Sekali lagi, keboringan melanda
Saturday, October 30, 2010
Friday, October 29, 2010
Komen kepada: Pengejar Earning Nuffnang Terunggul
Entry asal:
Seronok tak mengenal Ciri-Ciri Lanun dalam Shoutbox Blog? Ok. Kali ini mari kita mengenal ciri-ciri blogger yang kemaruk dengan duit nuffnang plak. Ala. Jangan cakap kau tak tahu langsung pasal Nuffnang ni ye. Kalau tak letak iklan Nuffnang dalam blog pun I bet you know jugak lah kan Nuffnang ni company iklan yang kasi earning kat bloggers kalau letak iklan dorang. Got it? Banyak benda aku nak elaborate dengan hujah-hujah ugly truth aku ni. Bahan-bahan explicit pun dah bersedia nak keluar dari kepala otak aku ni.muahahahahaha (evil laugh with evil look)
read more...
Dear Amoi,
Aku baru dalam blogging. Aku suka blogging sebab ada nuffnang dan segala macam yang lain yang menghasilkan duit dari blog. Aku suka ramai yang baca blog-blog aku. Dan kesukaan itu aku measure dalam bentuk earning nuffnangku, supaya mudah ku diamkan ibu dan orang lain bila ditegur:
"Apo bondo kau buek dalam bilik tu dendiam, Wan? Isap ganjaaa, ko?"
Aku baru dalam blogging dan term macam nang, dang, innit, BE, cashout atau blogwalk adalah asing bagiku. Aku cuba nak catchup sebab aku membesar dalam dunia IRC dan fanzine. Internet is the future dan the future is now. Dan masa aku cuba memahami semua ini, aku mula paham kenapa ada term blogger dan kenapa blogging itu addictive.
Ada banyak sebab orang jadi taik blog. Yang kau menyampah ialah golongan yang kepoh dengan buffered earning (BE) atau cashout mereka sampai jadi TAIK benda tu. Kita parking dulu review entry kau. Kita masuk ke otak aku dulu.
Pada aku pula, dengan adanya nuffnang, ia adalah satu indeks yang menerangkan pelbagai sudut tentang masyarakat Malaysia. Salah satunya:
Nuffnang hanya mengira visitor yang datang dari Malaysia ke blog kita. Sebab barang yang diorang promo kat blog kita adalah barang yang local untuk blog kita, sahaja. Dan diorang promo ikut timing trafik paling ramai dalam sebuah hari. Umpama papan tanda kat tepi highway yang hanya memaparkan gambar bila ada kenderaan melaluinya. Iklan camni semua orang dapat. Bila ada iklan, blog tu nampak cam ada isik. Umpama seseorang kat shopping mall yang pakai baju branded. Sesetengah orang tak perlukan branded untuk kelihatan gempak sebab gaya diorang berjalan atau muka atau ayatnya memang power. Dan jika kita rasa kita tergolong dalam golongan ini, atau golongan yang pakai barang bundle contoh lainnya, rilekla.
Tanpa diorang yang poyo tu, takdelah pulak entry gempak kau yang ni.
Kembali ke review entry kau;
Antara golongan yang kau senaraikan adalah:
1) Orang yang giler buffered earning sampai tahap buat citer pasal pengiklan tu.
2) Orang yang giler trafik via gila keyword dengan me recycle isu dalam sokkabar atau media lain.
3) Orang yang aktif join aktiviti gathering nuffnang dengan niat nak ada kabel dangan nuffnang (atau nak team-up dengan blogger lain untuk main i klik u, u klik i)
Melalui entry ini, aku rasa aku nak belanja kau pekena chai sambil mendengar, apa lagi pemerhatian kau tentang blogging. Kau ni macam pihak pembangkang dalam politik Malaysia. Walaupun feedback kau tu berbunyi emo atau naive namun, ia berdasarkan pemerhatian yang valid. Dan input itu penting dalam memahami the whole picture, supaya perancangan kemajuan itu lebih teliti.
Aku dah lama berharap agar dapat bertemu secara LIVE bloggers seperti kau atau Dark Half atau para mangsa tetap kat sebelah kanan ni supaya kita boleh menge-beat the system dengan tidak terperap di rumah dengan alasan yang macam-macam (padahal pemalas).
Blogging menyuruh kita berfikiran kreatif dalam lanskap yang terhad (terhad sebab dalam Malaysia).
Ada yang blogging sebab dia nak cakap sensorang. Diorang ni aku panggil syok sendiri. Tapi golongan macamnilah paling ramai visitor dan followernya. Maka kita tau ramai yang syok sendiri dalam industri blog kat malaysia ni.
Ada yang blogging sebab ada benda yang diorang nak cakap pada semua orang. Orang camni, dia akan cuba reach seramai orang yang boleh. Golongan peniaga dan gila populariti pun dalam kategori ni gak (gila trafik). Dan tentulah diorang akan explore wal exploit segala trick yang ada dalam memenuhi kegilaan mereka.
Tapi ramai orang yang taktau what the hell is going on except joining the crowd macam aku ni. Kami mesti tetap nak letak iklan nuffnang kat blog kami. Bila dah letak, baru ada semangat nak meng update. Ada motivasi.
Tapi kengkadang sebab nak pakai duit lebih, kenalah OT sikittt...
Kitorang orang kampung hidup susah. Bukan cam akak. Duit banyak. Tak heran dengan BE-BE ni...
Sebelum bla, ikuti artikel ini:
ekselen wek. kipidap. fak komen moderesyen.
Labels:
komen bebas
Thursday, October 28, 2010
Tuesday, October 26, 2010
Komen kepada: NGO Sarankan Pengharaman Iklan Pampers dan Tongkat Ali
Entry asal:
Kuala Lumpur -24 Oktober 2010. Sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka Belia Elak Rogol dan Zina Malaysia (BERZINA Malaysia) hari ini mensarankan agar kerajaan segera mengharamkan Iklan Pampers dan Tongkat Ali dari ditayangkan di kaca TV negara. Mereka mengeluarkan kenytaan ini sebagai tanda sokongan kepada Azura Mohd Afandi, Ketua Puteri Johor Baharu yang mengkaitkan iklan tuala wanita kepada peningkatan masalah sosial di Malaysiabaru-baru ini.
read more...
Salam Obefiend,
Aku mula paham kenapa kau disukai. Dah lama aku tak baca artikel pedas dan penuh dengan mesej subliminal macam artikel ni. Kali terakhir ialah dalam GiliGila tahun 1990. Aku bagi dua ibu jari untuk ditambah ke dalam koleksi ibuibu jari dalam lemari kau.
Tajuk artikel menyedarkan puak bloggers kepada persidangan UMNO barubaru ni. Ia juga menempelak puak bangang dalam UMNO yang suka buat kongklusi pra matang dari satu atau dua pemerhatian yang jumud.
Isu iklan pampers, tongkat Ali dan tuala wanita adalah satu fresh-air kepada isu media di negara kita. Kenaifan dan ketidak perihatinan pihak yang membuat iklan terhadap sosio-budaya Malaysia amatlah membimbangkan dewasa ini. Kalau warna kulit ketiak pun nak dijadikan competitive advantage oleh pembuat deodoran, aku tak terbayang apa yang Fair and Lovely akan iklankan untuk memastikan warna kulit sekata di kawasan sulit pula.
Isu Facebook dan tandatangan petition ialah satu lagi isu menarik. Aku tertarik sebab ia mengingatkan aku kepada golongan blogger pengomen tegar yang hanya berani komen (tinggalkan jejak) dalam entry yang generic dan tak penting, tapi tak berani dikaitkan daripada menunjukkan pandangan/bangkangan mereka terhadap isu politik, kebudayaan atau agama. Mungkin itu sebab blog macam MalaysiaKini atau Kickdefella ada trafik yang tinggi, tapi yang mengomen hanyalah tunggul atau orang yang nak tinggalkan link. Dah takde dah orang yang ada bebola dalam skrotum mereka. Begitu juga dalam underground Malaysia. Semuanya ikut-ikutan.
Aku sarankan agar kau sentuh isu RTM3 yang beria-ia melaporkan UMNOSTOCK mengalahkan RTM sendiri barubaru ini. Lepas tu kita sama-sama ke Putrajaya pulak. Hahaha.
Labels:
komen bebas,
lawak
Komen kepada: Bila Ego Setinggi Langit Memang Akan Jadi Susah Untuk Mengaku Kelemahan Diri
Entry asal:
Minggu ini adalah minggu yang penuh dengan cabaran duniawi. Cabaran duniawi nih meliputi hati, tindakan, perasaan, perbuatan dan gerak - geri anggota badan masing - masing. Seperti yang kita sedia maklum di dalam setiap pertarungan pasti ada yang menang dan pasti ada yang kalah. Yang menang tidak bererti betul - betul hebat atau kuat dan yang kalah tidak bererti tewas selamanya ataupun lemah dari segala segi.
read more...
Salam Hans,
Artikel yang baik, straight forward, generic dan penuh dengan pepatah Melayu. Artikel ini dapat menarik search engine kalau ada sapa-sapa yang nak cari pepatah yang kau mention dalam artikel ni. Tajuk artikel pun menarik sehingga aku sendiri pun tersampai di sini.
Setiap perenggan ada punchline yang di boldkan. Walaupun penyampaiannya agak sederhana, namun ayat dalam setiap perenggan bijak di alun dengan intonasi provokasi. Pembaca terasa seolah-olah dialah yang makan cili.
Namun dalam dunia blog, kita nakkan komen dan trafik. Untuk dapatkan komen, artikel ini perlu di cilikan lagi. Ayat-ayat tenang perlu dikocakkan. Contoh:
Ayat asal:
Tidak perlu bermain dengan api kerana api sewaktu kecil menjadi kawan tetapi bila besar menjadi lawan. Cubalah belajar untuk menerima kenyataan. Jangan melawan kata - kata guru anda kerana guru anda lebih banyak pengalaman dan sudah masak dengan rencah kehidupan di luar sana. Apabila orang lain dipuji dan anda pula dikritik maka cuba duduk dan berfikir kembali. Apa silap anda? Apa kelemahan anda? Jangan terus membiarkan godaan syaitan itu semakin menguasai hati anda.
Ayat aku:
Tidak perlu melayan api kerana api sewaktu kecil menjadi kawan tapi bila dah besar menjadi sialan. Cubalah belajar menerima kenyataan. Jangan lawan katakata guru kerana guru lebih otai dan lebih berpotensi terkena darah tinggi. Bila orang lebih dan kita kurang, pandanglah cermin dan sikat rambut belah berlainan. Mesti ada sebab kenapa kita diusik. Kalahkan setan dengan akal dan lojik.
Akhiri setiap perenggan dengan galakkan agar pembaca terdorong untuk membaca perenggan seterusnya. Ini kita panggil sebagai wacana. Susah payah kita suruh pembaca baca artikel kita tapi kita sendiri yang suruh mereka berenti di akhir perenggan pertama. Ini akan membuatkan pembaca tak boring dan artikel panjang kita tak terasa panjangnya. Indirectly, ia akan membuatkan pembaca tertarik untuk membaca lagi artikel kita yang lain.
Aku dah lama nak datang ke blog ini sebab nama kau. Kau ni suka hindustan atau perasan shah rukh khan? Atau kau ada darah kacukan macam Hans Isaac? Anyway, kipap degudwek.
Labels:
komen bebas
Friday, October 22, 2010
Komen kepada: Inspirasi Separa Gelap#2
Sebab kau ada dalam list 'mangsa tetap' kat sebelah kanan, aku memaksakan diri me review artikel kau. Aku nak review dialog dengan aku tapi aku taknak menonjolkan sifat self-absorbedku buat masa ni. Akukan tukang komen.
Tambahan pula, goreng pisang masih panas, baik kita salahgunakan, tengok apa jadi..Mak tak Kisahhh...
Secara helikopter-viewnya, artikel kau yang ni ada peningkatan. Kau campur baurkan 3 isik penting dalam satu penyampaian:
1) kenapa kau pilih gambar the crow sebagai avatar kau.
Simboliknya kau mahu dunia memahamai kau; seorang yang nampak jer ganas...Tang ni, aku komen: "Aren't we all?"
2) kau review character the crow dan semua yang berkaitan dengannya.
Bagus. Ni menunjukkan kau ada data dan fakta pasal POINT utama artikel kau kali ini. Dan kau ada pandangan kau sendiri tentangnya tanpa memberitahunya pun di akhir artikel. Good.
3) simboliknya segala-gala tentang the crow sampaikan aktor anak tunggal seorang legenda, mati kerana misterinya dan blablabla...
Itu cuma kebetulan jer, bro. Kalau camtu, marilah kita kaji watak The Joker yang dibawa oleh Ledger dalam movie Batman versy Dark Knight pulak. Joker pun cool gak. Ledger dok berkurung dalam bilik hotelnya nak mendalami watak The Joker sampai bunuh diri, beb. Camacam spekulasi timbul lepas tu. Atau mari kita kaji ada tak orang cam John Wayne Gacy dalam Malaysia? KihKihKih. Again, ikut suka kau lah.
Indirectly kau menyatakan kau ada obsession. Ada kemahuan. Ada knowledge. Ada facts. Facts kebendanya? Itu semua fiksyen la bro. Baik kau kaji pasal hal realiti macam: camaner nak selamatkan semua orang masa kat mahsyar nantik atau camana kita nak dapatkan semula rahmat Allah setelah kita menyia-nyiakannya. Tapi sukatilah. Kau dengan perut kau. Aku dengan perutku.
Penyampaian kau juga tak memboringkan dengan menyusun isu provokatif sebagai intro (dialog dengan kengkawan pasal ganasnya avatar kau berbanding who you are in person yang diorang kenal), dan transition dari satu point ke seterusnya adalah seamless. Macam artikel orang isap kokain (Jung's POV, anybody? hehehe) atau orang sedang beremosi. Kalau kau boleh kuatkan lagi emosi dalam artikel kau, aku rasa ada lojiknya sebab kau memang seorang Pisces. Baik kau exploit untuk kebaikan kau (memantapkan blog, lantas tambah trafik blog). Tapi risikonya style penulisan yang aku anjurkan itu ialah kau akan terpengaruh dengan artikel kau sendiri sehingga kau jadi macam watak penulis novel 'Supernatural' dalam siri Supernatural yang kita selalu cerita kat blog payabesarpedas.
Aku cadangkan kau buat cerita mengarut yang emosional giler untuk entry minggu depan. Tarik balik perhatian kepada Novel Grafik. Tapi buat cerita berkaitan setan, hell, lies, backstabbing, konspirasi dan sebagainya pulak. Benda ni feymes dalam intenet. Orang taknak baca pasal daily life. Diorang nak baca perasaan (sex), kekaguman, hiburan, sensasi, tips masa depan dan lain-lain bullshit terkini. Mereka mahu teruja. Mereka mahu ada point yang nak dibangkitkan masa berborak nantik. Mereka mencari identiti. Kat sinilah kita exploit. Kenapa nak exploit?
Nak naikkan earninglah.
Jangan tipu laa.
Dan jika kau macam ni, maka aku pun nak join.
Daripada jadi ego dengan tak letakkan iklan atau shoutbox dalam blog mereka. KahKahKah...
Again:
Kahkahkah.
Selamat mencuba dan selamat hujung minggu!
Labels:
Series
Wednesday, October 20, 2010
Komen kepada: Speking London Pulak
Entry asal:
hello2 ebriwan..
i think dislah n3 first from me dat speking london.
i’m not so gud in inglish ya, but not wrong to test kan?
wen i talk inglish to people village
dey will say “fuyoooh, hebatnya ko speking london”
don you so proud to hear dat?
kembang kempis lobang idung
even you also do not noe wat are you talking about
read more...
Salam Dr Hanis.
Aik? Yu is doktor, rait?
Kenot bi yu kenot spiking minglish
Leyter yu komfius spatula with sairinj
jas dont insalt ader pipel intellijens, plis
Hehehe. Saya suka menggunakan bahasa macam ni. Menyusahkan orang nak memahaminya. Translator pun jadi biol nak terjemah ayat kita. Namun, isu bahasa itu adalah isu politik lately. Dan golongan blogger la yang dijadikan mangsa..
Dari satu sudut, saya tertarik dengan humor dalam entry ni. Ada blogger yang tak reti berbahasa English, mencuba nak berblogging dengan bahasa Inggeris (nak appeal to a larger crowd la konon). Tapi ayat dia punyalah hancuss sampai naik skizo aku cuba nak memahaminya. Ini mengingatkan aku zaman aku dengan dunia zine dalam underground dulu. Tapi aku tetap berikan kudos kepada yang berani mencuba.
Pada aku, paling utama ialah menyampaikan mesej. Kadang-kadang, ada suasana kompleks yang mudah diterangkan dalam BM macam:
"...jangan jadi umpama kera di hutan disusukan, anak di rumah, mati kelaparan, Karam Singh melaporkan"
Ada masanya, kita kena pakai ayat BI nak bagi impak pada pembaca, macam:
"..then BAM! I smacked that fella right on his face. Blood splashed out from his nostrils..."
Ramai cendiakawan atau golongan ilmiah pulak, suka benar quote perkataan dalam BI nak bagi ayat diorang nampak berat dan berisi:
"..contohnya golongan sedikit yang senyap atau 'silent majority' yang lebih suka berdiam diri dari membawa apa-apa perubahan dengan lawatan mereka ke blog-blog persendirian atau 'personal blogs'..."
Tapi aku memang takbley tahan baca/dengar ayat yang macam ni:
"I tengah jalan-jalan kat Pavillion masa I terserempak dengan boy tu. So, I pun macam, wow! cutenya"
Bahasa itu amat penting. Penggunaan perkataan juga amat penting dalam penulisan. Tapi ia tidaklah sepenting menyampaikan mesej itu kepada target. Kerana setiap pembaca mempunyai pemahaman dan tahap IQ yang berlainan. Dan ayat yang 'open ended' atau terlalu umum akan menyebabkan orang tersasar dari mesej sebenar.
Jadi, aku nak menyalahgunakan entry cik doktor dalam menyampaikan mesej aku ini kepada semua. Semoga selepas ini, kita akan lebih simple dan berisi dalam menyampaikan maksud hati kita dan mengurangkan kes salah faham yang semakin menular di kalangan blogger.
Dan aku nak ambik kesempatan ini untuk menggalakkan semua agar bertanyalah sekiranya tak paham sebab mengandai itu ialah making assumption dan making assumption itu ialah:
Making an ASS out of U and ME
Labels:
komen bebas,
lawak
Komen kepada: Mencari MR/MRS Perfect?
Entry Asal:
Benarkah wujudnya Mr/Mrs Perfect?Begitu susahkah mencari pasangan yang memahami diri.Apakah sudah mati mereka yang Sempurna sehingga yang wujud hanyalah mereka yang kurang Sempurna....
Bacalah sajak dibawah ini,semoga yang membaca memahami isi-isi yang tersirat didalamnya....
Tak Perlu mencari teman secantik Balqis,andai diri tidak sehebat Sulaiman...
read more...
Salam Jib.
Aku suka entry yang ni dan mesej yang kau nak sampaikan. Apa yang aku paham; kita kena sedar diri kita sapa sebelum kita sibuk nak itu ini dari pasangan kita dan jika kita dah ada pasangan, terimalah dia seadanya...
Biasalah seorang yang tak pernah ada teman, akan sentiasa mengimpikan seseorang yang menyejukkan mata memandang dari luaran dan menyenangkan hati dari dalaman. Tapi bagi mereka yang playboy macam Asan, mereka tahu bahawa kesempurnaan itu adalah fatamorgana dalam percintaan.
Sebab fitrahnya, manusia kena berpasangan. Yang taknak berpasangan tu biasanya adalah orang kecewa dan paderi. Fitrah ini dijadikan demi keterusan spesis manusia. Kerana itulah berpasangan sejenis itu dilarang sebab TAKDE HASIL.
Tetapi dalam hal perhubungan sesama manusia atau pasangan kita, kita takbley menyukai seseorang kerana kelebihannya. Sebab setiap manusia, semakin kita hampir padanya, semakin jelaslah kelemahannya. Tambahan pula, jika kita suka seseorang kerana kecantikan atau kelebihannya, maka apa bezanya sayang kita dengan sayang orang kebanyakan yang memang akan suka kepada kecantikan?
Masalah utama dalam hubungan percintaan ialah harapan. Si lelaki mengharapkan si perempuan akan menjaga hatinya, membenarkan dia meraba tempat yang tak sepatutnya dan meminjamkan duit barang seketul dua. Yang pompuan pulak mengharapkan si lelaki dapat membaca fikirannya, mendengar tantrum periodnya setiap bulan dan mengangkat plastik mereka masa shopping. Bila ada harapan yang macam ni, maka perhubungan itu akan selalu ada pergaduhan.
Dalam percintaan, kita takleh pikir apa yang kita ndak. Kita kena selalu pikir camana nak bagi pasangan kita ni bahagia. Dalam percintaan, takde istilah'aku'. Yang ada hanyalah 'dia'.
Kita selalu dikaburi dengan istilah jodoh yang dah tertulis. Bila kawin lambat, kita kata belum jodoh. Bila dah cerai, kita kata takde jodoh. Pada aku, jodoh itu bukanlah nama orang yang kawen dengan kita tu. Jodoh itu adalah kualiti dalaman yang ada dalam pasangan kita. Kita kena cari 'jodoh' itu dalam pasangan kita. Dan untuk itu, kita kenalah bercinta. Dan masa bercinta, jangan harapkan apa-apa. Dan yang ada hanyalah Dia.
Dan bila dah kawen, 'aku' dan 'dia' tu akan lenyap bila dah ada 'mereka' (anak-anak). Barulah institusi rumahtangga jadi OK. Kot?
Aku pun masih mengkaji lagi...
Amacam Jib? Ok tak?
Labels:
Series
Tuesday, October 19, 2010
Komen kepada: "DARI FACE BOOK ZUNAR"
Entry asal:
Ada gambar 3 lubang buntut. Aku taknak link kan kat sini.
Komen:
Ni komen untuk entry ko yang berlubang ni
http://aderberani.blogspot.com/2010/10/komen-kepada-lubang-buntut-dan-yang.html
dan fak komen moderesyen. Kau fak orang boleh. Orang fak kau, kau moderetkan, kan? Bacul!!!
Aku nak ajak readers blog ni main game:
Jawapan:
1) Dua-dua orang Negeri Sembilan
2) Dua-dua cari makan dengan politik
3) Dua-dua short-short, fat-fat **k face
4) Censored
5) Censored
Ada gambar 3 lubang buntut. Aku taknak link kan kat sini.
Komen:
Ni komen untuk entry ko yang berlubang ni
http://aderberani.blogspot.com/2010/10/komen-kepada-lubang-buntut-dan-yang.html
dan fak komen moderesyen. Kau fak orang boleh. Orang fak kau, kau moderetkan, kan? Bacul!!!
Aku nak ajak readers blog ni main game:
Apa persamaan orang ni:
Dengan orang ni:
Jawapan:
1) Dua-dua orang Negeri Sembilan
2) Dua-dua cari makan dengan politik
3) Dua-dua short-short, fat-fat **k face
4) Censored
5) Censored
Labels:
Series
Monday, October 18, 2010
Komen kepada: wat de hell
Entry asal:
..pernyataan diatas bisa menggambarkan architecture of my brain rite now..through dis week is total hell..
wat do i very very concern is about my programming skill..tau2 la kan.engineering kalau x keep up nga programming..jadi engineer zaman batu la lagaknye...down of civilisation..trust me!
dengan berbaki 3 sem lagi ni..akan ku absorb design & programming skill..as much as i wanna kawen(kawen tu sunnah,sunnah itu dari nabi,nabi itu baik)..knowlegde is hard to harvest..tuai pemahaman anda terhadap sesuatu bisa menjadikan anda master dlm lingkungan ilmu tersebut..haha(ayat motivasi plak)..
read more...
Salam Cik Ubi
Aku pernah jumpa budak engineering yang boleh dikatakan balance kandungan kimia dalam otak kiri dan kanannya. Dan dari blog kau sehingga bertarikh 9 oktober yang aku curik hari tu, aku dapati kau dalam perjalanan kau ke arah itu. Aku suka presentation blog dan entry kau yang mesti ada gambar, biarpun dicuri dari gugel. Ini memastikan link ke blog kita di blog orang ada tamnel. Aku tak berapa suka letak link orang yang takde gambar dalam entry dia. Nantik blog aku nampak banyak tulisan. Nak kena baca satu-satu, alamatnya aku akan tekan ajer x di bucu atas sebelah kanan skrin.
Aku nak komen kesemua 7 entry yang terpampang, tapi sebab aku nak kuantiti dari kualiti buat masa ni, aku komen entry yang ni jer. Aku sarankan kau taruk 10 entry per page sebab aku tak puas membaca ayat diari kau. Sebab aku suruh, maka aku juga akan amal. Sila lawat blog2 aku selepas ini dan kau akan dapati ada 10 entry per page. Kembali ke wat de hell.
Kau pick gambar mamat yang buat pistol tu sebab kau terbayangkan diri kau dalam renungan mamat tu. Sapa nama dia? Aku suka gak lakonan dia.
Kau pick gambar Megan Fox for the obvious reasons.
Aku setuju dengan kau bahawa engineering kalau tak keep up dengan programming, maka akan jadi engineer zaman ais.Tapi keep up itu bukanlah jadi master dari bahasa assembly hingga ke bahasa visual basic. Knowledge memang power. Tapi being UP TO DATE lagi the more powerful. Aku suka kau memotivasikan diri kau untuk menyedut ilmu sebanyak yang boleh melalui keinginan kau untuk berumahtangga.
Tapi latest entry kau makin boring...Takde idea ke? Kalau takde idea, pegi sini
eniwei, kipapdegudwek
Labels:
komen bebas
Saturday, October 16, 2010
Friday, October 15, 2010
Komen kepada: Lubang Buntut dan Yang Sewaktu Dengan nya
Semalam ada otai blogger pakai gambar lubang buntut dalam postnya. Amender ntah. Dahlah sosialis. Melayu pulak tu. Kena tegur tak boleh, Dia jer yang tau sejarah. Dia jer yang reformis. Tapi otak masih tahap lubang dubur lagi.
Aku nak kaitkan kebangangan itu dengan blogger yang suka menggunakan keywords macam sex melayu, video lucah atau sebagainya untuk menaikkan trafik blognya (walaupun dia tak taruk link atau video benda tu). Sama jer bangangnya. Sorang membuntut untuk menyampaikan pendapatannya. Sorang lagi menggunakan buntut sebagai pendapatannya.
Aku tak taulah apa nak jadi dengan Malaysia ni.
Ni tak taruk gambar, tapi bagi 'gambaran'. Yang di circle kan tu lagi laa. Ingat ibu-ibu jaga anak mereka pasal nak dapat award ke? |
Satu lagi, kalau takat buat blog dan komen surat khabar, baik taruk jer link surat kabar tu kat situ. Dan kalau setakat nak main kopi-pes, baik kau buat cam blog ni. Lagi luas permainannya dari pusing-pusing dalam kancah politik dan sex dan artis melayu ajer.
"Biarlah sikit tapi melekit"
Labels:
Series
komen kepada: Diari
Entry asal:
"blablabla.."
...Dalam 9 jilid diari aku,
jilid ke-8 aku terpaksa ambil dan bakar..
Bermula selepas aku berpisah gaduh dengan ex-G aku,
si Is, kawan rapat aku sejak dari kecil,
aku rapat dengan seluruh keluarga Is,
ibunya aku panggil 'ibu'
abangnya aku panggil 'abang'...
..blablabla...
Is tidak berpuas hati,
dia ingin bertemu ex-G aku dan seluruh kawan-kawannya untuk menerangkan bahawa dirinya WUJUD dan bukan WATAK CIPTAAN AKU.
Dalam perjalanan ke tempat pertemuan,
dalam hujan,
Is terkorban dalam satu kemalangan jalanraya...
Semasa aku mahu berada di sisi jenazahnya di hospital,
aku dihalau oleh abang Is.
Ibu Is ketika itu, menghulurkan aku diari jilid ke-8 itu dan berkata,
"Inilah punca segalanya..."
read the whole story...
Salam Cero, aku 1.
Seperti yang diharapkan oleh para pembaca blog Dark Half (Sorrow Yang Begitu Indah) dan aku (tukang komen) setelah membaca ini, tentu mereka mengharapkan aku menerjah blog kau. Semalam aku masuk blog kau dan membaca entry paling latest kau. Maka here we go...
Sapa kata lelaki berdiari itu rare? Ada melambak jantan seperti kita di luar sana yang berdiari. Yang rare ialah orang yang buat apa yang dia tulis dan tulis apa yang dia buat. Kebanyakan kita cumalah terbawa-bawa dengan penulisan sehingga kita hilang punca, kenapa kita menulis diari setiap hari.
Tapi kepada yang hardcore diarier (is there such term?), isi kandungan diari itu amatlah personal. Kebanyakan diari para diarier biasanya berbau emo dan keakuan. Kadangkadang ada juga rahsia yang tak patut kita simpan dalam bentuk hitam putih. Kerana menulis diari ialah satu bentuk muhasabah diri dan muhasabah diri itu membawa kepada ilmu kenal diri sendiri. Maka kebanyakan kita menganggap diari itu sacred dan hanya boleh dibaca oleh kita atau orang yang memahami saja (sebab takde yang paham, maka takde sapalah yang boleh baca).
Aku juga berdiari. Ni contoh diari aku untuk tahun 2005 hingga 2009. Hampir semuanya aku isik dalam diari ni, dari budget setiap bulan, detail plan untuk kerja-kerja kat kilang, sehinggalah idea-idea untuk zine Schizophrenic#7 yang aku dok pikir selama 2 tahun. Tidak seperti kau, aku suka kalau ada orang baca diari aku. Sebab aku buat dengan kasih sayang dan takde benda yang boombastic dalam tu. Dan aku mahu ia menjadi medium agar orang lain (especially aku pada masa tua nantik) akan dapat mengetahui secebis dari perasaan aku pada masa hasil itu ditulis.
Siap ada maze lagi |
Hidup ini dah cukup kompleks as it is. Kenapa nak kompleks kan lagi dengan membenci?
Maafkan aku sebab masuk ke bahagian ini pula...
Aku rasa kau sudah rugi besar sebab membakar jilid#8. Sebab hidup kita ni bukanlah dot-dot. Ia adalah straight line. Sejarah yang dah berlaku, biarlah ia berlaku. Kita takleh nak padam part yang kita tak suka atau melupuskan bahan bukti part yang menyayat hati. Kalau aku, aku akan simpan sebagai peringatan untuk mensedekahkan Al-Fatihah kepada Is. Tapi itu mungkin cara kau. Aku tak kisah. Bukannya murtad atau apa. Aku pun pernah bakar diari. Tapi diari yang aku bakar tu berisi ilmu jampi serapah Melayu lama yang boleh goyang iman kalau baca tanpa ilmu, maka dari segi warak nya perlu dihapuskan. Macam Kitab tafsir mimpi atau alkemi yang dibakar sendiri oleh pengarangnya kerana takutkan Allah. Kembali kepada topik.
Aku juga sarankan agar kau menggunakan buku yang lebih official sebagai diari. Sebab kalau boleh, kita nak diari kita ni tahan lama. Atau sebagai simbolik betapa pentingnya buku yang bakal kita titipkan rahsia hidup kita itu kepada kita sendiri.
Sebab perjalanan orang seperti ini ialah keakuan. Dan dalam keakuan, kita tak dengar cakap sesapa kecuali diri sendiri. Dan sapa lagi yang paling mengambil berat akan diri kita jika bukan diri sendiri? Jadi, diari itu penting sebab manusia tak boleh nak ingat semuanya sepanjang masa.
Entry kau ni juga mengingatkan aku kepada katakata Thomas edison:
"A good liar must have a good memory"
yang disambung oleh aku:
"A good memory is a sincere diary"
Labels:
komen bebas,
Series
Wednesday, October 13, 2010
komen kepada: Dialog dengan Cero Null and Alternate
Entry asal:
Aku budak Capricorn.
Dan kalau nak tahu, semua yang tertulis dalam zodiak yang tiap-tiap hari ada dalam paper NST tu,
semua tu tak pernah sama dengan apa yang berlaku dalam hidup aku.
cEro adalah nama aku dalam dunia blog.
Kebanyakan kawan-kawan aku tak tahu aku adalah cEro walaupun mereka baca blog aku.
Aku sangat berhasrat mahu kekalkan seperti itu.
Tapi, tahukah kau, blogger yang tak tayang muka di blog dilabel sebagai orang yang tak ada identiti oleh sesetengah blogger lain??
Kononnya orang macam aku (dan kau) tak berani ke depan kerana niat blogging nak buat salah.
Aku cukup marah dengan statement demikian.
Apa yang aku nak buat adalah mahu menarik pembaca HANYA dengan hasil coretan blog semata-mata, bukan kerana wajah dan status..
Aku rasa, kalau aku bagitahu aku ni adik artis, which is not, sure ramai nak jadi followers, kan??
Kesimpulan,
HORMATI BLOGGER LAIN!
Kita semua sama...
read from start...
Salam Dark Half
Congratulations sebab kau jumpa orang macam cero dan congrats sebab mulakan siri dialog dengan blogger. Aku taktau berapa kali seminggu kau nak publish, atau apa plan kau dengan siri ni. Tapi you better finish what you start. Or at least have a plan. Hehe. Bossy pulak. Biaser arr. Cancerian.
Introduction bagus dengan menerangkan serba sedikit apa yang kau paham pasal mangsa. Kau memilih cero kerana presentation entry nya yang unik serta lambang otak taik di blog beliau.
Dialog bermula dengan soalan intro yang bagus yang menunjukkan kau ambik tau jugak pasal mangsa kau. Ini amat penting sebagai ice breaker untuk setkan mood sepanjang dialog. Cumanya soalan kau takde interaksi dengan jawapan dari soalan sebelumnya, menunjukkan ketidak-dialog-an dialog ini. Kau boleh improve dengan melakukan dialog dengan merekod pakai henpon atau menghantar semula reply yang diberikan dari mangsa dengan lebih banyak soalan lagi (hehehe. cam yahoodi). Satu cara lagi ialah kau boleh isi 'filler' antara dialog kau dan cero macam 'hehehe' selepas cero buat lawak, atau (macam bagus jer tukang komen-kau berbisik dalam hati) nak bagi dialog itu terbayang dalam kotak pemikiran pembaca.
Cero pun pandai menjawab. Tapi kecapricorn-annya amatlah menyerlah, maka standard arrr jawapannya memang berasa sedap dan merbahaya (sebab kandungan kolestrol dalam daging steak sedap itu tinggi) serta ada bau hangit seekor kambing. Aku tak dapat nak agak jawapannya yang berbaur 'blogger friendly' itu berniat apa, sebab tak kira camana kita sangka kita tahu mengagak tindak-tanduk seekor kambing, mereka tetap dapat masuk dalam halaman rumah kita dan memakan pucuk mangga yang kita baru beli kat pasar tani pekan Rembau tadi.
Dialog juga berakhir dengan saranan yang sangat baik untuk semua blogger di sana.
Cayalah Dark Half. Bila siri# 2 pulak? Takkan minggu depann? Kasi laa, satu lagi dalam minggu ni, kira promosi pembukaan kedai...Wa dah mula nak ketagih ni....Apakata kau dialog dengan owner blog politik atau mamat eroticlive yang selalu blogwalk pepagi pakai URL shortener tu pulak. Mesti cool punya...
Aku budak Capricorn.
Dan kalau nak tahu, semua yang tertulis dalam zodiak yang tiap-tiap hari ada dalam paper NST tu,
semua tu tak pernah sama dengan apa yang berlaku dalam hidup aku.
cEro adalah nama aku dalam dunia blog.
Kebanyakan kawan-kawan aku tak tahu aku adalah cEro walaupun mereka baca blog aku.
Aku sangat berhasrat mahu kekalkan seperti itu.
Tapi, tahukah kau, blogger yang tak tayang muka di blog dilabel sebagai orang yang tak ada identiti oleh sesetengah blogger lain??
Kononnya orang macam aku (dan kau) tak berani ke depan kerana niat blogging nak buat salah.
Aku cukup marah dengan statement demikian.
Apa yang aku nak buat adalah mahu menarik pembaca HANYA dengan hasil coretan blog semata-mata, bukan kerana wajah dan status..
Aku rasa, kalau aku bagitahu aku ni adik artis, which is not, sure ramai nak jadi followers, kan??
Kesimpulan,
HORMATI BLOGGER LAIN!
Kita semua sama...
read from start...
Salam Dark Half
Congratulations sebab kau jumpa orang macam cero dan congrats sebab mulakan siri dialog dengan blogger. Aku taktau berapa kali seminggu kau nak publish, atau apa plan kau dengan siri ni. Tapi you better finish what you start. Or at least have a plan. Hehe. Bossy pulak. Biaser arr. Cancerian.
Introduction bagus dengan menerangkan serba sedikit apa yang kau paham pasal mangsa. Kau memilih cero kerana presentation entry nya yang unik serta lambang otak taik di blog beliau.
Dialog bermula dengan soalan intro yang bagus yang menunjukkan kau ambik tau jugak pasal mangsa kau. Ini amat penting sebagai ice breaker untuk setkan mood sepanjang dialog. Cumanya soalan kau takde interaksi dengan jawapan dari soalan sebelumnya, menunjukkan ketidak-dialog-an dialog ini. Kau boleh improve dengan melakukan dialog dengan merekod pakai henpon atau menghantar semula reply yang diberikan dari mangsa dengan lebih banyak soalan lagi (hehehe. cam yahoodi). Satu cara lagi ialah kau boleh isi 'filler' antara dialog kau dan cero macam 'hehehe' selepas cero buat lawak, atau (macam bagus jer tukang komen-kau berbisik dalam hati) nak bagi dialog itu terbayang dalam kotak pemikiran pembaca.
Cero pun pandai menjawab. Tapi kecapricorn-annya amatlah menyerlah, maka standard arrr jawapannya memang berasa sedap dan merbahaya (sebab kandungan kolestrol dalam daging steak sedap itu tinggi) serta ada bau hangit seekor kambing. Aku tak dapat nak agak jawapannya yang berbaur 'blogger friendly' itu berniat apa, sebab tak kira camana kita sangka kita tahu mengagak tindak-tanduk seekor kambing, mereka tetap dapat masuk dalam halaman rumah kita dan memakan pucuk mangga yang kita baru beli kat pasar tani pekan Rembau tadi.
Dialog juga berakhir dengan saranan yang sangat baik untuk semua blogger di sana.
Cayalah Dark Half. Bila siri# 2 pulak? Takkan minggu depann? Kasi laa, satu lagi dalam minggu ni, kira promosi pembukaan kedai...Wa dah mula nak ketagih ni....Apakata kau dialog dengan owner blog politik atau mamat eroticlive yang selalu blogwalk pepagi pakai URL shortener tu pulak. Mesti cool punya...
Labels:
komen bebas,
lawak
Tuesday, October 12, 2010
Komen kepada: Surat Terbuka Untuk Ahmad Farid Ridzuan.
Entry asal:
Harap maaf,dalam blog ni,takde sebut datuk-datuk tan sri ke apa.Dilahirkan nama tu,nama tu yang gua sebut.Gua tulis surat ni dalam bahasa pasar,no need nak guna bahasa-bahasa yang berbunga-bunga dan berlapik.Gua buruh proletariat,so gua guna je bahasa yang gua boleh gunakan.Gua rasa dia ni pun boleh faham la walau sikit-sikit.
read more..
Aku menyampah dengan RTM3 jugak,
http://payabesarpedas.blogspot.com/search/label/RTM3
Tapi malam ni Supernatural woiii....Sambungan minggu lepas! Sam kena kurung oleh Dean!
http://payabesarpedas.blogspot.com/2010/10/warning-dari-peminat-cerita.html
hehe ;p
fak komen moderesyen en wed verifikesyen
(buat apa komen pepanjang kalau akan di delete?)
Harap maaf,dalam blog ni,takde sebut datuk-datuk tan sri ke apa.Dilahirkan nama tu,nama tu yang gua sebut.Gua tulis surat ni dalam bahasa pasar,no need nak guna bahasa-bahasa yang berbunga-bunga dan berlapik.Gua buruh proletariat,so gua guna je bahasa yang gua boleh gunakan.Gua rasa dia ni pun boleh faham la walau sikit-sikit.
read more..
Aku menyampah dengan RTM3 jugak,
http://payabesarpedas.blogspot.com/search/label/RTM3
Tapi malam ni Supernatural woiii....Sambungan minggu lepas! Sam kena kurung oleh Dean!
http://payabesarpedas.blogspot.com/2010/10/warning-dari-peminat-cerita.html
hehe ;p
fak komen moderesyen en wed verifikesyen
(buat apa komen pepanjang kalau akan di delete?)
Labels:
lawak
Hipnotisma ala payobosa (Si buta IT)
Scuba: Salam. Checkout my other blog s well
Apa yang aku tau pasal blog walking ni ialah ia adalah aktiviti wajib seorang blogger. Camana power pun idea atau prodak kita, kita kena marketkannya ke seantero dunia. Dan sebab kpi blogging dikira setiap hari, maka nak tak nak mau ke idak, kita kena blog walk SETIAP HARI demi memastikan jumlah trafik kita sentiasa lancar. Bagi blog yang baru nak mula cam blog aku ni, blogwalking itu WAJIB.
Aku malas nak menerangkan apa itu BW, camana nak buat atau apa strategi nya, tapi aku nak cerita pasal software blogwalk dan isu trafik satu hala.
Salah sorang budak yang suka lepak kat blog payabesarpedas ialah blur dari jiwakacau. Aku tak kenal dia. Dia pun tak kenal aku. Tapi dalam dunia blog ni, warna kulit atau fahaman politik itu tak sepenting frekuensi kita mem visit blog kenalan kita. Dia ada buat blog walking software agaknya dan aku yang masih baru dalam dunia korang ni agak tertarik jugak. Tapi sebab aku ni takwa, dan aku lebih pentingkan kualiti dari kuantiti (buat masa ni ;p), aku hold dulu niat aku nak menggunakan software tu dan lebih kepada mendalami ilmu blogwalking yang tak berkitab ni.
Aku tak pernah guna software tu, tapi sedikit sebanyak aku paham, kita boleh taip kat satu tempat aje dan mesej itu disampaikan ke dalam chatbox blog yang tersenarai dalam list. Takyah nak susah-susah nak bukak satu-satu dan taip setiap kali.
Tuan tanah blog pulak, adabnya ialah bila ada orang datang blog kita, kita kena balas balik kunjungan orang itu. Sebab, disamping kita ni tolong menolong, kita juga berpeluang meluaskan pandangan kita dengan blog baru atau entry baru yang tersaji di blog pengunjung blog kita tadi. Mungkin akan tercetus idea baru atau terjumpa kawan baru. Dari sudut falsafah bloggernya, software ni tak berapa bagus sebab ia menghapuskan semua ini. Tapi aku tau programmer dan scripter di luar sana dah jumpa penyelesaian untuk masalah ini. Aku yang mangkuk dalam programming pun boleh terpikir, takkan diorang yang bergelumang dengan bracket dan goto if else, takleh? Eh, lupa lak. Aku ada laduni. Memang ar tak aci. Jadi aku takkan dedahkan. Hehehe.
Tapi dunia blogging ni ada macam-macam orang. Orang yang hanya fokus pada duit, dia tak pedulik semua bullshit pasal integriti, setiakawan atau falsafah. Mereka hanya akan berdiam diri sambil menghayun-hayun cek dari nuffnang yang bernilai ribuan ringgit di depan kita. Atau yang tersenyum kerana berjaya menjual ribuan shawl atau kerongsang dalam masa sejam. Masa tu, aku sendiri pun akan mempersoalkan kewujudan perkataan 'integriti' dalam berblogging sambil log in ke akaun nuffnang ku nak check berapa dah setakat ni.
Aku salut blog yang takde iklan. Tapi aku cukup menyampah blog yang takde chatbox. Mungkin ada pengalaman pahit yang telah dilalui. Mungkin ada riak di sebalik mee. Pada aku; kita mungkin tak memerlukannya. Tapi mungkin ada abang yang sedang tertekan dengan hidupnya memerlukan sedikit ruang di blog kita ini untuk berkomunikasi dengan pantas dan mudah.
Apa yang aku tau? Aku cumalah budak kampung yang buta IT. Main blog pun kat CC...
Labels:
Series
Saturday, October 9, 2010
Komen kepada: Kebosanan Berblogging Melanda..Emas puncanya
Entry asal:
Penulis menyatakan keboringannya sebab kena keep on blogging nak naikkan trafik sebab ak naikkan earning. Tambahan pulak dia baru tau pasal pelaburan EMAS yang bunyi macam lebih menguntungkan.
Read more...
Salam Najib,
From day one lagi, aku dah nampak kau ni blogging sebab apa. Kau cakap kat profail kau, kau menulis sebab nak tajamkan fikiran kau (taktaulah nak cucuk sapa). Tapi dalam entry ni (dan frekuensi dari kau meng-update blog kau) mengantoikan motif kau yang sebenarnya nak tambah pendapatan melalui blogging. Aku pun cam kau jugak. Cumanya, aku lebih jelas dengan apa yang aku buat dan motif ini takkan tergugat tak kiralah apa jua info yang aku jumpa kat dalam internet.
Aku suka blogging. Aku suka update blog aku. Punyalah suka sampai baru 3 bulan aku join blogging komuniti, aku dah ada 3 blog. Dan blog aku, pada aku; lebih kepada diari. Tapi aku tak tulis diari aku macam diari seorang yang berjiwa kesepian atau seorang psychopath. Aku suka melawak supaya bila aku baca suatu hari nantik, takdelah terkeluar perkataan macam: "Amenda aku tulis ni?" atau " Murahannya aku ni guna taktik ni...". Menulis memang passi (passion) aku sejak form 4...
Pasal emas, ia memang pelaburan yang bagus. Harganya sentiasa naik dan jarang-jarang turun. Kebanyakan orang pertengahan akan gunakan pelaburan emas sebagai tapak sebelum mereka masuk ke hartanah pulak. Anyway, teruskan exploring sebab rezeki disembunyikan di mana-mana. Instead of reserching something yang perlukan modal tinggi, apa kat kau tumpukan akal kau yang ilmuwan kepada mencari satu produk di mana SEMUA orang dalam MALAYSIA perlukan setiap hari. Kalau takde, ciptalah satu. Syabu, pil kuda dan teh tarik tongkat Ali adalah contoh-contoh produk yang aku maksudkan. Aku bukan suruh kau jual dadah tapi kau selidiki sejarah produk tadi dan fahami jalan ceritanya dan carilah satu produk yang mana KAU is the only producer. Aku rasa, macam ni lagi bagus dari bergantung kepada sesuatu yang bergantung kepada sesuatu yang lain (emas>pasaran saham>minyak>politik>media>mass comm)
Aku lebih suka blog kau yang ni dari yang baru tu, tapi yang baru tu mungkin belum manifest itself lagi so I'll wait. Anyway, keep updating your blog! Keep exploring! You'll never know what you will find!
Labels:
komen bebas
Friday, October 8, 2010
Komen kepada: Ayam Penyet :)
Entry asal:
Sedang kitaorang berjalan2 miss x bagitahu kat aku yang perutnya memberi satu isyarat yang telah pun di salurkan ke otak yang mengeluarkan satu message iaitu lapar hehe..dalam masa yang sama lidahnya merembeskan satu jenis cecair apabila terlihat sebuah restoran yang diberi nama 'Ayam Penyet'..
read more...
Salam Tuan Ali,
Seperti yang saya gembar gemburkan di shoutbox anda, saya juga seorang peminat nasi ayam penyet. Saya mengenali makanan ini asbab sebuah kedai makan Melayu si Seremban Jaya yang menampilkan makanan ini sebagai menu utamanya. Saya suka gaya penulisan tuan, jadi bila tuan tulis pasal ayam penyet, saya terus order nasi ayam penyet tapau, satu.
Tuan keluar dengan seseorang? Miss X? Whooaaa.. Dating ke bang? Bahaya, nokk. Tapi bila tuan cakap jemaah ada dua dan tuan ialah imam dan dia ialam makmum, saya ameenkan...
Aik? Setau saya, ayam penyet itu ialah ayam goreng, tempe dan tauhu goreng, ulam sikit (biasanya kacang botor dan petai) serta sambal untuk ayam dan ulam (fyi: sambal sayur dengan sambal untuk ayam, sepatutnya lain-lain). Saya perasan ada macam semangkuk gulai pucuk ubi (juga faveret saya) terselit. Dan dua gelas air milo sejuk.
Gambar seterusnya ialah pinggan yang licin serta tulang-temulang mangsa. Dua gelas air milo pun tah mana perginya. Dari kedudukan mangkuk gulai, nampaknya macam tuanlah yang bertanggungjawab meng-clearkan gulai ubi. Tambahan pula, tiada tulang mangsa kelihatan di pinggan tuan. Apsal tak habiskan kobis tu?
Yang saya nak komen ialah tabiat pemakanan. Pada saya, kombinasi nasi ayam penyet dengan gulai sebenarnya menenggelamkan nikmat kepenyetan ayam itu. Sebab rasa gulai itu berlemak dan makanan berlemak akan conquer tunas rasa yang ada kat lidah kita, membuatkan kita hilang 20-30% nikmat ayam penyet yang terdiri dari goreng-goreng dan sambal-sambal sajer.
Dah makan gulai, di bilas pulak dengan air milo sejuk. Saya harap air milo tidak diminum semasa makan sebab ia akan membuatkan kita cepat muak (susu+gulai yang berlemak). Saya anggap tuanlah mangsa keadaan untuk menghabiskan kebanyakan makanan yang di dalam gambar pertama berdasarkam kedudukan bekas makanan yang hampir ke bahagian tuan.
Amatlah berbahaya sekiranya kita makan makanan berkolesterol tinggi (macam gulai dan gorengan yang berminyak) kemudian dibilas dengan minuman sejuk. Ini kerana kolesterol itu akan pejal dalam perut dan susah nak dihadamkan (lebih kurang la) dan mengakibatkan ia berkumpul di tempat yang tak sepatutnya seperti salur darah. Oleh yang demikian, saya menganggap tuan tidak tahu akan info ini sebab tuan telah order gabungan menu tersebut berdasarkan gambar-gambar dalam entry ini. Ataupun tuan dah tahu tapi sebab terpengaruh dengan lapar semasa meng-order, tu yang terlepas pandang...
Apa-apapun, tuan telah mempatenkan ayam penyet dan akibatnya saya pasti akan teringat kat tuan setiap kali saya order menu ini. Saya menganjurkan tuan cuba juga nasi ikan lele, dan buat entry pasal menu ini pulak. Nak lagi terasa kejemaahannya, cuba makan dalam daun pisang (presentation menu ni, originalnya atas daun pisang) style tabligh (satu daun, banyak tangan). Tapi jangan buat camni dengan Miss X. Kang jadi XXX pulak kang...
Sedang kitaorang berjalan2 miss x bagitahu kat aku yang perutnya memberi satu isyarat yang telah pun di salurkan ke otak yang mengeluarkan satu message iaitu lapar hehe..dalam masa yang sama lidahnya merembeskan satu jenis cecair apabila terlihat sebuah restoran yang diberi nama 'Ayam Penyet'..
read more...
Salam Tuan Ali,
Seperti yang saya gembar gemburkan di shoutbox anda, saya juga seorang peminat nasi ayam penyet. Saya mengenali makanan ini asbab sebuah kedai makan Melayu si Seremban Jaya yang menampilkan makanan ini sebagai menu utamanya. Saya suka gaya penulisan tuan, jadi bila tuan tulis pasal ayam penyet, saya terus order nasi ayam penyet tapau, satu.
Tuan keluar dengan seseorang? Miss X? Whooaaa.. Dating ke bang? Bahaya, nokk. Tapi bila tuan cakap jemaah ada dua dan tuan ialah imam dan dia ialam makmum, saya ameenkan...
Aik? Setau saya, ayam penyet itu ialah ayam goreng, tempe dan tauhu goreng, ulam sikit (biasanya kacang botor dan petai) serta sambal untuk ayam dan ulam (fyi: sambal sayur dengan sambal untuk ayam, sepatutnya lain-lain). Saya perasan ada macam semangkuk gulai pucuk ubi (juga faveret saya) terselit. Dan dua gelas air milo sejuk.
Gambar seterusnya ialah pinggan yang licin serta tulang-temulang mangsa. Dua gelas air milo pun tah mana perginya. Dari kedudukan mangkuk gulai, nampaknya macam tuanlah yang bertanggungjawab meng-clearkan gulai ubi. Tambahan pula, tiada tulang mangsa kelihatan di pinggan tuan. Apsal tak habiskan kobis tu?
Yang saya nak komen ialah tabiat pemakanan. Pada saya, kombinasi nasi ayam penyet dengan gulai sebenarnya menenggelamkan nikmat kepenyetan ayam itu. Sebab rasa gulai itu berlemak dan makanan berlemak akan conquer tunas rasa yang ada kat lidah kita, membuatkan kita hilang 20-30% nikmat ayam penyet yang terdiri dari goreng-goreng dan sambal-sambal sajer.
Dah makan gulai, di bilas pulak dengan air milo sejuk. Saya harap air milo tidak diminum semasa makan sebab ia akan membuatkan kita cepat muak (susu+gulai yang berlemak). Saya anggap tuanlah mangsa keadaan untuk menghabiskan kebanyakan makanan yang di dalam gambar pertama berdasarkam kedudukan bekas makanan yang hampir ke bahagian tuan.
Amatlah berbahaya sekiranya kita makan makanan berkolesterol tinggi (macam gulai dan gorengan yang berminyak) kemudian dibilas dengan minuman sejuk. Ini kerana kolesterol itu akan pejal dalam perut dan susah nak dihadamkan (lebih kurang la) dan mengakibatkan ia berkumpul di tempat yang tak sepatutnya seperti salur darah. Oleh yang demikian, saya menganggap tuan tidak tahu akan info ini sebab tuan telah order gabungan menu tersebut berdasarkan gambar-gambar dalam entry ini. Ataupun tuan dah tahu tapi sebab terpengaruh dengan lapar semasa meng-order, tu yang terlepas pandang...
Apa-apapun, tuan telah mempatenkan ayam penyet dan akibatnya saya pasti akan teringat kat tuan setiap kali saya order menu ini. Saya menganjurkan tuan cuba juga nasi ikan lele, dan buat entry pasal menu ini pulak. Nak lagi terasa kejemaahannya, cuba makan dalam daun pisang (presentation menu ni, originalnya atas daun pisang) style tabligh (satu daun, banyak tangan). Tapi jangan buat camni dengan Miss X. Kang jadi XXX pulak kang...
Labels:
lawak
Thursday, October 7, 2010
Komen kepada: Air terjun Lata Lampit
Entry Asal:
Aku sebenarnya dah lama nak post entry ni. Tapi selalu lupa nak ambik gambar gambar kat air terjun ni. Ok, air terjun Lata Tampit ni terletak dekat Kampung Janda Baik, Bentong Pahang kat bawah Genting Highland lah senang cerita. Tempat ni sejuk. Kalau masuk hutan ni, boleh jugak tembus ke Melawati Kuala Lumpur. Kalau korang bosan bosan, suka adventure, extreme activities, boleh la datang sini. Janda Baik terletak 20km dari Gomak. dekat je. Lebih kurang 20minit dari tol Gombak. Bila dah sampai, korang boleh cari Chalet Latto Charok...
read more...
Salam Fontonk,
entry kau memang celaka untuk di komen. Tapi, sebagai tukang komen, aku akan cuba.
Sebab entry yang berupa dokumentari bersifat boring, benda pertama yang kau kena ada ialah visual yang striking dan yang membuatkan orang tertanya-tanya: apa cerita ni? Dan permulaan cerita kau itu sangat penting. Well, the 1st 101k dari first paragraph itulah pitching kau untuk menarik orang untuk terus membaca. Takkan kau buat sekadar nak syok sendiri, jer ye tak? Jadi, perenggan pertama kena dahsyat. Kau boleh lihat contoh di bawah:
"Kengkadang, aku nak merasa jugak hidup survivor dengan terberak di tempat yang mencemaskan dari termenung dalam jamban macam sekarang ni. Prutttt! Bunyi kentut ku. Shhhhhh. Air mengalir deras, keluar dari punaiku. Kan best kalau aku terkencing kat dalam air terjun yang sejuk tu. Aku pun terpikir: Esok aku nak pegi Air Terjun Lata Tampit!"
Sebab kau dah susun satu perenggan berlapis-lapis dengan gambar, setiap perenggan kau kena ada punch line, disamping isik untuk perenggan itu sendiri. Sebab pembaca akan baca satu perenggan, berenti tengok gambar, baca satu perenggan lagi. dan untuk memotivasikan mereka agar terus ke perenggan seterusnya, setiap perenggan kau kena ada punch line. Takleh satu atau dua perenggan berlalu TANPA punch line. Punch line boleh jadi lawak, isu yang kau mulakan dari start artikel, atau soalan-soalan emosional berbau mesej subliminal. Tak boleh data dan fakta semata-mata. Orang nak cari fakta, diorang baca TukarTiub atau Kedahlanie. Blog kiter ni kira syukur la ada orang nak datang dan blog walk. Kahkahkah.
Lepas tu, jangan lupa bold atau italic kan mesej atau punch line kau tadi. Ini akan menarik perhatian orang yang skrol blog kau laju-laju ke bawah (cari shoutbox) untuk membaca sekejap apa benda yang dia ternampak tadi. Dia akan baca satu perenggan. Dan kalau perenggan kau takada punchline yang aku cakap sebelum ni tadi, maka visitor tu akan boring dan terlepas dan terus skrol ke bawah tanpa membaca lagi. Siap mendengus lagi tu. Sigh.
Dari sudut gambar pulak, bila ambik gambar tu, kreatif la sikit. Tak pun bagi kat orang yang kretif. Ni sumer gambar cam dalam kelender jer. Model pun takat berdiri negaraku atau sedang melarikan diri dari kamera. Gambar tu biar puas hati sikit. Bukan aku tembak skil fotografi kau. Kekalkan skil kau tu. Cuma tambah lagi dengan menggempakkan suasana dalam gambar tu. Bagi ada cerita sikit. Kan gambar kena striking? Takyah nak efek-efek sampai kena pegang ranting kayu atau apa. Pikirlah apa perasaan anda pada masa tu dan capture gambar tu sebagaimana anda mahu anda lihat ia suatu hari nantik. Belajar dari majalah, TV dan komik. Kamera dah DSLR, tapi gambar tunggul dan effect 'normal' jer. Susah payah kaum aku buat mode 'sephia' dan 'black and white' dalam kamera tu.
Pasal senarai harga pulak, lepas kau senarai kan, kau bagi kongklusi kau pasal pengalaman tu sumer dan saranan kau untuk pembaca. Macam dalam TV tu. Hahaha. Bukan apa, kongklusi tulah yang finishing. Ni dah susah payah pegi air terjun bawak kamera, lupa lak apa pointnya menulis. Hehehe.
Susah betul berkawan dengan aku, ni kan? Cham powww...
Labels:
komen bebas
Komen kepada: The Great Glass City by They Will Kill Us All
Entry ialah band review. Aku suka kutuk band review. Package dengan band-band tu sekali. Tapi sebab tulisan Dark Half kira OK jugak dalam entry ni, aku off kan mode ganas...
read more...
Salam Dark Half,
Dah lama aku tak layan band underground (ni band UG ke? Kahkahkah). Aku bukan tau pun. Tapi aku nak komen jugak sebab aku macam bagus. Nak review band kena ada isik, band info, motif review kau dan gaya penyampaian.
Taktik yang kau gunakan ialah jalan selamat. Kau perkenalkan sejarah, cerita pasal line-up sikit, lepas tu pendapat kau untuk menunjukkan kau tau pasal history diorang ni. Ni semua penting untuk menjaga hati band yang di review. Ini kita panggil sebagai band info dan gaya penyampaian. 2 markah.
Artikel band review biasanya dokumentari. Aku suka band review yang bias sebab ada asas perbandingan. Band review yang bermotifkan pengiklanan single terbaru, mestilah banyak menumpukan kepada 'impact' killer song tu pada kau. Atau kau tumpukan pada penghayatan lagu tersebut dari mulut maker nya sendiri. Apa maknanya lagu itu pada dia. Apa mesejnya. Bagi pembaca fokus pada lagu. Isik perenggan ni ialah kau kena clear dengan motif band review kau. Aku tau entry kau pasal exposure ajer (and maybe nak selamatkan diri dari tak update apa-apa ;p), tapi rekodlah sedikit perasaan kau dalam hasil kerja kau. Barulah kau betul-betul syok sendiri membacanya. Ini juga dinamakan punch line. Part ni pun kau ada, so 2 markah. Aku suka part (haha!) yang last sekali tu...
Cukup arr tu. Arrr satu lagi. Kalau ada gambar band terbaru yang ada kau sekali, lagi complete. Lama-lama kau boleh jual majalah...
Amacam? Ok tak?
Graphic novel apa cer?
Labels:
komen bebas
Tuesday, October 5, 2010
Komen kepada: Blasphemy against Allah Subhanahu Wa Ta'ala and His Messenger ~ The Punishment prescribed in the Holy Quran
Muka harmless ajer..Hati-Hati! |
Entry asal:
Those of you who have been following the news here, here and here regarding this case and the most vicious form of a blasphemer in the person called Benjamin Stephen ~ the apostate known before as Badrul Hisham according to sources online who say that this culprit is a religious school dropout from Perak.
He is said to have been bullied during his schooldays and maybe might have rebelled against his tormentors by doing what he has done since apostatizing from Islam and now notoriously being hunted down for his filthy unmentionable degrading blasphemy that none before him here in Malaysia had dared to be so uncouth against the Greatest Messenger of Allah the Almighty!!!
read more...
Salam Mahaguru58,
Pertama sekali saya bersyukur kerana Allah temukan tuan kepada saya. Keduanya marilah kita bersyukur kerana masih dalam iman. Walaupun senipis kulit bawang. Kedukaan kita bila tak dapat buat apa-apa bila ada yang mati tanpanya. Lebih mengecewakan bila kita dapat tahu mangkuk yang menyebarkan kebencian kepada Baginda SAW ialah orang yang pernah dilahirkan dengannya.
Saya budak baru belajar. Jika salah tolong tunjukkan.
Saya tak pasti apa yang telah tuan lakukan selain membuat laporan polis dan menghangatkan kembali ingatan terhadap arwah Badrul Hisham. Bahkan saya sendiri baru tahu akan si arwah, asbab dari tuan. Yang saya tahu, beliau dan rakan yang telah membulinya masih mentah. Bahkan beliau tak pernah berjumpa Rasulullah. Namun pengajaran yang penting di sini ialah mesej dari Allah.
Perlu diberi penekanan terhadap apa yang kita perlu ambilkira dalam merangka corrective dan permanent action untuk menangani masalah ini. Badrul sudah terlanjur. Namun mulutnya yang cabul tidak boleh dibiarkan begitu saja. Kerana bala yang tiba tak mengenal siapa.
Jika benar arwah telah dibuli hingga menjadi sedemikian, perhatikanlah pengaruh kawan-kawan terhadap anak-anak. Kekecewaan membawa padah. Ada yang kecewa kerana dia rasa dia benar. Ramai yang memilih untuk terus kecewa kerana dendam. Dan manusia yang tak cukup akalnya suka melihat diri sebagai mangsa. Dan terus membiarkan diri dalam api kecewa. Kekecewaan boleh diatasi dengan jemaah. Di sini, kengkawan dan keluarga menjadi pemain utama.
Jika benar arwah membenci dari sudut pemahaman, maka kita perlu bersemuka dengannya dan bagi warning lisan kepadanya. Jika dia masih berdegil, maka barulah kita perangi dia kerana dengan cara ini, kita sudah buat adab. Moga-Moga Allah berikan hidayat kepada kita dan mereka yang mendengar ceramahnya.
Pengawasan terhadap akhlak dan tauhid perlu ditekankan di sekolah agama. Ini kerana di SEKOLAH AGAMA, syaitan lebih ramai dari pelajar. Dan semuanya digoda, dari pak guard hinggalah ke guru. Institusi ini perlu dipondokkan. Diorang takkan dapat isik Islam jika kulitnya tidak dikeraskan dengan CARA Islam. Ini dapat dilakukan dengan menggalakkan pelajar untuk keluar tabligh semasa musim cuti sekolah. Kepada yang dah advanced, kita sorongkan mereka kepada tarekat.
Di samping itu, mesti ada sekumpulan jemaah di kalangan pelajar yang memantau keadaan pelajar di dalam sekolah itu. Mereka cuma menyalurkan maklumat kepada guru yang berkenaan. Ini penting dalam membendung budaya yang wujud di sekolah agama (couplehood, kumpulan ekstrem, metal, masalah keluarga, etc). Dan jemaah ini mestilah terdiri dari mereka yang punyai latarbelakang dan perwatakan yang warak. Termasuk juga guru yang akan menangani masalah tersebut. Kerana hati remaja amatlah sensitif. Kerana walau macamana betul dan berpengalaman sekalipun seseorang itu, adab berakhlak (yang muda disayangi, yang tua dihormati) dalam berkomunikasi perlu ada.
Budak-budak lepasan sekolah keagamaan juga perlu dipantau agar ISLAM dalam dada mereka terus segar. Selain program tabligh dan tarekat, ini dapat dilakukan dengan mengaktifkan alumni mereka dengan program yang menggalakkan perjemaah-an. Kerana mereka sering terdedah kepada ujian. Mereka calon imam. Mereka boleh baca Al-Quran. Dan ini menjadikan mereka lalai. Umpama lalainya Melayu dengan hak keistimewaannya. Kelebihan yang tidak dizam-zam hanyalah pembaziran. Dan ilmu Islam yang ada dalam hati mereka, akan berkarat dan memudaratkan jika tidak dijaga sehingga akal mereka terbentuk dengan sempurna.
Badrul sudah menjadi statistik . Tetapi itu bukan bermakna dia tak boleh dijadikan catur dalam mengingatkan rakyat tentang kewarakan Islam Malaysia yang semakin tercabar. Saya meletakkan pedang di leher tuan dan menyeru agar tuan teruskan perjuangan!
http://mahaguru58.blogspot.com/2010/10/blasphemy-against-allah-subhanahu-wa.html
Labels:
Series
Monday, October 4, 2010
Komen kepada: That's why you'll never win against Islam
Entry asal:
This video was shot in Alexandria, Egypt, during the month of Ramadan 2010.. This is our answer to all those who fight Islam and try to stop it from spreading all over the world.. , we tell them you can draw cartoons or threat to burn Quran, or protest against Mosques, ...or ban the Athan, or fight hijab,.. etc, but in the end you will never win over Islam, because the power of the word of truth can never be defeated ...
read more....
Salam Dark Half,
Aku tak tengok lagi video ni. Tapi aku bukan nak cakap pasal video ni, aku nak cakap pasal entry kau.
Memanglah kejahatan takkan win over Islam. Kisah akhir zaman pun dah cakap, Islam akan jatuh, lepas tu naik, lepas tu jatuh balik dan kiamat. Islam ialah kebenaran. Kebenaran bahawa Tiada Tuhan Selain Allah dan nak berjaya dunia akhirat kena ikut cara Nabi Muhammad SAW.
Orang yang telah temui KEBENARAN tidak akan berganjak darinya. Tu sebab orang yang telah menganut Islam melalui KEBENARAN amat susah nak dipatahkan imannya (kisah ahli sihir yang dikalahkan oleh Nabi Musa as). Malangnya kebanyakan orang Islam di Malaysia tidak sebegini. Kita menganut Islam kerana keturunan. Kita tak pernah nak ambil kisah apa ertinya menjadi seorang muslim. Ini dapat dilihat dengan tidak cenderungnya kita terhadap masjid. Bahkan, kita tidak cenderung kepada solat. Solat yang menjadi tanda utama seseorang itu Islam, dah menjadi sesuatu yang dikerjakan semasa susah atau kerana nak jaga hati orang.
Dan atas sebab ini, aku kata ISLAM AKAN KALAH DI MALAYSIA. Islam akan diperkotak-katikkan oleh orang Islam sendiri hinggalah manusia lain yang TAK PAHAM akan mengambil kesempatan untuk menghancurkan kebenaran dan kebaikan sama sekali. Dan akhirnya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang berpecah belah dengan semua komponen negaranya mementingkan diri sendiri. Dan kemudian maksiat akan berleluasa dan huru hara pun tiba.
Iktibar yang aku dapat dari video, dan entry-entry yang berkaitan dengan video ini di blog dan FB ialah; kita orang Islam Malaysia hanyalah PERASAN Islam. Kita tertipu dengan diri sendiri. Kita lebih suka promokan benda-benda cam video ni dari mem blog walk kan salam atau taruk entry pasal hadis nabi. Kita lebih suka berbicara dan mendengar/membaca tentang Islam dari betulbetul menghayati ilmu atau mengamalkan sunnah.
Labels:
Series
Sunday, October 3, 2010
Saturday, October 2, 2010
Suck It!
Klik untuk besarkan |
Dan dalam keakuan itupun aku terpikir: "Entry bagaimanakah yang aku cari?"
Aku pernah terbaca dalam kitab "Entry-Entry Agung untuk Akhir Zaman" dan salah satu yang menarik minatku ialah sajak yang demikian:
Entry yang tak pentingkan nama
yang bercerita bagaikan katakata
yang mengalir ikhlas dari hati yang sirna
dan penyampaian lawak series yang klaka-klaka
kerna hobi membaca itu bukanlah mudah
nak abiskan membaca tulisan kecikkecik
perlukan kesabaran dan ketelitian
walau sudah punya ilmu baca sekali-sehalaman
sekali menguap, maka plot penting akan terleka,
sekali terleka, maka faham sudah salah,
maka sudah lari jalan cerita
sudah lari mesej dari Nya
kerna ending story nya semua orang boleh agak,
tapi camana dia boleh sampai situ,
itulah yang abu mau tau
Selepas membaca sajak ini, aku telah terinspirasi untuk mewujudkan blog ini.
aderberani.blogspot.com ialah sebuah utopia seorang tukang komen di mana dia berkebolehan untuk mengomen APA SAJA. Dapat pulak, karakter tukang komen kitani misterius tetapi seorang fanatik blog payabesarpedas.blogspot.com sehingga dilaporkan kadangkala menggelarkan dirinya sebagai payabesarpedas.
jadi, kepada yang berminat, sila letakkan leher anda dengan meninggalkan URL entry yang anda mahu tukang komen komenkan. Nasib ar suker tak suker.
Labels:
Buletin Board,
lawak
Friday, October 1, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)