Friday, December 31, 2010

Thursday, December 30, 2010

Mengarut 101



"Bangunnnn" kata Mehmet Kamarul tibatiba. Sejak kejadian dia kena baca buku berdiri atas bangku haritu, dia mula skizo dia ialah ketua kelas. Dan kelibat lecturer Kelas Mengarut 101 sedang melangkah masuk ke dalam bilik kuliah kelihatan.

Semua murid berhenti dari main kejar-kejar, ketenteng, main SOS, atau tarik rambut. Mereka balik ke tempat masing-masing.


"Selamat pagi cikgu!" kata Mehmet.

Holon, holon. Buleh tak bagi salam macam orang Malaysia?


"Salam satu Malaysia, cikgu!" kata Mehmet spontan. Ada murid-murid yang ketawa sinis.

Hooo? Lawak, yer?

------------------

Baiklah kelas. Harini kita akan belajar satu tips penting dalam penulisan. Ia dinamakan: Perkasakan Vocab Anda

(dua tiga murid angkat tangan)

Kamu? Rajeshwari, kan?

(budak pompuan tu tersenyum teruja sambil mengangguk-angguk bangun nak berdiri)


"Cikgu, cikgu telah menggunakan bahasa rojak. Guru BM kami kata, syarat utama sebuah ayat dalam bahasa Melayu ialah..." 

Haahhh...Soalan yang bagus. Rajeshwari, cikgu BM kamu tu cakap peraturan kalau kamu buat karangan dalam kertas peperiksaan BM atau ketika dalam urusan rasmi dengan badan kerajaan. Subjek yang cikgu ajar ialah subjek menjadi Tukang Komen dalam dunia blog Malaysia. La-in alam nya tu, Rajeshwari.

Kamu? Mehmet, kan? Nak jawab sambil duduk ke sambil berdiri atas kerusi?

(murid yang lain ketawa. Mehmet buat muka bengkek)

"Cikgu, vokeb tu apa cikgu?"

Soalan yang bagus, Mehmet. Kamu boleh terus berdiri.

(murid-murid ketawa lagi)


Vokeb tu ialah perbendaharaan kata. Perkataan. Sebagai tukang komen, kamu kena ada perbendaharaan kata yang luas. Kamu kena tahu banyak perkataan, kata nama, kata kerja, penyambung wacana. Dalam pada tu, kalau kamu boleh kuasai banyak vokeb dalam bahasa kedua atau ketiga negara kamu pun, bagus juga. Macam bahasa Inggeris dan Mandarin contohnya. Bahasa Tamil tak payah lagi dah sebab cakap keling semua bangsa tau.

(muridmurid yang tengah melopong tertawa riang)

Oleh sebab itu, harini cikgu nak perkenalkan kamu semua kepada satu permainan. Permainan ni ialah permainan nerd-nerd masa cikgu sekolah dulu. Tapi ia sesuai dalam pengajian kita pasal topik 'Perkasakan Vocab Anda" hari ini. Cikgu pun malas nak mengajar, ni.

Kamu semua bawak tak kamus bergambar yang cikgu suruh bawak semalam?

(murid murid terdiam ada yang tergamam. Ada juga yang siap angkat buku lagi nak nunjukkan dia ingat dan dia bawak)

Sebenarnya, lebih baik kamu ada sebijik buku seorang. Lagi thrill. Tapi takper. Cikgu nak kamu buat 5 hingga tujuh kumpulan, bergantung kepada jumlah buku yang ada. Cikgu pun tak bawak buku lebih untuk disewa harini.

Dah siap muridmurid?


"Dah, cikgu!"

Baiklah. Camni. Bila cikgu sebut satu perkataan, kumpulan kamu kena cari perkataan tu. Bila dah jumpa, tukang angkat tangan kena angkat tangan. Hanya angkatan tangan si tukang angkat tangan ajer yang akan dikira sebagai angkat tangan. Paham?


"Paham, cikgu!"

Kemudian, bila kumpulan kamu terpilih, seorang tukang eja kena bangun dan eja perkataan tu. Tukang eja pulak kena berganti-ganti dari kiri ke kanan, setiap kali kumpulan kamu dipilih untuk menjawab.

Bila tukang eja dah habis eja, orang yang sebelah kiri dia pulak kena baca maknanya. Paham?


"Paham, cikgu!"

Baiklah. Sebab cikgu nak tidur, cikgu nak modify game ni sikit. Kamu, ke depan ke papan hitam.

(kelihatan seorang budak pompuan bertudung labuh ke depan dan berdiri mengadap kelas malumalu)

Kamu catit markah kumpulan. Kita namakan A sampai E lah senang. Yang Mehmet tu E. Team budak hitam sebelah tu; A.

(budak pompuan tu menulis-nulis sesuatu di papan hitam)

OK, macam ni:

1) Cikgu akan sebut satu perkataan. Kumpulan pertama yang jumpa angkat tangan.
2) Bila team dia kena jawab, murid sebelah yang angkat tangan tadi, kena eja perkataan tu. Pastu murid sebelah yang eja tadi, baca maknanya yang terdapat dalam kamus bergambar tu.
3) Team yang dapat buat semua ni akan dapat 40 markah.
4) Tricknya ialah pada tukang eja dan tukang baca. Kalau mereka tersalah walau sekali pun, giliran mereka terbatal, tolak 10 markah dan kumpulan seterusnya akan menjawab. Tapi markah penuh untuk jawapan betul cuma 20.
5) Kumpulan yang dah berjaya menjawab dengan betul akan menyebut perkataan seterusnya pula. Jadi, giliran kumpulan lain pula yang menjawab.
6) Markah akan dikira selepas masa tamat dan kumpulan yang menang akan diberikan hak berlagak selama dua (2) hari dalam waktu kelas

Paham?


"Paham, cikgu!"

Bagus. Baiklah, perkataan pertama ialah:

SO-DO-MY


(budakbudak terkial-kial menyelak halaman kamus bergambar. Kemudian beberapa budak dari pelbagai kumpulan mengangkat tangan)

Kamu!


"As-or-saw, deed-or-door, emm why me, so-do-my"

(semua murid gggg termasuk lecturer)

Hahaha. Haper maknanya? Hahaha. This gonna be fun.


"An act of sexual intercourse between the same sex or with an animal"

Bagus. Tukang catit, tulis 40 markah.

(tukang catit tulis 40 markah untuk kumpulan D)

Baiklah kumpulan D, murid sebelah yang baca tadi pilih perkataan lain dari kamus tu.

(seorang murid bangun dan membacakan:)


"Fak komen moderesyen"

(semua murid sibuk menyelak halaman mencari perkataan baru)

...


bersambung

Komen kepada: Tukang Komen yang Skizo

Aku malas nak bertekak dengan mamat ni. Dia dah curik idea aku dan taruk dalam blog dia. Jadi, sebagai seorang yang mahir dalam ilmu blogging, aku pun mencuri ajer apa yang ditulisnya. hehehe

Sila ke sini untuk itu.

Wednesday, December 29, 2010

Komen kepada: Bila nak Khusyuk?

Entry asal:

(kenapa Encik Keretamayat tak letak gambar macam blogger lain? Hensem sangatkah atau hodoh sangat? Tanya korang dalam Email)...

...Mungkin sebab aku tak hensem, atau takut blogger lain yang tak hensem kecik hati bila tengok aku yang tak hensem ini tapi lebih hensem dari mereka , woha!...

Apa-apapun, bukankah kehenseman itu sesuatu yang subjektif?, Untuk itu, aku cuba bagi jawapan dalam bentuk saintifik akan kenapa aku tak letak gambar aku dalam blog keretamayat.

Bayangkan jika aku letak gambar aku dalam blog ini, tentu..., tentu..,

Woha!

Ps: Orang yang lalai dalam solatpun berdosa, apatah lagi orang yang tak solat, memang celaka, oleh itu, ingat mayat, ingat keretamayat dan ingatlah akhirat... (sama sama kita belajar, aku pesan pada diri sendiri)


baca lagi entry gempak-gempak KeretaMayat di sini...


Salam Tuan KeretaMayat

Entry tuan sungguh poyo. Jobo. Tuan telah menggunakan agama dalam menghujah perbuatan tuan. Tuan ada sebab sendiri. Saya cuma mengatakan saya tak suka. Tapi saya memang suka blog keretamayat. Tuan dah jadi idola rujukan masyarakat. Tahniah. Selepas Mistis File, tuan #2 dalam senarai mangsa sniper saya. Saya cuma menjalankan tanggungjawab saya setelah mengenakan jubah ketukangkomenan. Jadi, here goes nothing...

Tuan tak letak gambar, tapi tuan pakai nama Hamka. Tuan tak taruk profile, tapi tuan taruk konsep.

Pada saya, gambar punai menegang menongkat langit, yang dihalakan ke bibir basah si MILF latino yang sedang diterjah dari belakang oleh seorang blonde wanita memakai dildo plastik berwarna oren lusinar, adalah sama sajer bahayanya dengan ayat yang membawa kepada imagery yang sama.

"Orang kalau dah tak kusyuk, takde nak ingat-ingat kat awak der, masa solat. Banyak lagi benda lagi best"

Apa bezanya dengan menaruk terus gambar tuan atau keluarga tuan? Ia juga akan memaksa tuan dalam menjaga diri tuan sebagai seorang Islam.

Maklumlah. Bila dah dilihat sebagai rujukan, maka kenalah walk the talk. Kenalah nampak macam orang Islam. Berperangai macam orang Islam.

Itulah ujiannya kalau jadi seorang karkun pada saya. Aiseh. Emo, pulak.

Tuan ada sebab sendiri dan pada saya lebih molek jika tuan berkongsi alasan SEBENAR itu dengan pembaca yang menganggap tuan sebagai idola mereka. Daripada menggunakan hujah agama yang menggalakkan penularan liberalisme dalam menjaga kesucian agama Islam.

(giler ahhh.. macam bagusnyer?)

Anyway, selamat kembali!

Saya syorkan tuan buat dua entry seminggu demi menjaga keharmonian mental saya yang dah tahap mangkuk sebab cari idea untuk entry dalam solat.

Yang benar,

KeretaMayat2

Tuesday, December 28, 2010

Kulup Sakah Memang Gila dalam Gila

Apa lagi yang nak aku cakap pasal Kulup Sakah?
Korang mungkin tak bersetuju dengan tindakan beliau.
Kalau dalam blog orang boleh cakap: Ini blog aku, ikut suka akulah

Komen kepada: Temubual dengan Pakcik Kambing pula

Entry asal:

Tak boleh share entry asal, sebab nantik spoil la, kalau korang nak tau, korang kena klik ke link kat gggg dan baca sendiri.

gggg 


"Woof! Woof!"


Salam Cik Kasim Ahmad,

Entry yang gempak tapi simple. Pelbagai imej seram dan kelakar yang terlintas di kepala saya sewaktu membaca temubual ini. Dan tak dapat saya nak terangkan dalam perkataan pendek macam "Lulz" atau "gggg" atau "I'm not gay but I'm not OK".

Secara subliminalnya, tuan punya kambing itu memang nyata membeza-bezakan kambingnya.

Sungguhpun kambing hitam dan putih sama saja dari jawapan-jawapan Pakcik Kambing, beliau mendahulukan golongan kambing putih. Semua soalan dianggap ditujukan berkenaan dengan kambing putih walaupun si penanya bertanyakan soalan yang umum.

Dan bila ditanya apa hal dengan kambing yang hitam, si Pakcik memadamkan kelebihan kambing berwarna hitam dengan menyamakannya dengan kelebihan kambing putih.

Kambing hitam biasanya dikaitkan dengan lambang kebebasan dan tahan lasak, berbanding kambing putih yang biasanya dikaitkan dengan lambang kesuburan dan kegebuan. Namun, kambing hitam biasanya disembelih dulu sebab ia akan nampak jelas di dalam kawanan kambing bebiri yang lazimnya berwarna putih. Ini juga memudahkan tuan punya kambing mengenal pasti mana kambing dan mana serigala atau anjing.

Daging kambing berwarna hitam secara umumnya mengandungi kandungan lemak yang lebih rendah berbanding kambing putih kerana warna hitam yang menyerap cahaya membakar lebih lemak berbanding dengan warna putih yang memantulkan cahaya.


Kambing hitam juga mempunyai bau badan yang lebih hamis kerana mereka tak perlu susah payah nak jaga kebersihan atau warna bulu seperti kambing putih. Mereka boleh hidup tanpa mandi selama berhari-hari berbanding kambing putih yang kalau tak mandi sehari jer dah nampak kekepamannya.

Sebab sekejap lagi nak masuk waktu Asar, maka saya berenti setakat ini dulu.
Diharapkan agar Cik Kasim berkongsi alamat Pakcik Kambing itu agar saya dapat hantarkan team sosialistas untuk berdemonstrasi, menyerahkan memorandum, serta memperjuangkan hak kesamarataan antara kambing-kambing belaan pakcik tersebut...Sekian.

Nak komen yang macamana?



Kadang-kadang, masa kita ke sana ke mari sekadar membaca ataupun tatkala mencari idea, kita bertembung dengan entry-entry yang menginspirasikan.

Menginspirasikan kita untuk menulis.
Menginspirasikan kita untuk mengomen
Menginspirasikan kita untuk menyanggah.
Menginspirasikan kita untuk apa saja yang kita mahu lakukan

Kemudian kita pun mulalah menulis.
Tapi pada masa itu jugalah,
Ilham-ilham gempak tadi mula melarikan diri

Kalau dah tau ia selalu jadi camni,
Ambiklah pen, ambiklah kertas









Dan buat gambar smiley besar-besar

Monday, December 27, 2010

Komen kepada: mereka ujar: "ajarkan aku menulis" dan mereka jeling bila aku bilang dengan sering: "aku tak tahu"

Aku baru tau pasal Fynn Jamal. Itupun setelah terperasan komen Al kat blog aku yang satu lagi. Dan aku macam suka dengan Fynn Jamal Cakap dek candunya yang berkesan memeningkan kepalaku kerana ia bagaikan membaca Zar mind art, KulupSakah dan Sorrow Yang Terindah dalam senafas.

[kebiasaannya aku akan taruk snippets dari entry yang diterjah, diikuti dengan komen duaposen aku. Tapi sebab Fynn Jamal Cakap, aku terpaksa menggunakan approach yang berbeza...;p  dan eksperimentasi dengan method serampang bermata-mata tetap menjadi pilihan dalam komen ini sebagai soda bikarbonat. so, coming back to the comment...]

Bukan pening kesakitan.
Tapi pening ke-dzauk-an

aku kata:

Zar mind Art sebab Fynn Jamal Cakap itu berat. Padat dengan info. Yang tension nya ialah contoh-contohnya rare. Ini menyebabkan kita tak terasa semasa membaca tulisannya hinggakan terlupa nak taruk downy kat laundry yang sedang kita basuh masa menulis entry ini.

KulupSakah sebab ia gempak. Fynn Jamal Cakap penuh dengan ayat penyata yang simbolik berbau jujur seumpama melihat sendiri perkataan itu dalam bentuk lisan. Paling aku suka kerana ia membuatkan aku kembali rendah dan kecil dan terasa akan kekuasaan Nya.

Sorrow Yang Terindah sebab aku mahu anggap imej tentang Fynn yang tergambar ini adalah REAL. Agar ia membuktikan padaku bahawa ada orang yang lebih hebat dariku. Ada lagi tona warna hijau yang terlepas dari pandangan terbatasku pada muka halaman sehelai daun rumput yang ada di padang aku.

...gggg

[dah habis. aku taknak cari pasal dengan seorang lecturer. Diorang bukan macam profesor atau mamat PhD. Dapatlak umur baya Fynn ni. Silap aribulan, habis setiap entry dalam blog-blog aku dikomennya. Jadi, jalan selamat yang aku gunakan ialah menggunakan blog lain yang familiar kepada pembaca blog ini sebagai simbolik kepada pandangan aku. Ini mendedahkan mereka dan Fynn sendiri untuk membuat pelbagai andaian tentang amender yang aku nak sampaikan. Maka bolehlah aku putarbelit sekiranya aku mendapat impak negatif dari sesiapa saja akibat dari komen aku ni...tu sebab aku buat ;p masa memula tadi]

Apapun, korang datang sini nak cari idea, kan?
Aku harap entry ini telah menginspirasikan dan bila dah ada idea, silalah ke entry Fynn yang dikomen ini untuk belajar cara menulisnya pula.





.
.
.




[jadi, apa komen aku terhadap entry Fynn yang ni?...err]








"Fynn, kau kata, kau tak tauuu?"

Komen kepada: bomoh





Entry asal:

"kalaulah saya ni kejam (not to say that i am good either), saya bomohkan je si Johnny Depp tu or si Zac Efron tu ke supaya jatuh cinta dengan saya. senang cerita. high taste sikitkan. dah alang-alang nak bomoh kan, baik aim for the stars. cewah. ni nak bomohkan orang kampung yang dah kahwin 10 tahun dan anak 4 dah. bullshit betul"

Read more...

Salam Cik Ezzan,


saya setuju dengan cadangan Cik Ezzan untuk membomohkan Johnny Depp sebab saya pun rasa dia cool. Walaupun saya malas nak gugel sapa Zac Efron, tapi saya get the point yang buat apa tempat kedua kalau tempat pertama itu dah boleh main bomoh-bomoh jer? soalnya, apakah kebomohan itu?

Kebomohan ialah melakukan sesuatu melalui perantaraan majikal. Aktiviti menyantau atau gunaguna memang common dalam masyarakat Malaysia. Melayu terutamanya. Di negara ini digalakkan perkembangan spiritualiti. Dan bangsa Melayu yang terkenal dengan kepamalasan akan kaum lelaki jantannya dalam melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan fizikal dan peluh, mahu hidup dalam kemajikan.

Kaum wanitanya pula, memajoritikan diri sebagai jumlah pelanggan ilmu majik hitam, menurut statistik yang dijalankan barubaru ini. Bila kita kata hitam, kita merujuk kepada perlakuan menggunakan ilmu itu untuk menyakiti orang lain. Tak kira apa jualah niat atau sebabnya.

Kerana apapun yang telah berlaku, hanya bebudak kecik atau remaja saja yang akan bergaduh-gaduh sampai nak mencederakan menusia lain. Lebih baik perselisihan faham itu dilempiaskan melalui persemukaan atau dialog, walaupun ia hanya sekadar sesi meluahkan dan bukan sesi perbincangan atau bertumbuk. Orang dewasa, pada mata saya yang sedang membesar ini, sepatutnya berupaya menyalurkan ketidakpuashatian mereka macam orang yang beradab dan bertamadun, berupaya mengawal emosi dari mempengaruhi pendengaran, dan mementingkan keharmonian sesi komunikasi tersebut agar ia dapat diakhiri secara produktif.
Dan orang yang pakai majik adalah bacul.


Walhal Islam itu sendiri adalah kemajikan. Sesiapa yang buat kerja serta taat pada Nya akan berada dalam keadaan yanglebih tinggi dari majikal. Aku belum sampai tahap nak explain bab ni,dan kalau nak baca contoh cerita majik dalam  Islam, kau bacalah kat sini atau sini.


Apepun, topik yang Cik Ezzan kemukan agak relevan sebab malam semalam hampir separuh stadium Bukit Jalil dipenuhi dengan para bomoh demi mempertahankan maruah negara kita dari dirobek-robek lagi oleh Pasukan Indonesia.

Komen kepada: Membina kekuatan emosi

Entry asal: 

...Topik ini kakak GC cuba bincangkan kerana semalam kakak GC telah menonton televisyen, rancangan Bersamamu dan kakak GC yang diakui ganas ala-ala mafia Kampung Pisang telah selamat melahirkan airmata tanpa sedar dan tanpa dapat menahan lagi rasa sebak itu. Kakak GC pun hairan bin pelik bin ajaib, kenapakah kakak GC begitu senang mengalirkan airmata sedangkan kakak GC ini begitu terkenal dengan sifat kebuliannya apabila telah membuli rakan sekolah rendahnya sehingga menyebabkan kakak GC didenda berdiri di hadapan perhimpunan sekolah seorang diri...

read more...


Salam Cik GC

Beremosi itu bagus, tapi belajarlah mengawalnya. Menangis itu juga bagus, tapi biarlah kerana Dia. Kesedihan yang kita saksikan adalah pengajaran untuk kita. Tapi bila dah tahap dieksploitasi itulah yang rasa macam cilaka.

Banyak perkara yang boleh dipelajari dan menarik jika kita lihat dengan mata emosi. Dapat pulak rancangan macam Bersamamu di RTM3. Rancangan tu, disamping merupakan platform yang baik untuk masyarakat menyalurkan derma mereka secara terus kepada yang memerlukan, merupakan juga sesuatu yang boleh dijadikan panduan kepada golongan blogger.

Menjadi seorang blogger, kadangkala terasa desakan untuk meningkatkan jumlah pengunjung yang membaca. Itu normal. Kan ada ger kat belakang blog, tu? Untuk mengekalkan mereka membaca, kita kenalah menulis. Dan untuk menulis, kita perlukan idea. Salah satu telaga idea ialah entry yang berbau emosi. Entry berbau emosi amat mudah ditulis dan amat mudah direlate oleh pembaca. Lagi mudah ia ditulis jika cerita emo itu merupakan pengalaman sendiri.

Yang bestnya, semua benda jadi menarik jika ia ada elemen emosi. Minum air masa baran lebih menarik dibaca dari minum air semasa menziarahi kawan. Perkataan 'kau' hanyalah satu kata ganti nama hinggalah ada tanda seru atau tanda tanya di belakangnya. Dan cerita emo selalunya mendapat komen tertinggi. Di Malaysia, bila kita tanya ada apa-apa tak paham tak kepada kelas, semuanya senyap sunyi. Tapi bila ada sorang yang mula, silap-silap balik lambatlah kita menjawab soalan. Cerita emo selalu mendapat komen. Dan bila ada yang mula mengomen, yang lain akan mula turut serta.

Walaupun semua mengaku semua entry adalah dari hati yang jujur dan ikhlas, manusia tetap manusia. Radio yang kata IKIM pun akan sell-out juga kepada rating dan kehendak stakeholder. Begitu juga dengan blogger.

Hidup di dunia ada turun ada naik. Ada suka ada duka. Dan kita sebagai manusia patut mengambil tanggungjawab untuk berkongsi kedua-duanya. Masa kita bergumbira, berkongsilah kegembiaraan itu. Masa kita berduka, berkongsilah ia dengan blogwalking atau mendail RTM3.

Menangis bukan tanda lemah. Bukan tanda kalah. Menangis masa tengok cerita Bersamamu menunjukkan tanda kelembutan hati. Tanda masih ada rasa kasihan. Ia juga tanda bahawa Cik GC berpotensi untuk menjadi mangsa pukau. Mangsa kepada sales dan advertorial yang menyakinkan.

Orang yang membuli tak bermakna ia seorang yang kuat. Ia adalah satu kelemahan.
Pembuli adalah golongan yang cepat naik darah. Orang yang naik darah itu dah kalah. Sebab bila naik darah dia dah takleh berpikir. Tu sebab dia bertindak secara fizikal. Secara normal. Pembuli cuma pandai menyembunyikan muka marahnya. Tapi dia memang tengah emo dan amat mudah nak menekel orang yang sedang emo sebenarnya, asalakan kita juga pandai menyembunyika muka marah kita.


Dan seorang blogger patut tahu bila nak guna elemen ini dalam blognya. Bila pembacanya nampak happy dan hilang arah ajer dalam blognya, dia boleh tarik perhatian mereka dengan membuat entry yang emo. Barulah pembaca ada sebab nak kembali bertandang dan mengomen.

Tapi agak boringlah kalau sepanjang masa setiap entry itu nak emo ajer. Lainlah jika blog itu memang berkonsep emo. Dan cara nak kebal dari emo ialah mengalahkannya dengan lojik. Bukan dengan menutup tivi bila ada cerita sedih. Bukan dengan memalingkan muka dari orang yang minta derma. Dan lebih-lebih lagi bukan dengan menyembunyikan emo kita dengan membuli orang disekeliling.

Friday, December 24, 2010

Komen kepada: Rehatkan Jari

Entry asal:



...Sebenarnya TV3 menyediakan kemudahan rawatan muka dan mengunting rambut 2 kali sebulan kepada semua pengacara televisyen dengan peruntukan RM300 bagi setiap kunjungan ke Leornarad Drake dan Cut Above.

Namun katil tempat berbaring sewaktu menjalani rawatan muka itu terlalu kecil buat saya. Justeru sejurus selesai rawatan, tubuh lenguh.

Biarpun, kemudahan diberikan percuma, bayaran menggunting rambut kekadang mencecah RM178 berserta rawatan kesuburan rambut, satu pembaziran bagi saya.

Hey! Rambut saya tidak berapa lebat, sikit sahaja.

Daripada TV3 membayar jumlah itu, lebih baik saya menyerahkan  M10 kepada tukang gunting, pemilik kedai tidak jauh dari rumah saya.

Namun, suatu ketika dahulu saya banyak rambut.



salam Cik Mazidul,

saya tak suka RTM3 tapi saya tengok jugak sebab kat kampung saya tak dapat  channel lain


saya boleh berambut panjang tapi saya membotakkan kepala. Agar frekuensi ke kedai potong rambut itu kurang juga. kerana pada saya, membuang duit untuk potong rambut macam RTM3 buat tu memang satu pembaziran


.
.
.

saya ke sini sebab saya tak suka dengan cara awak menyoal budak sekolah tak pakai helmet kat kelantan dalaam rancangan 999 haritu.

lain kali tanyalah soalan yang menginspirasikan mereka agar berubah.
Bukan soalan yang pada saya memperolok-olokkan mereka.
Manusia buat salah. Takyahlah nak lebihlebih 'basuh' mereka pulak



Sekian

Mazidul Akmal Sidek melaporkan...

Mengarut 101

Sebagai seorang tukang komen, kita mesti mempersiapkan diri kita dengan segala ilmu yang berkaitan. Ini bermakna yang paling basic ialah kita kena ambik kursus ketukangkomenan berpandukan buku Teks Entry-Entry Agong Malaysia sepanjang zaman, melalui silibes: Mengarut 101.

Ia adalah 4jam kredit sehari, dan kelas ada setiap hari, tujuh hari seminggu.

Sebagai prebiu, aku akan mengongsikan dan membuka gelanggang untuk salah satu tajuk dalam silibes ini. Ia dipanggil: Kenali Audience Anda.


----

Untuk itu, sesapa yang bawak buku teks, sila bukak ke muka surat 1. Sesapa yang tak beli buku cikgu hari tu, cikgu ada bawak buku lebih untuk di sewa. Sila taruk duit korang kat tabung kat tempat biasa. Ketua kelas sila ambik nama orang yang nak beli buku cikgu.

"Harga, cikgu?"

Kan cikgu dah bagi tau semalam. RM20 satu. Pakai untuk setahun.

Baiklah, KAMU yang bertanya tadi, sapa nama kamu?

"Mehmet Kamarul, cikgu"

 Sila baca perenggan pertama!


"Assalamualaikum..."

Wa'alaikumussalam. Baca laju sikit


"...Pertama sekali aku bersyukur kerana dengan limpah kurnia Nya..."

Laa..Itu Sekapur Sireh! Baca muka surat satu.


"Mana ada yang lain, cikgu"

Laa. Selak la pages buku teks, tu..Muka surat satu mula kat helaian kedua...

"Cikgu tak suruh selak pun? Tadi cikgu tak cakap 'buka halaman pertama'. Cikgu cakap 'MUKER SURAT SATU'. Bila 'surat' maka itu ialah kertas. Maka saya assume cikgu maksudkan buka kitab ni ke muka kertas yang pertama. Dan baca perenggan pertama yang terdapat di dalamnya. Mungkin cikgu nak mulakan dari Sekapur Sireh..."




...

(murid-murid lain menggaru kepala. Ada juga yang buat muka puas hati, ada yang ketawa macam nak mati)


Bagus...Dah, selak MUKER SURAT SETERUSNYER.
Dan baca atas kerusi.

(semua diam. Dua minit kemudian, dari atas kerusi)



"Bab satu. Titik bertindih;  Kenali, Audience, Anda"





...bersambung

Thursday, December 23, 2010

Gambar paling GEMPAK untuk Minggu ini- KULUP SAKAH punya header

Aku tak kenal brader Kulup Sakah. Dan aku sering cuba memahami beliau serta kehidupan beliau melalui blog-blognya sejak dari aku mula berblogging.
Setiap hari (atau beberapa hari sekali) beliau akan menukar gambar headernya. Dan gambar yang aku tengok hari ini hampir membuatkan aku menangis.

Kalau nak tau kenapa aku nak menangis, korang terjah dan gali lah blog dia dan cari cerita pasal anak-anaknya. Adusss....Aku nak log off lah. Tak sanggup lagi aku berinternet...Aku nak layan perasaan yang termakrifat dek gambar ni...

Pada aku, gambar ni epic sebab anaknya. Korang tengok tangan anaknya. Lepas tu Brader Kulup cium dia (tanda sayang). Korang tengok lirikan matanya. Aku ada tanggapan aku sendiri terhadap Brader Kulup dan background KLCC di waktu senja ni sungguh deep.

Ni perasaan aku:

Senja         = simbolik kepada umur Brader Kulup
KLCC       = simbolik kepada keadaan di mana dia berada
Anak         = mewakili future brader Kulup

Aduhhh..aku tak dapat teruskan....Sedih ada. Kagum ada. Memang terasa sungguhakan keperitan hidup sebagai hamba Allah di dunia akhir zaman...


Apa makrifat korang?

Komen kepada: Untuk suamiku sayang yang baik hati..

Entry asal:

...Esoknya aku tanya pada en.asben, kenapa dia biarkan aku on aircond sedangkan dia tak tahan sejuk malam tu. Jawapan en.asben ialah:

Dah orang yang I sayang tu kata dia panas and nak on aircond, takkanlah I nak kata jangan.


baca lagi entry-entry lain...



Salam Cik Hanis,

Perghhh...Entry Cik Hanis memang best-best. Ayatnya lembut dan jujur. Perspektifnya yang baik. Dan penceritaan yang bersahaja dan kelakar membuatkan saya tak puas membaca sekadar 7 entry yang dipaparkan.

Dan entry yang ni memang menyentuh perasaan saya yang juga seorang suami yang baik. Jarang saya jumpa cerita pasal suami yang baik cam suami Cik Hanis ni. Dan kisah pengorbanan bangang seorang lelaki kepada seorang perempuan yang macamni memang inspirational. Sebab lelaki ni biasanya selfish dan tak sensitif. Saya tertanya-tanya apakah zodiak suami Cik Hanis. Adakah dia Leo, cancer atau Pisces (hehehe). Apapun, tahniah kepada Cik kerana punyai anak yang sihat (dah berkahtan dah), suami yang baik, serta jiwa yang murni (boleh rasa kemurnian tu dari entry dan gaya bahasa Cik). Semoga semua orang bertuah juga seperti Cik ni.

Komen kepada: Kuliah Subuh Di masjid Shah Alam

Entry asal:

...Sekejap tadi saya, Azrai, Amirul dan Anaz solat subuh di Masjid Negeri. Kelihatan jemaah lebih daripada biasa. Ketika hendak memulakan solat tahiyatul-masjid, saya terpandang seorang jemaah yang sangat kemas berpakaian. Alahai… saya bandingkan dengan saya yang berkain pelikat dan berbaju kemeja...

...Jemaah di sisi kiri menghulurkan tangan untuk bersalam. Matanya langsung tidak ke mata saya. Saya cuba memberi senyuman yang paling manis tetapi pastinya ia tidak sampai ke mata dan turun ke hati. Barangkali saya tidak penting kerana ekor matanya melewati jasad saya yang berada di sebelahnya....

read more...


Salam Tuan,

Dah lama saya mengikuti blog tuan yang saya temui linknya dalam blog sahabat saya. Asalnya saya nak mengomen entry yang 'Mengajak' tu sebab ia sungguh inspirational. Tapi entry yang ini lebih hampir dengan jiwa saya...

Persoalan tuan berkenaan kesempurnaan pakaian jemaah lain ketika mengadap Allah berbanding pakaian tuan sendiri, memang sering saya jadikan point utama ketika menghentam diri saya sendiri satu masa dulu. Tapi sejak saya terlibat dalam dunia welding dan kontraktor-lisasi ni, apperance saya dihadapan Nya semakin sekadar cukup syarak ajer. Selepas membaca entry ini, saya berazam untuk lebih kemas ketika mengadap Nya.

Isu pasal bersalam dan memandang mata juga sangat klasik kepada mereka yang sering bersolat jemaah. Dewasa ini, saya dapati semakin ramai yang tidak bersalaman ketika di masjid (lantas mendedahkan saya kepada bisikan syaitan agar berburuk sangka). Malah ada pula yang mempersoalkan perlakuan itu sebagai bidaah pula. Sedih saya mendengarnya. Yang bersalam pula, tidak melakukannya dengan kemesraan. Pada saya, persalaman itu dimulakan dengan menghulurkan tangan dalam keadaan yang paling hormat (hulur dua-dua tangan dan merendahkan kepala sedikit) serta dapatkan eye-contact. Dan dalam pengalaman saya mengamalkan cara ini, lagilah sedih hati ini kerana mendapati, acap kali yang tua tak berapa nak layan sangat salaman dari orang muda. Salam pun main sep-sep macam high five pula. Tapi sejak H1N1 dan selsema burung, bisikan setan dalaman ini telah berjaya dihujah kembali dan saya semakin tak kisah dengan perangai otai yang macam ni.

Ringkas. Tetapi memang signifikan. Entry-entry tuan amatlah santai berbanding entry prof-prof lain yang saya ikuti. Barulah saya mengerti kenapa sahabat saya meletakkan link blog tuan di blognya.

Komen kepada: Hello Malaysia!!!apa sudah jadik??

Entry asal:

Baru kejap tadik aku pegi jenguk-jenguk jiwang.org...lama dah aku tak bukak forum tu...lagipun sajek jek aku nak promote blog kat sana...hee~~~ tapi tu bukan kisahnya...apa yang nak dibuat dah buat...repost entri sebelum ni kat jiwang pastu sajek check out thread-thread diorang...mana tau dapat ilham....then memang betul pun...aku terbaca satu berita yang diorang post pasal kejadian kat Ampang kalo tak silap aku...ada mamat kena belasah pastu kena tikam dengan dua perompak...tengah-tengah siang buta...tengah ramai-ramai...fine...aku tau la berita ni dah agak lama...tapi aku nak cerita gak...masa tu nasib ada pegawai polis beruniform lalu dan kejor penjenayah tu...tapi diorang berjaya larikan diri...polis tu pun just dapat ambik sarung piso jek...apakah polis...nasib polis tu sorang...aku taknak salahkan polis tu...sekurang-kurangnya dia berusaha...yang aku takleh blah, orang-orang yang nampak benda tu terjadik kat keliling tu boleh tengok jek...even mamat tu dah berdare-dare berdarah-darah dah kena tikam...apa la salahnya salah sorang pegi leraikan ke, tak pun telefon 999 ke...masa ni la nak guna nombor 999 tu...bukan masa bosan-bosan...bongok...

jadik, dari cerita yang aku baca tu, aku dapat pikirkan apa sebab kebanyakan rakyat malaysia buat reaksi blank cenggitu kalo ada apa-apa masalah jenayah jadik kat depan mata...antaranya:...

read more...

Salam Along Tapa,

Aku suka nama kau sebab is mengingatkan aku kepada seseorang yang aku kenal. Aku suka entry ni sebab aku pun kengkadang berperangai camni jugak: cuba mencari penjelasan terhadap apa yang aku nampak/alami. Dan 8 titik pemikiran kau tu memang ada kebenarannya, dan aku rasa, kau ada lebih banyak lagi pendapat yang series, tapi sebab ini ialah posting dalam blog, maka kau hanya publishkan apa yang 'berkaitan' saja. Aku rasalah. Kat mana atau tang mana aku rasa, itu masalah aku. Anyway, here goes...

1. Isu jangan jaga tepi kain orang. Kat Malaysia, mentaliti ni dah semakin berkembang selari dengan perkembangan point #6. Kalau dulu-dulu budak-budak takut nak buat nakal sebab risau ada sedara mara atau jiran miran ternampak dan basuh mereka on the spot dan bagi makbapak kita sambung bilas/libas lagi kat rumah. Sekarang ni, kau-kau, aku-aku. Bahkan kat rumah sekali pun, aktiviti pengikat keluarga macam mesyuarat atau makan bersama itu sudah tak ditekankan lagi, walhal makbapak sendiri pun makan asing-asing. Semoga kita semua yang masih belum beranak ni mengambil iktibar dan berazam melakukan yang lebih baik lagi.

2. Ini point paling bagus. Aku pun setuju. Buktinya, bila ada kemalangan atau kejadian tragedi, orang (bukan orang Malaysia saja) sekadar berdiri dari jauh (tapi tak jauh sangat takut zoom kamera tu tak jelas nantik). Benda pertama yang melintas dalam kepala ialah nak ambik gambar dan nak tunjuk pada kengkawan. Pastu update kat FB. Atau blog. Puaslah mamat yang accident tu meraung-raung mintak tolong, tapi kita sebab taknak contaminate kan scene of crime, sekadar hala-halakan kamera henpon kat batang hidung mamat yang dah separuh mati tu.

3. Aku tau point yang ni sekadar nak neutralizekan balik mood pembaca. Tapi ia masih berkaitan. Mungkin kau tak sedar apa yang kau buat dalam point ni, tapi dalam blog, kita kena selang selikan point series dengan point kelakar agar pembaca tak jemu nak baca sampai habis.

4. Point ni pulak adalah satu penyakit kebongokan rakyat Malaysia yang moderate tak kena tempat. Peliknya, dalam hal kebongokan dan kemungkaran, pandai pulak nak cari alasan cuba memahami kenapa si pesalah buat itu ini, tapi kalau dalam hal kebaikan, kita cari point nak hentam si pebetul itu pulak. Contoh ialah mamat sopan santun dan intelek dipuji akan sifatnya yang mengaku GAY, tapi bini PM yang 'bila mama pakai celana' baru nak mendekati Islam dengan membaca Al-Quran (tapi tak tutup aurat dengan sempurna) dihentam sehentam-hentamnya.
Nampak sangat kena main dengan setan, don't you think?

5. Point ni juaga aku setuju. Kita disogokkan dengan pelbagai cerita hantu dan mellow hinggakan kita ni lebih berilmu tentang kehantuan dan apa nak buat kalau prince charming anak orang kaya cuba menekel kita dari belajar apa nak buat kalau kita diserang kecemasan dalam cerita Salt atau menggalakkan manusia berpikir macam The Fantastic Mr. Fox atau cerita superhero-superhero yang dah tua tu (amender tah tajuk dia).

6. Haduihhh...letih la aku nak taip sesatu...Dahlah. Sampai sini jelah.
7. Tapi point kau yang ni pun bagus jugak so aku pun nak menyibuk. Rancangan bangbangboom, prank atau perangai mentoyolkan orang ni semakin menjadi-jadi kegilaannya. Bongbong ngok tu barubaru ni memaparkan sketsa pasal orang susah takde duit nak beli baju anak sekolah. akibat buruk dari semua ni ialah, satu hari nantik, mangsa ragut atau suntut dari belakang ingat kejadian jenayah yang berlaku kat diorang tu sekadar prank ajer.

8. Pasal takut mati tu memang arr. Tapi contoh simbah asid yang kau gunakan memang cool. Ni satu lagi penyakit yang semakin menular. Tak puas hati bunuh je lah. Nak main siksa-siksa orang dengan simbah asid pulak. Amender twisted punya kepala hotak. Ni sumer pengaruh point# 5 agaknya (pengaruh movie mangkuk)

Aku harap kau banyakkan lagi post macam ni sebab inilah sharing yang sebenar. Kita lihat, kita pikir dan kita share.

Tuesday, December 21, 2010

Komen kepada: Kun Faya KUN

Neutral? Neutral dalam hal ni sebenarnya takbley...

Entry asal:

Semuanya yang berlaku dalam alam semesta ini adalah dengan izin Tuhan. Pikir-pikirkanlah. Kalau tiba-tiba muncul gay yang bangga dengan ke-gay-an beliau,salah siapa lagi tu. Kejap,perlu ke nak cari salah siapa? Tak perlu nak salahkan sesiapa atau nak melatah tak tentu hala. Bukankah itu kejadian Tuhan? Gua bagi satu ayat cliche. "Semua yang berlaku ada hikmahnya".

Read more...




Salam Eszol,


Dah lama aku peratikan perkembangan isik blog kau. Dan entry kau yang hari ini, telah berjaya memerangkapkan aku yang sedang memakai topi si Tukang Komen. Ada unsur moderasi dalam entry kau yang kali ini berbanding dengan yang lain dan untuk itu, aku ucapkan tahniah!


Tahniah!
 it's a start

Memang betul segala yang berlaku adalah dengan keizinan Dia. Dan sesuatu yang Dia izinkan berlaku dalam dunia ini ada SEBABnya. Dan sesuatu itu hanyalah bermanfaat kepada yang ingin mengambil manfaat. Dan kepada yang mangkuk, maka semakin hayunlah mereka dek apa yang mereka perkatakan.

Sungguhpun Kunfayakun itu datang dari Dia, namun kita di dunia ini diberikan choice sebenarnya. Jika tidak, masakan ada yang masuk neraka, walhal kita semua boleh blame kat setan ajer..Cuba pikirkan...

Apa yang kita lihat dalam kes Azwan merupakan titik tolak akan keliberalan Islam secara terang-terangan di Malaysia. Dan aku setuju dengan kekelingan kau yang mengatakan bahawa kita jangan  membuka aib orang. Tak kisahlah apa jua justifikasi kita (walaupun aku buat jugak kengkadang sebab under influence emo). Ada yang kata sebagai pengajaran kepada yang lain. Tapi niat ini berisiko tinggi. Dapatlak jika pendedahan kita itu diserang oleh kengkawan berbendera pro-sodomy atau si Iblis dari dalam diri sendiri

Kalau kau kata kau putar belit (kelink), maka aku lebih paria dari kau. Tapi, lebih baik kita HITAM di atas dunia ini daripada rentung dek dibakar nantik.  Kita percaya atau tidak, mati itu benar. Siksa kubur itu benar.

Dan dalam hal ini, kita jangan cakap lebih-lebih pasal Azwan. Takut nantik kita ni pulak yang kena uji. Tapi takper cakap benci kepada ideologi gay. Dan jangan lupa berdoa untuk diri sendiri dan dia agar Allah berikan hidayah dan keselamatan dari BALA ini.

Dan yang paling penting dalam dunia blogging tanpa sempadan ini ialah, kita jangan menaikkan lagi trafik kepadanya dengan mengelinkkan diri dengan menarukkan link ke arahnya. Apatah lagi nak menyatakan sokongan ke atas kejujuran bodoh si mamat tu di negara yang korek hidung pun taboo.

Pesanan kau dalam entry ini amat jelas. Dan aku amat gembira kerana KAU mengepostkannya.
Cuma keneutralan kau itu itu betul. Benda salah ialah salah. Benda betul ialah betul.
Peraturan Allah sentiasa BETUL. Manusia (macam aku) ajer yang tak betul

p/s: Aku harap ImanShah akan komen BM aku pulak...hehehe..mesti fun...

Something you can try


Type IMAN backwards.

Search the word in google

Click the first thing you find

So there you go. 

Hahaha



Monday, December 20, 2010

Komen kepada: Jelesnya


Entry asal:

Aku ada la member yang aku anggap kawan baik. Dia pernah menjadi tempat aku bertanyakan nasihat. Kalau aku ada masalah aku mintak tolong dia, dia ada masalah aku tolong. Boleh la dikatakan berkawan baik la. Walaupun dah lama tak jumpe, tapi kami still contact sampai sekarang...

...Tapi perangai dia dah macam orang yang dah lupa asal usul. Tak macam kawan yang aku kenal dulu. Kawan aku dulu elok je. Tak suka cakap besar. Rendah diri. Sekarang?? Aku pun tak tau la nak cakap macam mana.
Aku tak mau tulis nama dekat sini. Kalau ada dia terbaca, harap dia faham-faham sendiri la.

Baca selengkapnya di sini


Salam Mr.Khai,

Entry kau yang ni sangatlah menarik. Sebab ada banyak perspektif yang boleh dicabangkan darinya.

1) Kau cemburu sebab dia lebih berjaya dari kau. Dan api cemburu itu sepatutnya dipadamkan dengan air kebaik sangkaan sebelum ia merebak. Kau patutnya berbangga mengenali seseorang yang sudah berjaya. Kau sepatutnya mengambil pelajaran manalah tau kot-kot ada benda yang kau boleh buat untuk berjaya juga.

2) Pada aku, api cemburu itulah yang telah membuahkan perasaan menyampah kau pada kawan kau itu. Bila kita dah benci sesuatu, maka segala apa yang orang tu buat akan nampak buruk pada kita. Samalah bila kita dah suka akan sesuatu, segalanya nampak baik dan positif. Bahkan kutukan, kritikan bahkan kepoyoan seseorang itupun nampak macam satu cabaran atau lawak agar kau berusaha dan memahami dengan lebih gigih lagi.

3) Standardlah orang yang dah berjaya gebangnya besar. Takkan orang miskin plak nak cakap besar, kang orang cakap tak sedar diri plak. Dan bila kau tak biasa dengan manusia jenis ni, maka kau masih kurang bergaul. Kau boleh elakkan bergaul dengan mereka tetapi aku cakap kau rugi gila. Tak caya, cuba kau pergi mingle dengan mamat dan minah dalam majalah Malaysian Tatler. Aku jamin 80% semuanya cakap besar. Jadi, adakah mereka cibai? Tak. Itulah mereka. Kita ni pulak, yang baik kita ambik, yang buruk, kita cubalah jauhkan dari melekat pada diri kita.

4) Jangan benci orang. Lebih-lebih lagi orang yang kita pernah kenali. Sebab biasanya, kita AKAN berperangai macam orang yang kita benci itu. Dan janganlah putus kawan. Jahat-jahat dia, dia kawan ajer. Bukan awek atau bini kau.

Aku harap kau tak marah dengan aku yang memang macam bagus ni dan rilek-rilek laa dalam hidup kau. Maafkan ajelah kepoyoan kawan kau tu, kau bukan rugi apa, pun. Kalau telinga dah tak tahan, kau bla jelah. Tapi aku cakap, kau kena naikkan semangat kau dan belajar tahan dengan semua ni. Kalau tidak, kau akan semakin melarikan diri dan dunia akan terasa semakin sempit...


Entry Emo dan personal menarik visitor, asalkan ia dikongsi dan tidak dicakap dalam hati...

Komen kepada: Konsep psikologi mudah

Entry asal:

Was-was, sudah gosok gigi atau belum, berulang-ulang - obsessive compulsive.

Akan gagal periksa, pasti, kalau membaca pun tidak menjadi - pesimis.

Berasa malu, rendah diri, orang lain hebat, kita tidak, berasa tidak cantik - low self esteem.

Dia kelihatannya sombong, lebih baik jangan bercakap dengan dia - nujuman penyempurnaan kendiri.

Air penawar ini boleh menyebabkan lulus dengan cemerlang, hakim pun boleh menjatuhkan hukum yang menyebelahi kita - lokus kawalan luaran

Orang lain menulis, kita membaca - pembaca.

Orang lain menulis, kita 'copy and paste' - itu kurang idea!


read more...

Salam tuan Fakir Fikir

Tidak seperti blog Cik Zarch yang menyesakkan nafas saya membacanya (ayat dia panjang-panjang!), blog tuan lebih mesra alam.

Seperti tuan, saya juga ada penyakit gilakan data. Saya suka mengumpul data visitor yang datang ke blog saya, melihat trend waktu puncak dalam sehari dalam seminggu dalam sebulan, menilai entry-entry popular, cuba menafsirkan psikologi disebalik pemerhatian terhadap data, kemudian mengeluarkan hipothesis yang saya akan verifykan melalui entry saya yang seterusnya.
Saya lakukan ini dalam blog payabesarpedas. Blog itu mulanya nak cerita pasal kisah budak underground yang duduk kat kampung. Kelamaan, saya endup bercerita pasal Dia (yang memang menjadi buah mulut saya setahun dua ini)

Dan entry tuan yang ini, amatlah menarik kepada saya. Kerana dari symptom yang tuan observe, tuan mendiagnosekan keadaan psikologi si pelaku. Kebanyakannya adalah umum dan mungkin juga benar berdasarkan data historikal.

Tetapi manusia ini dinamik. Ia berubah-ubah. Statistik yang kita perolehi hari ini, hanyalah benar pada hari ini saja. Yang tak berubah ialah Allah. Dan statistik hanyalah 'flavor' kepada keseluruhan populasi. Sebab tuan pasti tahu, statistik yang baik dimulakan dengan asking the right question, at the right time, at the right crowd.

Saya cuba beri perspektif saya dari apa yang tuan telah tulis dan saya harap ini ialah permulaan kepada sebuah persahabatan bermanfaat:


Orang lain bertepuk tangan, kita bertepuk juga - mengelakkan orang bersangka buruk terhadap kita

Orang lain mengarah, kita mengikut - mendidik nafsu

Semua orang lain ketawa riang, kita bermuram durja - zikrulmaut

Banyak hal harus difikirkan, runsing dan kacau bilau - prioritization problem

Kepala kita sahaja yang betul, orang lain semua salah - budakbudak

Was-was, sudah gosok gigi atau belum, berulang-ulang - akibat tak fokus masa solat

Akan gagal periksa, pasti, kalau membaca pun tidak menjadi - pemalas

Berasa malu, rendah diri, orang lain hebat, kita tidak, berasa tidak cantik - fikrah semasa ghash

Dia kelihatannya sombong, lebih baik jangan bercakap dengan dia - bersangka buruk/kena main dengan setan

Air penawar ini boleh menyebabkan lulus dengan cemerlang, hakim pun boleh menjatuhkan hukum yang menyebelahi kita - hopers

Orang lain menulis, kita membaca - cari idea

Orang lain menulis, kita 'copy and paste' - tukang komen

p/s: Yang last tu, lawak jer. Punch line untuk entry ni.

Spiralling?

The kick I get when I read: Spiralling
The faster I read, the faster the feeling..



Then the pain comes...

Kepala hotak aku jadi mereng sebab terlalu banyak sangat baca blog orang. Aku nak ambik nafas jap. Sat lagi, siaplah korang semua.

Jangan tak terbaca, sudah ler...

Sunday, December 19, 2010

Seks yang Matang


Dalam hal penulisan dan pembacaan, kematangan amatlah dititikberatkan. Lebih-lebih lagi dalam hal pengkomenan. Kematangan bukanlah dinilai dari tingginya tahap pemikiran, bahasa atau gempaknya idea yang diketengahkan. Kematangan juga bukan sekadar keterbukaan seseorang untuk menerima pandangan orang lain. Untuk lebih masyuk pada hari minggu ini, kita kaitkan kematangan dalam hal-hal diatas dengan kematangan manusia dalam isu seks.

Seks. Semua suka melakukannya. Tapi tak ramai yang suka bercerita mengenainya secara ilmiah. Orang yang bercerita tentangnya akan dilabel seksual. Orang yang tak cerita tapi seksi dianggap sebagai simbol keseksualan. Orang yang membincangkannya secara ilmiah pula, dianggap sebagai doktor pakar. Budakbudak dilabel matang bila organ seksualnya mula hidup dan demanding. Tetapi, pada tahap budak-budak, seks hanyalah sekadar hal-hal yang berkaitan dengan kemaluan. Cipap, konek, dan fuck. Dan benda camni memang menarik kepada budak-budak kerana budakbudak memang adrenaline junkie. Tambahan pula, mereka suka berborak sesama mereka kerana semuanya masih belum mengalaminya. Apa yang nak ditekankan disini ialah, sungguhpun mereka sudah mampu mempersenyawakan orang, atau hebat dalam teori, mereka belumlah dikira matang dalam seks.

Orang dah berkahwin pula, lebih sibuk memikirkan tentang soal pengurusan AKIBAT dari seks. Mereka takde masa nak mendalami ilmu seks itu walaupun itu sajalah ikatan yang tinggal dalam rumahtangganya. Mereka tidak berbincang dengan pasangannya tentang bagaimana nak memaksimakan kenikmatan sementara itu, atau bagaimana nak memastikan keghairahan aktiviti seksual itu sentiasa terpelihara.
Akibatnya, tahap kematangan seksual mereka hanyalah tinggi sedikit dari level budakbudak. Gaduh-gaduh, keluar anak satu. Gaduh-gaduh, keluar anak satu. Maklumlah, semasing tak matang dalam seks. Bila dah kusut, dah gaduh-gaduh, baru terpikir dah lama tak main.

Sungguhpun begitu, seks bukanlah sekadar kemaluan, kegeli-gelian, atau keberapakalipancutan. Kenikmatan seksual juga tidak bergantung kepada ketat, besar atau berapa lama boleh tahan. Orang yang ada akses kepada seks tahu, seks ialah soal interaksi dan komunikasi. Dan komunikasi bermakna bukanlah syok sendiri atau cakap sensorang. Ia berlainan dengan ekspresi diri yang lebih bersifat onani dalam konteks kita ni. Hahaha. Dan komunikasi itu terdiri dari yang mendengar dengan yang bercakap. Kalau dua-dua mendayung atau dua-dua harap didayungi, komunikasi itu takkan berjaya. Kena sorang diam dan sorang kayuh. Kalau dua-dua kayuh, biarlah ada ilmu. Sebab kalau salah cara, urat boleh terseliuh dan rahim boleh jatuh.

Dan sebelum artikel ini memancut, elok aku berenti kerana seks juga bukan sekadar ejakulasi. Hahaha.

Dan aku harus ingatkan: Ini bukan cerita lucah!

;p

Thursday, December 16, 2010

Komen kepada: Entry Gedek harini

Perghhhh!!!!! Ni lah entry tergempak untuk harini. 
Takyah aku nak kena reset gi hitammelekit sebelum log off for today

A key to success is to keep lots of keys...

Salam Tuan Gedek,

adusss....caption yang sungguh indah....betulbetulbetul..

tapi, pastikan  semua keys yang di keep itu sempurna. Bukan sekadar on the surface punya key. Atau half-cooked punya key..

Bilabila terjumpa pintu, barulah tak menggelabah nak cari keys...

keymark lu gedek...

tahap cetusan minda ke-6 laaa

Komen kepada: CINTA SONGSANG SEMAKIN SONGSANG

Baca Entry asal kat sini.. Aku rasa tuan tanah copy paste dari sini...Takper, aku komen gak..Watarahal..

Adakah itu jus jambu? Bukan, ia GREENAPPLE ku
Salam Cik GreenApple,


aku banyak pengalaman dengan orang bercinta songsang ni. gay, lesbo, self-absorbist, narsisis, malah orang yang pervert pun ada..(biaser arr..Tablek)


Aku kesian dengan diorang dan mak bapak diorang, tapi aku tetap berkawan dengan diorang. Sebab kalau semua yang baik cam aku menjauhkan diri, teguran sapa yang diorang nak dengar nantik?

Aku anti cinta songsang..

Eh...betul ke pasal benda ni? Aku tak baca pun entry..main terkam jer lepas baca tajuk..hehehe.
Jangan maraaa

Komen kepada: Cari orang yang betul..

Entry asal:


aku explore banyak blog hari ni...bercerita pasal perbezaan pendapat tentang agama...
typical orang bajet pandai, dia akan merasa ape yang dia buat semua betul..dan orang yang dungu akan mengikut saje dan menyokong benda yang entah betul entah tidak..
Islam agama yang paling mudah dan memang tiada paksaan.. tapi ramai yang menyusahkannya dan mengganggap ia agama yang macam
diktator...


let say korang tak paham benda yang berkaitan agama...
siapa korang patut cari untuk fahamkan korang??

adekah  awek seksi kaki shopping, pakwe macho bersubang sambil petik gitar ataw cik abang cool rambut karat???


simple je la...salah cari orang, salahlah jawapannya...



Read more...



Salam Cik 18, (saya assume cik ni awek la, k)

Saya setuju dengan pandangan cik. Kalau tak paham jangan cerita atau impose benda yang tak paham tu ke atas orang lain..

Jadi, para ibu yang tak pernah berenti mengumpat, tak bolehlah tegur anaknya agar jangan mengumpat?

Ustaz yang suka menggoreng masa ceramah, takboleh lah menyuruh orang bercakap benar?

Dan, para doktor takleh lah nak suruh adik-adik kecik jangan melancap sedangkan cik kak masih masturbate?







What's next? Masturbate tu takper?

FYI, pompuan tak digalakkan solat kat masjid. Lagi afdal solat kat umah...


and fak komen moderesyen. You've been komented
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...