen benda-benda ni semua? Persatuan Pengguna Penang dah kena beli. PPIM dah kena beli. Nak komplen kat talian customer diorang ni sumer? Semalam Faqih call, diorang tak hangkat-hangkat. Terawekh, pastu wirid nangis meraung-raung membawa ke tahadjud kot? Bersangka baik, kannn?

Point ketiga; JANGAN tunggu nasik dah jadi bubur baru nak kacau periuk tu atau nak besar/kecilkan api dapur. Sentiasalah sensitif dengan keadaan sekeliling. Mungkin apa yang berlaku pada Faqih dan gua ni takde kena mengena dengan lu orang semua sebab lu orang semua ada dua-tiga bijik keta kat rumah. Tapi percayalah, jika ia tak kena kat lu orang, ia akan kena kat anak lu, sedara lu, atau mereka dan keluarga mereka.

Point keempat; Eh? Malaslah. Gua nak kerja. Harini gua datang kerja dengan semangat baru. Gua nak kerja kuat dan main lagi kuat. Eh? That didn't sound right, did it?

Anyway, THANKS to Faqih_dean kerana sudi berkongsi sebuah episod dalam kehidupan rakyat marhaen. Kudos!

Faqih_dean. Beliau lebih cute di dunia sebenar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 13, 2011

KTM pukimak lagi, or memang KTM pukimak?

Pemandangan dari dalam tren semasa gua stalled kat KL Sentral
Gila ramai orang nak balik Seremban?
Rupa-rupanya, masalah kelewatan, tren kensel sesuka hati, pengumuman yang mumbling dan tak berfaedah, banjir, power failure, bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah berlaku sejak lebih 4tahun lalu dan ia MASIH berlaku. Semalam genap seminggu kejadian gua terperangkap kat stesen Petaling. Dan semalam juga, sekali lagi KTM memukimakkan keadaan.

Kalau yang tau, ada trend sebenarnya kelemahan KTM ni. Paling afdal berlaku ialah jika tren usang digunakan semasa waktu rush hour. Takpun masa hujan lebat. Takpun masa musim cuti sekolah. Pelik, kenapa orang yang takde ilmu perkeretapielektrikan pun boleh budget yang power failure berlaku bila tren overload.

Jadi, kat sapa kita nak komplen kepukimakan KTMB, ni? Camana kita nak tuntut hak kita sebagai pengguna bila perkara yang sama terjadi berkali kali? Adakah perlu gua tembak 76 budak budak Norway untuk dapatkan perhatian #RTM3? Eh, kere jaan?

Apa pun, semalam gua sempat naik bas pulang ke Seremban. Tapi sebab ada eksiden kat Desa Petaling, bas gua tetap lambat kat Seremban dan mengakibatkan gua miss bas terakhir ke rumah. Jadi, gua ke stesen komuter.

Sampai kat stesen, gua dapati ramai orang kat luar dan kawasan menunggu di platform. Masa beli tiket, baru gua dapat tau yang tren ke Sg. Gadut dibatalkan. Gua persoalkan diorang; dah tau kensel kenapa taruk jadual next tren kat e-board. Barulah KTM buat announcement dan mengakibatkan chaos.

Malam semalam gua menapak ke Ampangan dari stesen sial tu.

Friday, August 5, 2011

KTM pukimak lagi

Petang ni, time gua nak balik keja, tren komuter buat palat lagi. Ingatkan cuma kemunafikan biasa: declare kat signboard lain, tren datang sesuka dia. Harini rupanya, KTM pukimak lagi.

Mulamula dia buat announcement kata tren mengalami masalah bekalan kuasa di antara stesen Putra dengan Salak Selatan. Dia kata semua tren akan kelewatan. Gua dah naik tangga nak menyeberang jambatan Federal Highway dah bila tibatiba tren sampai. Gua pun berlari la masuk dalam koc semula.

Baru nak sampai stesen Petaling, tren stall. 7 minit kemudian, keluar announcement tadi. Gua dah tak sedap hati. Budakbudak kecik dah mula melalak sebab tren sesak. Akak akak dahada yang nak pitam sebab berdiri lamalama.

15minit lepas tu, keluar announcement kata tren yang kami naiki tu, dibatalkan. Berpusu pusulah penumpang semua keluar dari tren. Semua taktau nak keluar belah sini ke, sana kalau nak tunggu bas ke arah KL. Bila bertembung dengan celaka celaka petugas stesen tu, sumer buat muka ketat tanpa menjawab. Dahla ada kesan kelapa parut kat misai, stok berbuka tadi, at least senyumla sikit. Ni tidak. Muka semasing macam tren ni stall disebabkan kami pulak. Pukimak!

Jadi, semua penumpang terpaksalah menapak mengikut orang yang didepan. Ada yang dah menahan teksi. Ada yang dok calling2 kengkawan masing masing. Di kejauhan, gua masih terdengar suara budak dalam tren tadi masih meraung.

Point yang nak disampaikan di sini ialah :

1) Grid jalur sistem yang gempak dan interkonek takguna jika benda yang patutnya BERGERAK dalam sistem tu, terganggu perjalanannya.
2) KTM kena buat continous improvement kepada sistemnya. Jangan main subkon pastu tutup mata telinga henpon.
3)Pukimak pukimak tua, boroi dan bermuka pundek diletakkan di belakang tabir. KTM ofer servis tapi muka semasing macam rail tak siap. Waiter pun ada trainingnya, tau tak?
4) Bila terjadi kes macam ni, petugas KTM tolonglah tunjuk jalan kat para penumpang. Kalau nak ke KL, akak tunggu bas 68 kat depan mobil, contohnya.
5) Takyahlah nak tweet masalah korang n CC kat @NajibRazak atau laki dia si Bikmama pukiwak. Kau sapa?

Wednesday, August 3, 2011

Blog Begins at Forty Mengganas!

Sapa yang cukup lama dalam blogosphere Malaysia, pasti takkan terlepas dengan blog ni:

Bro Gedek dengan anak hangkat nya dari Korea : July 25th

Blog Begins At Forty

Dulu-dulu, masa aku mula-mula berjinak dengan blogging ni, aku dapati blog ni macam self-absorbed. Tapi, ada sesuatu yang berlaku dalam blog inspirasi aku yang satu lagi : KulupSakah, yang membuatkan hati aku terbukak pada blog bro Gedek ini.

Hari ini, ia dah jadi macam blog wajib yang mesti aku kunjungi setiap hari. Dulu-dulu rajin jugaklah mengomen. Tapi bila dah lihat jumlah komen setiap posting ialah minimum 40 bijik, aku mengambil keputusan mendiamkan diri.

Apa-pun, aku suka dengan blog-blog yang sebegini sebab ia REAL. Walaupun ada jugak gambar-gambar yang diedit oleh bro Gedek, the emotion, the feeling dan humor yang terselit dalam setiap gambar itu, menjadikan blog ini unik. Syabas Bro Gedek! Semoga banyak lagi blog jujur macamni wujud dalam blogosphere Malaysia!

Monday, August 1, 2011

Selamat Berbuka!

Pemandangan Kasturi Walk pada pukul 725pm
beberapa minit selepas azan Maghrib
Ambik angin sebelum #nusan kedua
#nusan kedua
Sebentar tadi, berkumandanglah azan magrib, menandakan masuknya waktu solat dan waktu berbuka, bagi kawasan Kasturi Walk, CM dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya.
Sajian bukak puasa gua pada hari pertama Ramadhan 1432 ni ialah sebotol tea o ais limau dan 2 batang #nusan. Lepas solat, gua teruskan perjalanan ke Seremban.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...